Thursday, February 23, 2012

Islamkah PAS ???

SIAPA PRESIDEN PAS YANG PERTAMA?

Haji Ahmad Fuad telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama. Beliau merupakan seorang tokoh ulama yang berasal dari Terengganu dan pernah belajar di sekolah agama rakyat Ma'ahad Ehya al-Syarif di Gunung Semanggol. Semasa di sana, Haji Ahmad Fuad Hassan banyak menyumbangkan tulisannya dalam akhbar-akhbar Melayu mengenai kemunduran orang Melayu dan kecetekan pengetahuan agama di kalangan umat Islam. Beliau pernah mencadangkan betapa pentingnya sebuah'kesatuan ulama' atau sebuah 'Parti Islam Tanah Melayu' ditubuhkan bagi menyatukan ulama dan umat Islam untuk membangunkan agama, ummah dan tanah air.

BAGAIMANA PAS BERKEMBANG SEBAGAI ORGANISASI POLITIK?

Sebagai sebuah organisasi politik PAS telah menggariskan empat objektif perjuangan yang utama. Pertama, untuk mewujudkan satu ikatan persaudaraan !slam untuk membentuk satu tenaga koiektif bagi menyelenggarakan semua tuntutan agama Islam dan politik demokrasi. Kedua, menumpukan usaha dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran agama seluruh Tanah Melayu. Ketiga, memelihara dan mempertahankan hak, kepentingan, maruah agama dan umat Islam. Keempat, bekerjasama dengan organisasi-organisasi politik lain yang prinsip dan matlamatnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam untuk mencapai demokrasi, keadilan sosial dan kemanusiaan.


BILA CAWANGAN PERTAMA PAS DITUBUHKAN?

Cawangan PAS yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada 9 Mac 1952 diikuti dengan penubuhan cawangan di Perak pada 10 April 1952 sebelum melebarkan sayapnya ke Perlis pada 2 Mei 1952, Selangor pada 13 Julai 1952 dan Kelantan dua bulan kemudiannya. Sehingga Disember 1952, PAS telah berjaya menubuhkan 16 buah cawangannya di Tanah Melayu dan Singapura. Setahun selepas penubuhannya, PAS mengadakan muktamarnya yang pertama di Madrasah Dairatul Maarif, Kepala Batas, Province Wellesley pada 3 dan 4 Januari 1953. Dalam muktamar itu, Haji Ahmad Fuad dilantik semula sebagai Yang Dipertua PAS.

KENAPA AHMAD FUAD LETAK JAWATAN?

Bagaimanapun menjelang bulan September 1953, Haji Ahmad Fuad meletakkan jawatannya dan menyertai Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar. Pada 28 Februari 1954, Dr. Haji Abbas Alias telah dilantik untuk memangku jawatan Yang Dipertua PAS yang dikosongkan oleh Haji Ahmad Fuad. Tugasnya sebagai doktor perubatan dalam perkhidmatan kerajaan tidak membenarkannya bergiat secara aktif dalam PAS dan politik.Namun begitu, di bawah kepimpinannya PAS telah mengalami beberapa perkembangan yang pesat khususnya di Pantai Timur. Program lawatan ke seluruh negeri Kelantan oleh Othman Abdullah selaku Ketua Pemuda PAS dan Mohd.Asri telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga tertubuhnya cawangan parti di Pasir Mas, Kota Bahru dan Pas:

A) Apakah sebab sebenar Ahmad Fuad Melatkkan jawatan  agak samar dalam penerangan ini?

APAKAH CITA-CITA PAS?

PAS ditubuhkan untuk melaksanakan tuntutan menegakkan amar makruf dan nahyu munkar. Cita-cita ini tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik atau pemerintahan. Dengan mempunyai kuasa politik dan melalui kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan serta menguatkuasakan undang-undang Allah. Hal ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahyu munkar dengan sempurna ketika memegang kuasa di Madinah. Langkah ini wajib diikuti dengan ijmak para sahabat dan ulama yang muktabar. Sebagai sebuah harakah Islamiah, tidak memadai bagi PAS bergantung kepada ceramah dan kuliah semata-mata untuk melaksanakan tuntutan tersebut. la memerlukan kuasa bagi memastikan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

BENARKAH PAS MENCAMPUR-ADUKKAN POLITIK DAN AGAMA?

