Thursday, August 30, 2012

MANSOR INGAT RAKYAT MACAM JUMUD PAS PERCAYA SEMUA APA YANG DIA TIPU - HA HA HA TOKONG LIM GUAN ENG

Mansor: Gelaran 'tokong' untuk 'sanjung' Guan Eng
12:11PM Ogos 24 2012
Ketua PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman hari ini berkata laporan berhubung kenyataannya yang antara lain menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai “sombong, angkuh dan tokong” bertujuan "memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP".

Sedangkan, istilah seperti "tokong" itu merupakan "sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang", katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Perkataan seperti sombong, angkuh dan tokong telah dipetik di luar konteks bertujuan untuk memberi gambaran yang buruk tentang hubungan PKR dan DAP.

NONE"Sebagai contoh, perkataan tokong sebenarnya merujuk kepada sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada ketua menteri," katanya.
Mansor (berjaket) mengulas laporan berhubung kenyataannya dalam satu dokumen didakwa minit mesyuarat strategik PKR negeri yang turut dinafikannya.

"Saya ingin menegaskan, tidak ada mesyuarat strategik parti sepertimana yang dilaporkan", katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa satu pertemuan telah diadakan "antara sekumpulan ahli PKR dengan pengerusi perhubungan negeri."

"Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut," katanya, merujuk kepada transkrip yang disiarkan di satu laman blog yang disifatkannya sebagai laman "anti-PKR", gelagatanwar.wordpress.com pada Jun lalu.

Katanya, tindakan merakamkan perjumpaan berkenaan dan menyiarkannya di laman tersebut dilakukan dengan tujuan jahat bagi "merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP."

Mansor membacakan kenyataan itu sepenuhnnya dalam satu sidang media yang turut dihadiri Lim di Pulau Pinang hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Mansor menafikan bahawa beliau tidak mengeluarkan perkataan "sombong" dan "angkuh", seperti yang dilaporkan.

"Saya tidak fikir...saya telah menyatakan (sombong dan angkuh). Tetapi 'tokong' saya ada sebut dan ia sebenarnya merujuk kepada sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri," katanya kepada pemberita dalam sidang media itu.

Aku petik sebiji laporan Malaysiakini. Nak menipu macam mana lagi dah tergantung leher pun masih nak menipu lagi.Malaysiakjini pun nak menipu juga. Mana ada orang hormat orang Cina dengan memenggil Tokong . ha ha ha ha ha ha.... Kahlifah Omar adalah , panggilan dari Parti Ajaran Sesat ,

Teruklah PR ini  dah merapu teruk, Tokong tuh sama lah macam kuku besi , rakyat bukan bodoh nak menilainya .Mansor, Berani cakap berani lah tanggung.Mula hari ini boleh lah kita panggil Lim Guan eng Sebag.ai Tokong dan ayah nya ayah Tokong dan anwar Ibrahim sedara Tokong.Nik Aziz dan Haji  Hadi semua sebagai sahabat Tokong,

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts