Sunday, August 12, 2012

PM M'sia, Nik Ajis jangan lah jadi Saudagar Mimpi no dua pula

Soal bangsa tidak perlu dipertikaikan untuk seseorang menjadi Perdana Menteri asalkan dia beragama Islam, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

 Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ini kerana perdana menteri akan mengetuai kerajaan dan memimpin umat Islam di negara ini. "Nak bukan Melayu tidak apa, asalkan beragama Islam, mana boleh pimpin Islam kalau tidak Islam.

 (Contohnya) negeri demokrasi, adakah (jawatan) diberi kepada komunis, negeri komunis pula adakah dia akan beri kepada orang demokrasi? Tak ada... negeri komunis maka (pemimpin) komunis yang pegang, negeri demokrasi maka demokrasi pegang. "Negeri Islam, maka orang Islamlah pegang, jadi bangsa apa pun tak peduli," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri, Kelantan di Markaz Dewan Ulama (MADU) Labok, beberapa bulan yang lalu.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan terus berjuang bagi memastikan bukan Melayu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang yang menghalang orang bukan Melayu untuk memegang jawatan tersebut.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz pula menyifatkan kenyataan Karpal itu pendapat peribadi dan yakin ia tidak menjejas sokongan kepada Pas.

"Cuma kita melihat dalam konteks semasa, orang Melayu Muslim (adalah) majoriti di negara ini, jadi kalau Karpal sebut mengenai bangsa, kita tak kisah tapi kalau bukan Muslim nak jadi Perdana Menteri, itu kita tolaklah," katanya. – Bernama.

NOTA TB: Nik Aziz juga tidak yakin  bahawa Anwar akan menjadi PM  dan seperti  biasalah Nik Ajiz akan merapu  kononnya  PAS (Islam Ajis Pin) akan di terima oleh Karpal , Lim Guan Eng  , Lim Kit Siang. Jika mereka mahu jadi Perdana Menteri mereka kena  masuk Islam. Nik Ajis ingat mereka mereka dari DAPig ini takut dengan dia dan akan menggigil mendengar arahan Nik Ajis ni.

Kalau isu botol arak kat Selangor pun Exco PAS tak boleh selesaikan dan tunduk kepada  DAPig inikan isu besar mereka kena masuk Islam. Kalau mereka ada cukup kerusi dengan PKR , PAS akan ditunjuk jalan keluar. PAS tak faham faham lagi ke?

Itu yang ketua pemuda di malukan dan besar kemaluannya dalam debat denga ustaz Bari beliau mengatakan bahawa DAPig dah boleh terima cara PAS dan Hudud Sudah berbincang dengan DAPig dan Karpal Singh. Karpal dan tindakan balas nya menafikan apa yang diikatakan oleh ketua Pemuda PAS dan itu semua hanya lah satu penipuan. Tak malu ke Ketua Pemuda PAS penipu. Bukan UMNO yang kata , Karpal Singh yang menafikan.

Tak payah lah Nik Ajis nak macam macam. Sebenarnya Nik Ajsi pun dah sampai masanya untuk beliau berehat dan bagi kepada orang muda pula. Dah nyayuk dan adakala sendiri pun tak tahu apa yang  sendiri cakap.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts