Wednesday, August 8, 2012

Artis Masuk PAS Ada Agenda?

BEGITU ramai orang dalam Pakatan Rakyat, tidak memberi perhatian yang betul dengan kenyataan yang dikeluarkan artis Abby Abadi baru-baru ini berhubung masa depan kariernya sebagai artis setelah menyertai PAS.

Penulis melihat ada percanggahan ketara antara kenyataan Abby itu dengan polisi Pakatan Rakyat yang ramai dari kita faham.

Abby Abadi dipetik sebagai berkata, “Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PR perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah?

Pertama, penulis tidak ingat dimana dalam buku Jingga dan manifesto yang sedang dirangka, ada dimasukkan tentang unsur-unsur ‘syariah’ dalam dunia hiburan seperti yang disebutkan Abby Abadi. Penulis yakin ada banyak perkara yang berubah setelah Pakatan Rakyat mengambil alih, tetapi ‘mensyariahkan’ bidang hiburan bukan salah satu dari agendanya.

Abby mungkin selebriti tapi pemahamannya mengenai perjuangan Pakatan Rakyat kelihatannya masih kabur. Yang Abby terlepas pandang, kenyataan ini boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat bukan Islam di negara ini, seolah-olahnya Pakatan Rakyat mahu menguatkan lagi imej Islam di negara ini.

Percayalah itu tidak akan berlaku. Kalau pun PAS mendesak, DAP tidak akan bersetuju, begitu juga dengan PKR yang berkongsi pendirian yang sama. Pakatan Rakyat setahu penulis, tidak sama sekali berhasrat sama sekali ‘mengislamkan’ negara ini lebih dari apa yang ada sekarang.

Malah mungkin ada pengurangan di sana sini untuk memberi ruang kepada penganut agama lain pula.

Ini kenyataannya, negara ini negara berbilang kaum dan agama, penumpuan khas kepada sesuatu kaum dan agama adalah amalan yang ditolak dan tidak akan diamalkan oleh Pakatan Rakyat, atau kita akan dinilai sama sahaja seperrti BN.

Kedua, apakah Abby Abadi fikir Pakatan Rakyat akan memberi ‘keistimewaan’ kepadanya dalam bidang hiburan ini setelah pentadbiran persekutuan bertukar? Ada berapa ramai artis yang menyertai PAS kebelakangan ini, kalau semua nak diberi keistimewaan tertentu, adakah adil pada yang lain.

Kita ada beribu orang artis, majoriti daripada mereka tidak cenderung kepada mana-mana parti politik. adilkah Pakatan Rakyat menutup peluang mereka ini kerana Abby Abadi dan segelintir yang lain mahukan keistimewaan dari kerajaan Pakatan Rakyat nanti?

Penulis melihat disini, Abby Abadi tidak ikhlas menyertai Pakatan Rakyat, belum apa-apa agenda peribadinya sudah terserlah. Ketara sangat penyertaan Abby Abadi ke dalam PAS hanyalah untuk mencari peluang lebih baik yang tidak mampu didapatinya dengan kerajaan sekarang.

Mungkin Abby bermimpi Pakatan Rakyat akan menyerahkan slot yang panjang dari mana-mana rancangan RTM sedia ada kepadanya.

Penulis ingin ingatkan disini, kemasukan Abby Abadi adalah dengan kerelaan, tidak ada sesiapa yang menjemputnya masuk. Kita hargai sokongan Abby dan artis-artis lainnya kepada Pakatan Rakyat, tapi jangan memandai-mandai menyatakan sesuatu yang tidak pernah menjadi polisi Pakatan Rakyat, seperti ‘mensyariahkan’ hiburan.

Atau paling teruk lagi, mengharapkan balasan.

Sebab itu beberapa hari sudah, laman ini ada memberikan amaran kepada PAS supaya jangan terlalu ghairah membawa masuk golongan artis ke dalam parti tersebut.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts