Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Shuhaimi Shafie dan Amiruddin Shari dicabar menyaman pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin sekiranya dakwaan pembabitan mereka dalam skandal rasuah pasir di negeri itu tidak benar.
Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan
tersebut perlu dilakukan segera bagi membuktikan kedua-dua wakil rakyat
daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak terlibat sekali gus
membersihkan integriti dan nama baik mereka.
“Shuhaimi
yang suatu ketika dahulu lantang bersuara dalam isu rasuah pasir di
Selangor perlu tampil membela diri dengan memberi penjelasan bagi
menafikan penglibatan beliau dalam isu tersebut.
“Ini
sekali gus dapat membersihkan nama beliau selaku pemimpin masyarakat,
bukan mengalih perhatian rakyat dengan menghentam Raja Petra di dalam
blognya.
“Saya
juga ingin menasihatkan Amiruddin supaya tidak membuat sindrom sepi
atau membisu. Beliau perlu berani ke depan membuat kenyataan bagi
membersihkan keadaan, bukannya menghilangkan diri,” katanya kepada
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mangkuk la ko ni sohaimi... Sprm pun kata tak ada apa ko yg lebih. Baja yg ko suply jadi budak noh yu nak aku repot sprm ke?ada ko berani mcm adun tu yg terbuka sedia disiasat? Mangkuk hayun sama mcm petra juga ko ni
ReplyDelete