Tahun ini ramai artis yang menyambut Ramadhan dengan status baru
mereka termasuklah Ratu Rock Malaysia, Ella. Di mana, tahun ini
merupakan tahun pertama beliau menyambut Ramadhan dengan suaminya, Azhar
Ghazali dan ini membuatkan Ella berasa begitu gembira kerana hasrat
beliau untuk melakukan solat Tarawih bersama suami akhirnya terlaksana
pada awal Ramadan lalu.
Menurut Ella, saat tersebut merupakan detik paling manis yang pernah
beliau alami dalam hidup kerana perkara sebegini telah lama diidamkan
olehnya.
Tambah Ella lagi, apabila selesai sahaja menunaikan solat Terawih,
beliau dan suami akan menghabiskan masa dengan melepak di kedai mamak
untuk menikmati teh tarik bersama-sama.
Selain itu, menurut Ella menerusi akhbar mStar online,
walaupun sudah bergelar suami ister tetapi beliau dan suami jarang
dapat bersama kerana masing-masing sangat sibuk dengan urusan kerja.
Namun begitu, Ella dan Azhar masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan
diri dan mengakui perkahwinan yang dilaluinya ini banyak mengubah
dirinya.
Disamping itu, Ella turut mengaku kehidupannya selepas sebulan
berumah tangga merupakan perkara yang paling seronok dan masih banyak
perkara yang perlu beliau pelajari. Dalam pada itu, Ella turut
memberitahu beliau sempat juga menyediakan juadah sahur untuk suaminya
dan beliau beruntung kerana Azhar tidak memilih dalam soal makanan.
Ella dan suaminya, Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 7 Julai lalu di rumah keluarga beliau di Klang, Selangor.
ella seorang yang teguh pendirian. sekadar berubah penampilan tapi tetap setia dan teguh dengan genre 'rock'. harap2 beliau tak kan 'berubah pentas' walau dah bertudung skalipun... :)
ReplyDeleteella seorang yang teguh pendirian. sekadar berubah penampilan tapi tetap setia dan teguh dengan genre 'rock'. harap2 beliau tak kan 'berubah pentas' walau dah bertudung skalipun... :)
ReplyDelete