Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta
ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan
soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang
Melayu sebagai (
Bumiputera)
dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan
kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam
pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (
UMNO-
MCA-
MIC)
telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya
membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti
pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah
kerusi yang dimenanginya dalam
Dewan Rakyat (
Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan),
Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan
Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam
Dewan Rakyat manakala
PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam
pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan
tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman.
Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak
dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu
perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur.
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak
menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada
kejadian tersebut.
[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari
Democratic Action Party dan
Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di
Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu
Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.
[2]
Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan
sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara
yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the
coalition's logo.
[3]
Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan
kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka.
Menteri besar Selangor,
Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan
UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan
Batu,
Selangor. Beliau minta kebenaran
polis
untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang
menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan
jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell
dan Jalan Hale dan menuju ke
Kampung Baru.
Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang
menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang.
Di sini letaknya rumah
Menteri Besar Selangor ketika itu,
Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum
Cina
yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan
mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil
melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut
sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke
laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan me
ludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di
Jinjang,
Kepong,
kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan
kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan
kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei,
Yeoh Tech Chye
selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya
melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan
Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan
emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan
ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru,
Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar
Selangor
ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang
berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya
menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
[perlu rujukan]
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan
tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian
pembunuhan orang Melayu di
Setapak,
hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat
cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan
kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung
daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat
memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan
Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari
PKM dan kongsi-
kongsi gelap
telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar
Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan
pelbagai senjata besi,
tombak dan
lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau
tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak
dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala
Lumpur. Tentera dari
Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar
Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan
FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari
Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang
Melayu,
Iban,
Cina,
India,
Sikh,
Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang
Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang
Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan
Rejimen Renjer dikatakan berbangsa
Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang
lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina
dengan askar
Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
[sunting] Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan
Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku
Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh
Askar Melayu. Malangnya beberapa askar
Askar Melayu
turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana.
Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina
kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu
tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam
lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman
televisyen
oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap,
dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang,
tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam
bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar
dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu
membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina
tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan
menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir
semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang
sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang
Askar Melayu yang tinggal di
Sungai Ramal,
Kajang.
Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang
melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya
persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu
di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan
kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh
keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di
lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang
antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik
dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah
berkurung.
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang
berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura
mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara
Mohd Radzi
mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit,
Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan
antonio Isasi Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari
Semenyih
yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan
rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut
melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan
Tentera Sabil dari
Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan
Tentera Selempang Merah dari
Muar dan
Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan
Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan
air jampi dan
tangkal penebat, iaitu
ilmu kebal
dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan
boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan
orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah
mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan
penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di
Kelantan,
Terengganu dan
Pahang. Di
Perak,
Kedah,
Pulau Pinang serta
Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri
Johor dan
Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di
Melaka. Di
Betong
ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar
melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang
cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan
"politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati
dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti
Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama
dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu
masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni.
Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti
Kelantan,
Pahang dan
Kedah.
Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan
melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di
selatan thai.
Persepsi
Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum
cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan
yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat
Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan
majoriti menganggotai pasukan
Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis
China.
Pada tahun 2007, satu buku —
May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen
Kua Kia Soong — telah diterbit oleh
Suaram.
Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam
London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya
disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan,
tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist
class" di UMNO sebagai
'coup d'etat' untuk menumbangkan
Tunku Abdul Rahman.
[4]