Parlimen Teluk Kemang dikatakan adalah diantara 16 Parlimen yang akan terlepas dari tangan PKR dan ini mengusarkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Telok Kemang adalah diantara Parlimen yang paling lembab dan ahli Prlimen Teluk Kemang mempunyai banyak masalah peribadi dan Ahli Parlimen ini juga mendapat tentangan daripada beberapa pemimpin PKR Negeri Sembilan sehingga kan beliau tewas dalam merebut kerusi pemilihan PKR kepada salah seorang pemimpin PKR.
Dato' Kamarul Baharin Abas adalah seorang pesara yang sudah tua yang sudah tidak larat untuk berpolitik dan mewakili rakyat. Beliau juga bukan lah petah bercakap dipentas pentas ceramah kerana banyak penipuan nya begitu ketara.
Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.PKR
pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi
melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun,
analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut
memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan
kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi
baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.
Inilah kerusi-kerusi
sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera
Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal,
Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala
Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.
Bro aku x yakin kerusi di Nibong Tebal dan Bagan Serai akan jatuh ke tangan BN..ikut dari mood pengundi sekarang susah untuk BN merampas 2 kerusi ini..
ReplyDelete