Wednesday, August 22, 2012

Mak Tom Ibu Azmin orang yang tidak disukai Azmin???



Apa yang diharapkan kepada anak  yang  hanya mahu mengejar duniawi yang tidak memperdulikan kehidupan yang normal  untuk mengejar cita cita dan harta di dunia. N orma kehidupan  normal dalam keluarga juga  berserabut bagaika sebuah kehidupan keluarga 69 . Namun ianya bukan segalanya yang penting adalah harta pangkat dan wang ringgit.

Apa yang dimarahkan sangat dengan ibu sehingga berbelas tahun tidak balik dan tidur di rumah sedangkan boleh tidur di rumah ibu mertua. Ibu dijadikan musuh , adik beradik juga di jadikan musuh. Inikha dia yang mahu kita hormati sebagai pemimpin.


'Saya sangat kecewa dengan Azmin'

MELAKA 20 Ogos - Che Tom Yahaya, ibu kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sekali lagi sebak dan terkilan apabila anaknya itu tidak pulang menjenguknya pada Aidilfitri ini.

Malah, katanya, Azmin langsung tidak pernah balik ke rumah untuk bertanya khabar apatah lagi untuk berbuka puasa bersama keluarga sepanjang Ramadan lalu.

"Saya sangat kecewa dengan sikapnya," kata Che Tom ketika ditemui Utusan Malaysia di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua, Che Tom, 79, bertemu media bagi melahirkan perasaan kecewanya dengan sikap Azmin.

Kali pertama, beliau berbuat demikian ialah pada Mei lalu, apabila Che Tom dengan nada sebak menceritakan bagaimana Azmin tidak pulang menziarahinya sejak Ogos tahun lalu.

Menurut Che Tom, disebabkan kecewa dengan sikap Azmin, beliau mengajak anak-anak lain berhari raya di luar Kuala Lumpur buat pertama kali sejak lebih 40 tahun.

"Saya dan tiga anak perempuan termasuk Umi Hafilda dan cucu-cucu saya memilih untuk beraya di Melaka kali ini kerana begitu kecewa dengan sikap Azmin yang juga sudah lebih setahun tidak pulang menjenguk saya di rumah.

"Tahun ini, kami langsung tidak membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Tiada makna untuk kami buat demikian, kalau dia sebagai anak langsung tidak sudi untuk pulang bersalaman dan memohon ampun daripada saya," katanya.

Sementara itu, Ummi Hafilda yang turut hadir dalam pertemuan dengan Che Tom berkata, beliau terpaksa menunaikan hasrat ibunya yang mahu beraya di luar Kuala Lumpur.

Ummi Hafilda sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Azmin berubah sikap sejak berkawan rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia lebih mementingkan Anwar berbanding ibu dan adik beradiknya hanya kerana kepentingan politik," katanya - Utusan


Ada seorang datang bertanya kepada Rasulullah SAW lalu bertanya; “Ya Rasulullah, siapakah yang perlu kami utamakan selepas Allah dan Rasulnya?” 

Lalu baginda SAW menjawab: “Ibumu”. Kemudian dia bertanya lagi: “selepas itu?” 

Baginda SAW menjawab: “Ibumu”. 

Orang itu masih lagi tidak berpuas hati, lalu dia mengulang lagi soalannya tadi: “selepas itu?” 

Baginda SAW terus menjawab: “Ibumu…., kemudian bapamu”….tiga kali perkataan ibu diulang-ulang, kemudian barulah perkataan ayah disebutkan oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

2 comments:

  1. Macam mana nak jaga rakyat, ibu seorang pun tak dapat nak jaga.

    ReplyDelete
  2. pelik lah mak tom ni. anak dia azmin sorang aje ke? sebab anak sorang tu je, dia sanggup tak beraya di rumah? pelik. betul ke semua anak2 pi ikut dia beraya di hotel? pelik dan tak logik. kalau betul pun sebagai seorang ibu, macamana dia sanggup memburukkan anak dia kepada umum!! ibu apa kah ini??!!

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts