Monday, August 27, 2012

HIKAYAT MP KUALA PENGAT: HALAU ISTERI SEBAB DAPAT "BUMPER BARU"..!!!?



Main kembali isu ini kepada rakan yang tak tahu mana Kuala Pengat :
 
Korang tahu tak kes ADUN Kuala Langat yang dikatakan dah dapat "bumper baru" dan dia buang "bumper lama" macam kucing kurap? Aku dengar, cerita tu dah "difilemkan"...!!! Heh!
Macam drama swasta pulak aku dengar cerita ni. Aku tak sure betul ke tidak tentang cerita tu...tapi video kata atas tu memang best...lawak pun lawak...ada ke patut dia pakai name tag "Ahli Parlimen Kuala Pengat"..!!!
Sinopsis cerita sebenarnya dikatakan begini...
Pada 22 Julai lalu, seorang wanita berusia 48 tahun telah membuat laporan polis apabila dia telah dihalau oleh suaminya.

Maka, isu tersebut mula tersebar luas apabila wanita tersebut rupanya isteri kepada Ahli Parlimen (PKR) Kuala Langat, Abdullah Sani Abd Hamid.

Wanita tersebut yang tiba di Hentian Bas Klang Sentral mendakwa suaminya telah menghalaunya dan tidak membenarkan dia pulang ke rumah kediaman mereka di Banting, Selangor.

Si suami juga memberi amaran kepada anak-anaknya supaya tidak mengambil ibu mereka di hentian bas berkenaan.

Tambah tragis, kejadian itu berlaku pada sambutan awal Ramadhan yang lalu.

Lantaran dari kejadian itu, adalah pihak yang rajin membuat klip mengajuk (parody clip) berkenaan isu itu.

Perasaan penulis bercampur baur ketika melihat klip tersebut.
Rasa kasihan pun ada terhadap wanita tersebut.

Namun seperti ada sedikit unsur jenaka apabila pihak ketiga (yang didakwa isteri kedua) muncul dalam klip berkenaan.

Wanita yang mendakwa sebagai isteri kedua itu pandai memainkan watak sebagai ‘orang ketiga’.
Turut mencuit hati penulis apabila si pelakon lelaki sentiasa memakai tanda nama ‘Ahli Parlimen Kuala Pengat’. - Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts