Diorang tunggu saja apa keputusan yang akan dibuat oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Kalau tak batal mampos kena bantai , batal pun kena bantai juga. ha ha ha susah nak hidup sekarang ni, apabila ada orang yang bercita cita mahu berkuasa sampai halalkan apa juga cara , Mereka ini tak takut dah neraka.
Padahal manusia diciptakam oleh Allah dengan akal and pikiran dengan tujuan menjadi pemimpin atas kaumnya di bumi ini. tentunya dengan akhlak yang baik and bukan menurut hawa nafsu saja. Datuk Seri betul dah tuh ....peduli apa ngan mereka juak juak pembangkang ni. Mereka ni halalkan yang kita haramkan walaupun haram dan haramkan yang kita halalkan walaupun halal. Kuasa dan tanggungjawab di tangan Dato' Seri........ Mapos pie lah kat diorang ni.
Keputusan batal konsert Erykah disokong Kabinet: Rais
29/02/2012 5:02pm
KUALA LUMPUR 29 Feb. - Tindakan Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan membatalkan konsert penyanyi wanita Amerika Syarikat, Erykah
Badu, yang sepatutnya berlangsungnya malam ini, mendapat sokongan
Jemaah Menteri.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais
Yatim berkata, beliau telah membentangkan perkara itu dalam mesyuarat
Kabinet hari ini berhubung pembatalan konsert daripada segi keselamatan
dan kepentingan untuk menghormati agama, bangsa dan budaya sosial yang
wujud di Malaysia.
"Sekiranya konsert ini diadakan juga, menurut Polis Diraja Malaysia,
berkemungkinan berlaku pelbagai perkembangan yang boleh mencetuskan
keghairahan sosial, dan perkelahian mungkin berlaku disebabkan hal-hal
yang berhubung dengan agama seperti di tempat lain di dunia yang
mencetuskan keghairahan di luar dugaan atau tidak dapat dikawal.
"Alasan yang teguh dari segi maruah agama, bangsa dan maruah kerajaan
sendiri terpaksa diambil kira selain daripada perkara yang berkaitan
dengan keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. -
BERNAMA
No comments:
Post a Comment