Adalah menjadi satu kewajiban kepada umat Islam berusaha untuk menegakkan masyarakat Islam yang tunduk kepada undang-undang Allah. Bertitik tolak daripada itu, PAS berusaha meneruskan perjuangan nabi untuk menyebarkan risalah dakwah dengan mengajak dan menyedarkan umat manusia tentang kedudukannya sebagai makhluk Allah serta tanggungjawabnya kepada khaliq. Seruan Pas itu adalah merentasi sempadan keturunan, agama dan batasan geografi sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat. Islam adalah ‘Ad deen’ dan agama yang bersifat sejagat. Jadi, Islam harus diperjuangkan secara menyeluruh dan tidak seharus berlakunya pemisahan di antara agama dan politik.

APAKAH DASAR PERJUANGAN PAS?

Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap merangkumi semua perkara sama ada yang berkaitan dengan ibadah, politik, ekonomi, pendidikan, sosial, akhlak dan sebagainya. PAS memperjuangkan din wa daulah iaitu agama dan negara. PAS menerima konsep Islam secara keseluruhan sebagai satu cara hidup yang syumul bukannya secara tempelan dengan beriman separuh dan menolak yang sebahagian lagi. PAS menerima Islam secara keseluruhannya dan tidak dalam perkara yang berkaitan dengan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata tetapi merangkumi penolakan terhadap judi, zina, rasuah dan sebarang bentuk kemungkaran yang lain.

APAKAH SUMBER RUJUKAN PAS?

Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadis. Risalah Islam yang dibawakan oleh PAS bukan merupakan rekaan para pemimpinnya tetapi adalah berlandaskan kepada apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan doktrin dan ideologi ciptaan manusia. la bersumberkan kepada wahyu Ilahi. Jadi, PAS berjuang dan bertindak berdasarkan kepada apa yang dibenarkan dan terkandung di dalam Islam.

APAKAH MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAS?

Sejak ditubuhkan PAS telah berusaha untuk memartabatkan Is¬lam. PAS sebagai sebuah parti politik dan dakwah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk melihat kemurnian Islam dapat direalisasikan, keadilan Islam dapat dihayati dan kecantikan Islam dapat dipraktikkan di dalam kehidupan umat manusia. Cita-cita dan perjuangan PAS ialah untuk menzahirkan Islam agar ia tidak berada di dalam lipatan sejarah dan kitab feqah atau hanya menjadi perbincangan yang bersifat akademik sahaja.

APAKAH PERKARA INI TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PAS?

Dalam Perlembagaan PAS telah dinyatakan secara jelas mengenai perkara ini. PAS mempunyai tujuan untuk memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-¬hukumnya menuju keredaan Allah. Selain itu, PAS juga ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan kesucian Islam, kemerdekaan dan kedaulatan negara.Tujuan ini telah menjadi asas kepada perjuangan PAS daripada dahulu sehingga kini biarpun kepimpinannya telah bertukar ganti manakala cabaran dan situasi juga sering kali berubah.

BOLEHKAH PAS BEKERJASAMA DENGAN PARTI POLITIK DAN NGO?

PAS merupakan sebuah parti politik yang bersikap terbuka dan berpandangan jauh. PAS bukan merupakan sebuah parti yang mengamalkan dasar perjuangan yang sempit apatah lagi bersifat perkauman. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mana ia tidak bercanggah dengan nilai sejagat dan perjuangan Is¬lam. Sejak ditubuhkan, PAS telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada yang berupa parti politik, gerakan Islam atau pun pertubuhan bukan kerajaan. PAS pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 sebelum mengambil keputusan untuk keluar daripada komponen itu pada tahun 1978.

APAKAH BENTUK PAKATAN LAIN YANG PERNAH DISERTAI PAS?

Kepimpinan PAS pernah mengadakan kerjasama dengan beberapa buah organisasi politik membentuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dan mengadakan persefahaman dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Parti Demokratik Sosialis, Parti Nasionalis Malaysia (NASMA) dan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1986. Kerjasama itu kemudiannya diteruskan di bawah kepimpinan Allaryarham Datuk Haji Fadzil selepas mengambil-alih jawatan Presiden PAS daripada Tuan Haji Yusuf Rawa. Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) telah dibentuk pada tahun 1989 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1990.

APAKAH HASIL DARIPADA KERJASAMA ITU?

Pakatan APU telah menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan. lni membolehkan PAS kembali berkuasa serta mendominasi politik Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990. Pada Pilihan Raya Umum 1999, PAS telah bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), DAP dan PRM dalam Barisan Alternatif (BA). Kerjasama dan pakatan itu telah menamatkan penantian PAS selama 40 tahun untuk memerintah Terengganu. Malahan kerjasama itu juga telah menyaksikan pertambahan bilangan kerusi dan undi popularyang diperolehi oleh PAS di seluruh negara.

APAKAH YANG DIKATAKAN KEPIMPINAN ULAMA?

Kepimpinan ulama sebenarnya sudah bermula sejak awal PAS ditubuhkan. Cumanya istilah kepimpinan ulama hanya digunakan secara meluas pada tahun 1980an apabila berlakunya perubahan tampuk kepimpinan parti kepada golongan pemimpin yang berpendidikan agama. Kalau dahulu ulama sering dilabelkan sebagai tuan guru atau golongan ustaz yang mengajar di pondok, madrasah dan surau. Namun PAS telah mengangkat kedudukan ulama dan membuktikan betapa ulama juga mampu untuk mentadbir dan memerintah negera. Di bawah kepimpinan golongan ulama yang kini diterajui oleh Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, PAS telah muncul sebagai parti kedua terbesar di negara ini selepas UMNO dengan keahlian yang hampir mencecah satu juta orang. Malahan PAS juga menjadi satu-satunya parti di negara ini yang menjadikan Islam sebagai asas perlembagaan, dasar dan matlamat perjuangannya.

APAKAH ASAS PAS MELIBATKAN DIRI DALAM POLITIK PILIHANRAYA?

Penglibatan PAS dalam proses pilihanraya adalah bagi memenuhi tuntutan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.Selain itu, penyertaan PAS di dalam pilihanraya ialah bertujuan untuk menawarkan alternatif dan memberikan kefahaman kepada rakyat negara ini terhadap dasar-dasar perjuangan Islam yang dibawanya. Kehadiran PAS tidak sekadar untuk merancakkan suasana pilihanraya tetapi dengan harapan untuk mencapai kemenangan bagi membuka laluan kepada perlaksanaan pemerintahan Islam. Dengan kata lain, PAS tidak pernah menjadikan kuasa dan jawatan sebagai matlamat perjuangannya tetapi hanya sebagai wasilah serta alat untuk membolehkan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dapat dilaksanakan dalam masyarakat kita. PAS yakin bahawa sistem Islam dapat diterima oleh semua pihak sekira dasar-dasar yang dibawanya difahami dan dihayati dengan fikiran terbuka tanpa melibatkan kepentingan serta permainan emosi yang melampau.

APA ERTINYA MENYERTAI PAS?

PAS merupakan di antara parti yang paling lama bertapak di Ma¬laysia. Sepanjang penubuhannya selama lebih separuh abad, PAS telah berdepan pelbagai krisis dan cabaran di dalam perjuangan. Permasalahan dan liku-liku yang berduri yang dihadapinya adalah satu proses biasa dan merupakan suatu tribulasi di dalam perjuangan Islam. Di sebalik setiap krisis dan perpecahan mengandungi hikmah yang tersembunyi. Krisis yang melanda PAS tidak pernah melemahkan parti dan perjuangannya. Sebaliknya ia menjadikan kedudukan PAS bertambah kuat dan mantap dengan pertambahan bilangan keahlian yang sekarang sudah melebihi 800 ribu orang. Kebanyakan yang menyertai PAS adalah kerana mereka mencintai dan meminati perjuangan Islam serta yakin dengan dasar-dasar yang dibawakan oleh parti. Mereka menyertai PAS sebagai pernyataan sokongan dan mahu bersama-sama memberikan sumbangan mengiku kadar kemampuan untuk memenangkan Islam.

KENAPA ADA AHLI PAS KELUAR PARTI?

Namun dalam mana-mana perjuangan, sering kali wujud beberapa kelompok dan kalangan yang menyertai parti dengan sebab dan niat yang tertentu. Apabila hasrat mereka tidak tercapai, mereka bertindak keluar daripada parti dan menyertai parti lain atau menubuhkan partinya sendiri. Terdapat juga di kalangan mereka yang sudah lama menyertai PAS tetapi meninggalkan parti bila timbul perasaan tidak puas hati. Mereka tidak sahaja meninggalkan parti tetapi bertindak memburuk-burukkan parti yang pernah didokonginya selama berpuluh-puluh tahun. Tindakan golongan berkenaan menunjukkan mereka tidak ada keikhlasan di dalam perjuangan Islam yang menuntut pengorbanan, kesabaran dan kebijaksanaan di dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang. Meninggalkan parti kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan yang sedia ada bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan masalah dan halangan yang lain yang akan menggagalkan perjuangan Islam. Perjuangan perlu diteruskan selama parti tidak terkeluar daripada landasan Islam.

BAGAIMANA PAS MENTARBIAH AHLINYA?

Terdapat juga di kalangan yang menyertai PAS dengan semangat perjuangan Islam yang berkobar-kobar. Mereka begitu fanatik dengan perjuangan dan ada kalanya keterlaluan di dalam tindak ¬tanduk. Namun selang beberapa ketika, semangat mereka menjadi luntur dan kendur begitu sahaja. Semasa mula-mula menyertai PAS mereka begitu aktif tetapi kemudiannya menjadi pasif. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk menjayakan sesuatu perjuangan. la harus dilandasi oleh ilmu pengetahuan dan pemahaman terhadap sejarah serta dasar perjuangan parti. Sebab itu, PAS sentiasa menekankan tentang kepentingan tarbiah dan majlis ilmu sama ada yang berbentuk ceramah, kuliah, forum, diskusi, dialog, seminar, konvensyen dan sebagainya.

BENARKAH PROGRAM PAS HANYA BERCERAMAH SAHAJA?

Ceramah hanya merupakan salah satu program penerangan yang diadakan oleh PAS. la menjadi alat dan wasilah untuk menyampaikan dasar dan sikap perjuangan parti kepada ahli-ahlinya dan masyarakat umum.PAS juga mengadakan berbagai-bagai majlis ilmu bertujuan untuk memberikan kesedaran, kefahaman, keinsafan dan pengetahuan berhubung dengan pelbagai perkara dan isu yang berlaku dalam kehidupan manusia. Majlis ilmu yang diadakan oleh PAS sentiasa menyeru manusia kembali ke jalan Allah di samping mendedahkan berbagai-bagai kepincangan, penyelewengan, kemungkaran, kemaksiatan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu supaya mereka tidak terlibat di dalam perkara¬-perkara yang disebutkan itu. Sebagai alternatifnya, PAS telah mengemukakan jalan penyelesaian mengikut acuan Islam bagi mengatasi segala masalah yang diutarakan itu. Keikhlasan PAS di dalam membangunkan Islam telah terbukti nyata. PAS harus disokong dan didukung bersama-sama oleh semua ahlinya.

KESIMPULAN

Setiap umat Islam harus mempunyai cita-cita walaupun sedikit untuk menegakkan Islam. Mereka juga mempunyai kewajipan untuk menyampaikan Islam meskipun dengan sepatah perkataan. Kalau mereka tidak mampu sampaikan melalui tangan atau perbuatan, mereka boleh melakukannya melalui perkataan atau lisan. Jikalau masih tidak mampu maka mereka sekurang-kurangnya perlu mendoakan di dalam hati. Berdasarkan kepada cita-cita tersebut, PAS ditubuhkan sebagai wadah dan wasilah untuk umat Islam menzahirkan cita-cita tersebut dalam bentuk yang nyata. Oleh itu, tidak ada alasan kenapa umat Islam tidak boleh merealisasikan cita¬cita tersebut dalam sebuah negara yang berbagai kaum dan agama ini apatah lagi bagi bilangan orang Islam yang majoriti. Umat Islam mempunyai ruang yang seluas-luasnya untuk melibatkan diri dalam parti PAS. Mereka boleh membantu Islam dengan membantu PAS. PAS adalah parti Islam, matlamatnya Islam, pendokongnya orang Is¬lam dan asas perjuangannya jelas IsIam. Mari sama-sama sokong PAS

soalan :
A) Apakah DAP adalajh sebuah parti yang tidak bertentangan dengan  ajaran Islam , apakah DAP menyokong Islam dan mengiktirafkan serta mebenarkan  jika PAS mahu melaksankan Hudud dan juga negara Islam ?

b) Apakah  PKR juga parti yang memperjuangkan Islam yang menyokong seratus peratus perjuangan Islam ataua hanya  mahu memperjuangan seorang Individu yang terlepas kerusi Perdana Menteri  untuk mendapatkan kembali kerusi itu.

c) Kenapa Selangor sekutu PAS masih penuh dengan rumah urut dan perbuatan amal makruf mungkar ?

d) Kenapa Hasan Ali yang bertindak untuk melaksanakan hukum amal makruf mungkar ini adalah orang yang di cop sebagai tidak berdisplin dan disenaraikan untuk disigkir dan kini telah pun disingkir?


e) Apakah Anwar ibrahim seorang ulamak yuang boleh menjadi Bos kepada Nik Aziz  dan Hj Hadi Awang ?

f) Berapa ramai ahli DAP dan pemimpin DAP yang sudah masuk Islam yang ditarbiahkan oleh PAS dan berapa banyak  kerja mentarbiah yang dilakjukan oleh PAS dalam vceramah ceramah mereka?

2 comments:

  1. ..PAS dulu lain, PAS sekarang lain..Hj Hadi dulu lain, Hj Hadi sekarang lain..Nik Aziz dulu lain, Nik Aziz sekarang lain...dulu perjuangan PAS untuk menegakkan Negara Islam, sekarang perjuangan PAS ialah untuk menegakkan Negara Berkebajikan bersama DAP dan PKR. Dulu Hj Hadi kata PAS menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana UMNO mengekalkan Perlembagaan kafir, tapi sekarang Hj Hadi menjadikan Buku Jinggay sebagai rujukan dan panduan bersama dalam PR walau pun dia tahu dengan jelas dalam Buku Jinggay mengatakan akan menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia yg sebelum ini sangat ditentang oleh Hj Hadi dalam 'Amanat Hj Hadi'...

    ReplyDelete
  2. pas bukan parti islam dan islam pun bukanlah pas kerana jika ahlinya keluar parti pas ahlinya masih lagi kekal beragama islam maka disini pas hanyalah sebuah parti macam parti lain juga jadi jangan terpedaya, selama ini pun pas tak membantu menegakkan islam contohnya penubuhan bank islam sistem perbankan islam juga universiti islam semuanya diasaskan oleh parti BN yg banyak membantu rakyat yg beragama islam, malah negara dunia islam lain menjadikan perbankan islam sebagai ikutan mereka jadi dimana jasa PAS pada negara ni..dikelantan sendiri pun selama pas memerintah selama 21 tahun hanya sebuah masjid yg dibina olehnya masjid yg lainnya semua dibina oleh BN jadi dimana hujah parti PAS yg mengatakan mereka parti menegakkan islam..yang jelas sekarang parti PAS adalah parti pak turut pada DAP dan PKR yang sampai sekarang belum lagi mendaftar sebagai parti pakatan rakyat bagi menggunakan satu bendera utk menghadapi pilihanraya..rakyat diluar sana gunakanlah akal dengan waras dengan apa yg berlaku didepan mata jgn terpedaya dengan parti yg menggunakan agama utk kepentingan politik mereka walhal mereka tak berupaya seperti mana janji manis mereka sebelum pilihanraya..jgn mengundi orang munafik

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts