Abby Abadi dan Erra Fazira, dua nama yang besar dan sudah lama bersama dalam industri hiburan. Pernah berlakon bersama dalam drama bersiri Gerak Khas.
“Saya menghormati apa yang dia (Abby Abadi) lalui sekarang. Kita tak tahu, mungkin dia ada cara penyampaiannya yang tersendiri,” kata Era kepada OhBulan sebuah portal hiburan.
Ditanya adakah dia bersetuju dengan tindakan Abby yang secara terang membuat kenyataan tentang politik, Erra menjawab, “Saya tak boleh kata setuju jika kita tak mengenali individu itu secara rapat.”
Erra turut memberitahu bahawa Abby memang seorang yang lantang dan berani bersuara.
“Dia memang seorang yang lantang dan berani bersuara, sejarah pun dah menceritakan Abby ini bagaimana orangnya.
“Saya tak kata tindakan dia betul atau salah, walau apa pun mahu berdakwah, mesti ada saluran yang betul. Jangan berdakwah jika ia mengakibatkan kesan yang negatif. Apa pun, saya tetap menghormati cara dia,” jelas Erra Fazira.
Kata kata Era ini sebenarnya berlapik tetapi tajam dan pedas maknanya jika difahami betul betul , kalau mahu berdakwah berdakwah lah. mesti ada landcasan yang betul. Bermakna landasan yang digunakan oleh Abby ini tidak betul.
Kalau kita lihat di Gombak, kelakar apabila banyak gambart Abby berpakaian Inspektor polis dan terpampang nama Inspketor Eliza . Gambar Abby dikelilingi ustaz PAS , Poster tertulis Gerak Khas Gerak PAS. Kelakar macam budak budak parti sesat ini.