Seremban: Falsafah pentadbiran negara yang turut mementingkan
kebajikan rakyat menjadi faktor kadar pertumbuhan ekonomi negara berada
pada tahap membanggakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak, berkata falsafah berteraskan keadilan sosial yang diamalkan
terbukti lebih baik berbanding negara Barat.
Rakyat dapat manfaat
Kita tidak hanya mementingkan syarikat besar,
malah mencetuskan peningkatan ekonomi rakyat biasa. Dengan rangsangan
pelaburan dalam dan luar negara, ekonomi negara mengalami pertumbuhan
baik dan rakyat mendapat manfaat”. - Najib Razak, Perdana Menteri
“Kita tidak hanya mementingkan syarikat besar, malah mencetuskan
peningkatan ekonomi rakyat biasa. Dengan rangsangan pelaburan dalam dan
luar negara, ekonomi negara mengalami pertumbuhan baik dan rakyat
mendapat manfaat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Masjid At-Taqwa, Kampung Paroi di sini semalam.
Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar, Datuk Seri
Mohamad Hasan; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor;
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim
dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin.
Najib turut merasmikan masjid berharga RM10 juta itu, selain menyampaikan bantuan RM85,200 kepada asnaf miskin.
Beliau berkata, falsafah itu juga adalah cara kerajaan
memperjuangkan Islam, iaitu menjadi antara negara terbaik memerangi
kemiskinan dan meningkatkan ekonomi rakyat.
Katanya,
pentadbiran ekonomi terbukti lebih baik berbanding beberapa negara
eropah yang kini mengalami krisis ekonomi dan kadar pengangguran
mencecah 45 peratus.
Rakyat patut bersyukur
Pada
masa sama, Perdana Menteri mengajak rakyat bersyukur kerana dapat
menunaikan ibadat, termasuk puasa dalam aman, berbanding saudara seagama
di sesetengah negara Islam lain.
Mengambil contoh Mesir dan
Syria, negara berkenaan berada dalam keadaan tegang dan perbalahan,
menyebabkan rakyat hidup tidak aman.
No comments:
Post a Comment