Monday, August 20, 2012

APAKAN JADI KAMPUNG KU JIKA IBU SUDAH TIADA

Aku  balik ke kampung pada  petang hari mantai , keesokan nya hari raya , aku sempat sembahyang jemaah sunat aidil fitri di Masjid kampung ku, kemudian  terus ke pusara ayah dan menziarahi  pusara atok dan uwan serta bapa saudara , mak saudara  dan juga kubur kubur  sepupu sepupu ku yang telah mendahului aku, kelihatan dalam gambar ini anak dan anak buah aku main  mecun,ada adik adik yang tidak balik lagi beraya di rumah mertua dulu.- masih dalam mood raya... tak menulis politik.

Suasana Adilfitri di rumah ini tidak semeriah ketika Arwah ayah masih ada dan ketika mak sihat dahulu. Namun kami tetap kembali ke rumah ini walaupun rumah ini sudah hampir ditinggalkan apabila mak sudah di bawa tinggal di rumah adik. Tak tahu lah apakah nasib dengan rumah ini sekiranya  mak sudah tiada, Bukan saja rumah ini, kampung sebelah kawasan rumah ku juga sudha hampir di kosongkan setelah hampir semua orang tua di kawasan kampung ku ini pulang meghadapi illahi.

malam satu hari raya , walaupun berat melepaskan dan meninggalkan mak, aku terpaksa juga pulang kerana janji sebelah isteri pula. Isteri cuti tidak  lama , terpaksa aku membahagikan masa, balik ke KL kerana esoknya akan ke rumah mertua ku pula, Mak menangis mengharapkan aku tinggal beberapa malam  lagi , mungkin tidak puas lagi bermesra dan bermain dengan anak anak ku.

Tahnoah Danial kerana puasa penuh, ayah janji RM 2 sehari  , ha kena bagi adik RM60 termasuk duit raya RM 200 = Jumlah RM260 dari ayah, hah kaya  adik , ibu lagi along lagi... ha ha ha aku dulu masa kecil kecil nak dapat RM 20 pun susah masa raya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts