Saturday, August 18, 2012

Jih.... Betulah kata Nasharuddin tuh pasal DAP dan Karpal, takut buat apa

pok nik malu
Saya ketawa besar melihat telatah para pemimpin PAS yang tiba-tiba melenting apabila di “smash” bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang menggesa agar kepimpinan partinya memutuskan hubungan sekutu dengan DAP yang disifatkan sebagai anti-Islam.

Bermula dengan sekeping gambar Nasharuddin bersama Perdana Menteri di dalam satu pertemuan dengan para ulama di Masjidil Haram, mereka mula membuat spekulasi sendiri dan “tanduk syaitan” mereka jelas kelihatan di atas kepala mereka.

Apatah lagi apabila mereka mendengar sendiri kenyataan yang dibuat oleh Nasharuddin menerusi media yang melabelkan Karpal dan DAP yang “disayangi” PAS itu sebagai seorang anti Islam kerana menentang penubuhan Daulah Islamiyyah serta perlaksanaan hudud.

Maka melentinglah tokoh PAS paling berIQ rendah sepanjang zaman, Mahfuz Omar yang menyerang Nasharuddin dengan menyifatkannya sebagai seorang yang cetek ilmu dan takut untuk berdepan dengan para pemimpin PAS di dalam mesyuarat.

Mahfuz hentam Nasharuddin cukup-cukup menerusi portal pembangkang, Malaysiakini, dan terus mempamerkan kebengapan akal fikirannya yang bodoh bukan kepalang sebagai Naib Presiden PAS.
Menariknya, kenyataan bodoh Mahfuz itu disambut pula oleh Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang terikut-ikut dengan sifat semula jadi Naib Presidennya dan “membelasah” Nasharuddin tanpa usul periksa.

Tokoh “Kristian” dan “Anwarinas” di dalam PAS, Khalid Samad pula lebih lancang mulutnya mengatakan bahawa Nasharuddin seorang pemimpin yang “gila jawatan”!

Itu belum lagi disebut tentang Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, yang kali ini jelas menunjukkan bahawa dia memang “busuk hati” terhadap Nasharuddin seraya menyatakan bahawa dia “tidak hairan” untuk seorang seperti  bekas Timbalan Presiden PAS itu untuk keluar parti!

Itulah hasil dari sekeping gambar dan beberapa potong kenyataan pedas Nasharuddin yang bertujuan menegur kepimpinan PAS yang dilihat semakin jauh terpesong dari agenda sebenar parti itu.

Setelah puas menghentam Nasharuddin, bekas Timbalan Presiden itu dalam nada bersahaja menjawab dengan sabar dan selamba menjelaskan bahawa dia langsung tidak berniat untuk menyertai UMNO.
Lebih pedas lagi, Nasharuddin meluahkan rasa “kasihan” kepada para pemimpin PAS yang menghentamnya yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal!

Malah lebih pedih lagi telinga Mahfuz, Tuan Ibrahim, Khalid Samad, Nik Aziz dan para pemimpin PAS yang lain apabila Nasharuddin “menasihati” mereka agar tidak membuat andaian, tuduhan dan buruk sangka terhadap saudara seagama!

Lebih-lebih lagi apabila dia meminta para pak-pak lebai kulup PAS itu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dan bersitghfar, khususnya pada hari-hari terakhir di bulan Ramadhan!

Pedih, pedas dan memang mantap sekali kenyataan balas Nasharuddin terhadap mereka-mereka yang bencikan dirinya. Kalau saya di tempat Mahfuz, memang saya letak jawatan Naib Presiden PAS kerana tak sanggup menahan malu apabila sifat jijik saya didedahkan! Di bulan Ramadhan pulak tu!

Nasharuddin menjelaskan bahawa dia ke Makkah untuk berbincang tentang perkara yang lebih besar berbanding maslahah UMNO – PAS iaitu krisis yang sedang dialami oleh masyarakat Islam dunia, khususnya di Rohingya dan Syria.

Lagi sekali saya ketawa besar! Melalui kenyataan itu, jelas Nasharuddin membidas akal Mahfuz, Tuan Ibrahim, Nik Aziz dan Khalid Samad yang hanya berkisar tentang perkara di dalam “tempurung” berbanding dirinya yang membawa misi yang global bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib!

Sekaligus juga kenyataan itu menjelaskan bahawa Najib dan Nasharuddin sememangnya diiktiraf sebagai pemimpin Islam yang penting di dalam dunia Islam berbanding Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang menjadi “kiblat” PAS selama ini.

Saya tak tahulah di mana lagi PAS nak sorok muka para pemimpin mereka. Sudahlah mereka “dipijak-pijak” DAP di dalam Pakatan Haram, rakyat pun dah mula jelas dengan “kedayusan” PAS mempertahankan kepentingan Islam, kini parti itu “dibakul sampahkan” pula oleh Nasharuddin!

Tak tahulah saya sekiranya PAS masih lagi berdolak-dalik dan masih lagi tidak mahu sedar-sedar tentang kesilapan mereka untuk terus menjalinkan kerjasama dengan puak-puak “kafir harbi khafi” dan “agen Yahudi Zionis Israel itu. Nampaknya masa depan PAS makin hancur…

sumber : Duke Of  UMNO

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts