Saturday, June 30, 2012

Fernando Torres goal vs Barcelona 2012 Semi Final - AKU TETAP AMBIL ITALI

Kenapa tak pakai no biasa aja Nik Aziz ? Riak lah tuh..


Kenapa Nik Aziz tak pakai no DV4367 atau 6765 ke kenapa nak pakai no cantik , nak nunjuk , riak lah tuh. kata semuanya sederhana , kenapa nak pakai no DV1. Ni no elite.

DUCATI - DIAVEL - AKU MINAT BAJU MERAH NAIK DUCATI TUH...




Yang ini aku minat.


chop chop tukar aku nak Ducati ini  yg warna itam.



HAH....SETELAH 40 TAHUN BARU ASPAN TAHU UMNO TAK BAIK - LEMBABNYA KEPALA HOTAK KO ASPAN !!!

Siapa Aspan Alias  sebenarnya ::

Aspan hanya lah pencacai Politik yang mengharap bayaran dari orang orang tertentu dalam menjana kehidupan harian nya tanpa pekerjaan  tetap sebelum ini, Bukan kerana di Malaysia ini kekurangan kerja tetapi kerana Aspan memilih tidak mahu bekerja tetapi  lebih selesa mendapat ihsan menjadi lembu lembu kepada beberapa orang pemimpin  UMNO sebelum ini. Mustahil setelah 40 tahun Aspan berada dalam UMNO selesa makan duit pemimpin UMNO , Aspan baru nampak UMNO itu tidak baik setelah Anthony Loke memberikan beliau upah yang lebih lumayan. 40 tahun adalah satu jangka masa yang panjang untuk berfikir . Hanya orang lembab pemikiran saja mengambil masa selama 40 ytahun baru boleh berfikir. BACA SETERUSNYA DI SINI

Konvoi ke Muara - Makan ikan bakar.

Konvoi ke  Muara : bertolak dari Gombak jam 10.30 malam melalui Rawang dan ke High way Latar , menuju ke Kuala Selangor dan terus ke Jeram . Sampai Jeram jam 11.25 . Huh makan ikan dan sotong bakar.Kami semua jantan aja yang pergi konvoi malam malam ini, Baru saja sampai rumah dan upload gambar.

Sebelah , sdr Nazri menunggang harly Davidson

 makanan laut yang segar

Pondok yang diperbuat dari buluh, nak makan dlm pondok ini kena tambah lagi RM10.

Friday, June 29, 2012

Akhirnya pemain Malaysia dipilih juga untuk bermain dengan Manchester United.

AL-FATIHAH: PERGINYA SEORANG SENIMAN


SHAH ALAM - Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi mengesahkan menerusi akaun Twitter bahawa pelakon dan pelawak Osman Kering, 58, telah meninggal dunia sebentar tadi.
Osman telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 3.45 petang.
Osman atau nama sebenarnya, Osman Kassim dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat komplikasi paru-paru.
Sebelum dibawa ke hospital Allahyarham dikatakan telah rebah sekitar jam 6 petang di rumahnya di Bandar Permaisuri, Cheras.
Allahyarham Osman dikatakan sudah lama menghidap penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

TB : Mendoakan agar rohnya di tempatkan bersama orang orang yang solih , ampunkan segala dosa dosanya dan ersemadilah dalam ketenangan, 

Apa Masalahnya Jika KSN Menyokong Kerajaan?

Mahpuz Omar
Kita tidak faham kenapa Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar perlu menjadikan kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Dato’ Dr. Ali Hamsa sebagai satu isu. Menurut laporan Harakah, Dato’ Dr. Ali, dikatakan mengeluarkan kenyataan agar menyokong BN secara terbuka dan menuduh pembangkang sebagai membuat ‘janji kosong’.

Kita fahamlah yang Mahfuz tidak berapa cerdik dan PAS sudah ketandusan isu tetapi sekurang-kurangnya janganlah ditonjolkan kepada rakyat betapa tidak cerdik dan betapa terdesaknya PAS dan Mahfuz untuk mencari sedikit modal politik.

Sudah menjadi kemestian bagi seseorang KSN untuk menyokong kerajaan yang memerintah dan kebetulannya kerajaan yang memerintah hari ini ialah Barisan Nasional. Justeru, tiada isunya di sini. Kecualilah jika beliau mengajak rakyat menentang kerajaan, maka itu barulah satu isu besar.

  Mungkinkah PAS sudah merasa yang sokongan kakitangan awam terhadap parti mereka semakin merosot sehingga menjadi begitu ‘paranoid’ sekali dengan kenyataan KSN itu? Dalam kenyataannya, Mahfuz juga menyatakan bahawa bukan semua penjawat awam menyokong kerajaan dan tidak wajar jika mereka dikempen untuk menyokong mana-mana parti.

 Jika BN perlu mengambil sikap ‘paranoid’ yang sama, BN juga boleh menjadikan kenyataan Mahfuz sebagai satu isu dan membangkitkan soal penjawat awam yang tidak menyokong BN perlu dipecat kerana berpotensi untuk mengsabotaj dan mengkhianati kerajaan.

Tetapi, ini tidak berlaku, kerana seperti kata Mahfuz, kita perlu bertindak professional. Kerana bertindak professionallah kita tidak mengungkit soal penyokong pembangkang yang makan gaji dan menikmati kemudahan dan bantuan kerajaan tetapi saban hari mencaci kerajaan.

 Dan kerana professionallah juga KSN yang baru menyokong kerajaan dan bukan pembangkang. Menurut kata Mahfuz lagi, KSN tidak boleh dilihat menyokong mana-mana parti kerana jawatan beliau tidak akan ditukar jika PR menang pilihanraya .

  Entahlah, jika dilihat dari sejarah sikap dan perangai PAS ketika berjaya menawan Terengganu, dan juga di dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan, kita akan dapati bahawa tidak ada jaminan PAS akan mengekalkan KSN atau sesiapa sahaja walaupun jawatan mereka dilindungi oleh undang-undang sekali pun.

   Ini kerana, puak-puak PAS tidak pernah mendaulatkan undang-undang dan sering membela dan mengagung-agungkan pihak yang melanggar undang-undang. Justeru, tidak ada salahnya KSN menasihati penjawat awam mengenai perkara yang tepat iaitu menyokong BN yang menjadi kerajaan yang memerintah bagi memelihara integriti agar negara dapat ditadbir dengan berkesan.

Punca dua batang tiang takraw pihak masjid hantar surat ceroboh :::: ZALIMNYA JAIS

<><><><>
Gombak : Inilah dua batang tiang yg dicacak oleh penduduk Melayu Islam  Bukit Permata  Batu Caves  Gombak sehingga mendapat surat sebagai menceroboh dari pihak pengurusan masjid  yang mewakil JAIS. Jesteru iti mereka  menyingkir bekas setiausaha masjid yang menjaga tanah perkuburan di katakan bersubahat dengan penduduk.Tanah ini jauh lagi dari tapak pengkebumian sekarang , 3 tahun lagi belum tentu lagi tanah ini digunakan untuk perkuburan. bukan nya konkrit , hanya dua batang untuk orang orang Melayu di sini melepaskan penat lelah pada petang sabtu dan minggu disamping mengeratkan sailatulrahim sesama sendiri sambil bermain takraw. Disamping bersenam untuk kesihatan. Bukan mereka buat pot hisap dadah atau minum arak di sini.

Hairanya  berpuluh lembu yang meragut rumput disini tidak pula dikata menceroboh. Yang akhirnya  pihak masjid sampai menghantar surat kepada surau Bukit Permata memaklumkan bahawa kariah di Bukit Permata ini menceroboh tanah mereka. Ini undang undang manusia yang oleh di fikirkan dan dipertimbangkan, Nampak sangat kawdu hati AJK Masjid berkenaan yang terpaksa menghantar surat dan bukannya berbincang dengan kami. Besar sangat kah isu orang Melayu nak main takraw kat tanah JAIS ni yang seolah olah tanah ini mahu dirampas.

Tentang tanah ini mereka hantar surat menceroboh, tapi di Prima Gombak ada lebih dari 10 biji rumah urut yang tumbuh bagai cendawan yang urut bola Ping Pong mereka tutup mata saja. Beberapa kedai judi yang tumbuh ditutup oleh kedai mamak kat depan kedai di Prima Gombak pun mereka tutup sebelah mata, yang jadi kesakitan oleh mereka ada orang Melayu yang main Takraw.

TIANG DUA BATANG INI CABUT SAJA BILA JAIS NAK BUAT PROJEK BESAR BESARAN DI SINI NANTI. ITU PU N JADI MASALAH KEPADA MEREKA.HARAP JAIS DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN MEMPERBETULKAN KEADAAN INI KADAR SEGERA . Harap JAIS dan pihak masjid dapat berbincang secara waras dengan penduduk jangan terus menghantar surat menuduh Qariah masjid ini sendiri sebagai penceroboh. Apalah salahnya mereka  beriadah di kawasan perkuburan berkenaan. Mereka ini semua pergi sekolah dan boleh dibawa berbincang. Jangan nak tunjuk kuasa  dengan kami yang akur ini.



Ini adalah rumah bekas setiausaha masjid berkenaan di taman Pinggiran yang menaikkan bendera BN tanda protes,

Yang hairannya tokong ini tak pula dikatakan menceroboh.

Jalan masuk taman Pinggiran juga di naikkan bendera BN,

CHEGU BARD DAPAT DURIAN RUNTUH - JUAL NAMA KERABAT DI RAJA NS

BUAT APA MUSANG BERJANGGUT INI KE IPOH ??
Seperti yang pernah kita dengar bahawa Bard ini memang bijak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dari orang yang berminat untuk menjadi calon PKR . Desas desus ini sudah panas  di sekitar Negeri Sembilan apabila  Bard dikatakan banyak meminta duit dari orang yang tergila gila untuk menjadi calon dan Bard akan menjanjikan mereka satu kerusi dan setelah duit mereka ini habis Bard aklan meninggalkan mereka ini.

Apa yang saya dengar dari mulut rakan rakan Keadilan bahawa ada seorang hamba Allah yang ada duit di TTJ ingin menjadi calon dan Bard menjanjikan beliau tempat dan banyak juga duit hamba Allah ini yang telah digelapkan oleh Chegu Bard, maklumlah Bard ini bukan ada sumber pendapatan melainkan dari ceramah ceramah . Bard juga sukar mendapat bantuan dari PKR Negeri dan juga Kebangsaan kerana  beliau tidak disenangi oleh kedua dua pejabat ini.

Hari ini Bard bagaikan mendapat durian runtuh apabila satu orang tua yang gila sangat mahu jadi calon. Orang tau terkutuk yang tidak sedarkan diri ini kini di perangkap oleh Bard dan di bawanya ke hulu kehilir untuk berceramah, sedangkan orang tua ini bukan lah ada pengaruh atau dikenali sangat. Bercakap di atas pentas pun tidak tahu cuma menjual kasta ke hulu kehilir ke seluruh tanah air. Tak ada relevannya orang tua musang berjanggut ini bercermah di seluruh Malaysia mencarut carut memaki hamun memalukan nama kerabat di raja N Sembilan. Tapi Bard peduli apa janji masyukkkkk,,,,,,,,,,,,, BARD PERLU DIAMBIL TINDAKAN KERANA MENCEMARKAN  NAMA KERABAT DIRAJA NEGERI SEMBILAN. :: TB

Sebab ini lah ENGLAND KALAH EURO 2012



Tuhan marah tenguk bendera sebuah parti yang melacurkan agama dam tak kira mana mana dan apa juga serta bila bila pun nak berpolitik. Tuiiiiit. Tenguk gambar yang bertanda anak panah.

Thursday, June 28, 2012

Dr M: PRU13 akan berasaskan kaum


June 28, 2012
KUALA LUMPUR, 28 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamad melihat pilihan raya umum ke-13 kali ini akan berdasarkan kaum berbanding kepentingan nasional kerana masyarakat Malaysia semakin hari menjadi semakin rasis.
Bekas perdana menteri yang masih berpengaruh itu menjelaskan dalam forum berkenaan perniagaan dan politik bahawa Barisan Nasional (BN) semakin lemah selepas hlang kuasa dua per tiga Parlimen pada Mac 2008 yang memaksa parti kerajaan itu menyelesaikan kemelut perkauman di negara ini.
“Di negara ini, kita sangat rasis, malah lebih teruk dari dulu. Pilihan raya kali ini semuanya akan bersifat perkauman. Siapa beri apa, siapa dapat apa, semuanya berasaskan perkauman. Bila kerajaan lemah, mereka cuba selesaikan perkara yang bukannya akan memberikan manfaat kepada negara untuk jangka masa panjang,” katanya.
Dr Mahathir (gambar)yang telah 22 tahun memerintah Malaysia sebelum bersara pada 2003 itu berkata kepada pemberita, “kerajaan hari ini mewarisi apa yang ditinggalkan kerajaan terdahulu yang tidak berapa menyerlah. Akibatnya, kita mempunyai kerajaan yang lemah.
“Pemimpin yang tua akan diganti dengan pemimpin muda yang berusaha bersungguh-sungguh, namun bukanlah suatu perkara yang mudah. Beliau ditekan dari setiap sudut. Jika beliau lebihkan satu pihak, pihak lain tidak suka. Akibatnya, minoriti akan menguasai,” katanya.
Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan pada 2009, setahun selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetuai BN yang menyasikan pilihan raya terburuk dalam sejarah negara, hilang 82 kerusi Parlimen dan lima negeri.
Pada Mac, Abdullah yang dilantik Dr Mahathir menggantikan beliau, turut berkata perkauman akan menjadi isu dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.
“Kita terlalu menitikberatkan kaum. Kerana ada kemungkinan untuk sesetengah pihak untuk menggunakannya sebagai isu, sebagai cara mendapatkan sokongan dan menimbulkan masalah kepada kita,” kata Ahli parlimen Kepala batas itu dalam temuramah video bersama Bloomberg.
Bagaimanapun, beliau menambah, “pengajaran yang kita boleh ambil dan kebanyakannya tidak dipersetujui adalah walaupun kita tidak memenangi dua per tiga kerusi, bukan bermakna kita lemah.”
Najib yang mengambil alih pemerintahans selepas Abdullah cuba menaikkan imej BN dalam pilihan raya akan datang.
Pemerhati melihat beliau memerlukan peningkatan dengan 140 kerusi dan menawan kembali sebahagian negeri yang hilang untuk memastikan beliau kekal berkuasa.

Nyawa Politik Khaled Gagap dihujung Tanduk

Nyawa Politik Khalid Di Hujung Tanduk Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita. 

Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya? Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. 

 Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”. 

 Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri. 

 Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco. Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.

 Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid. Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya. 

Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti.

 Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya. Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. 

 Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang. Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri. Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. 

 Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi. Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya. 

 Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini. Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah. Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah. 

 Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah. PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang. Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak. 

 Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah. Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13. 

 Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco? Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri.

 Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.

GEMPAR: PEMBUNUHAN ALTANTUYA DI RANCANG OLEH BABI

Just ask BABI, and how much money he spent to tell a lie and to tell a big ones and hoping people will believe...well as it is now the people are not that gullible is it!
 
For the record we do know BABI ordered the killing of his wife's driver whom he sodomised!
Unfortunately this driver survived the planned accident near Rawang but his pregnant wife died!
The time is now for the police and the government to close the chapter on this evil man with so much evil intention for this country, once and for all! 

Tanyalah BABI , berapa banyak duit dia telah gunakan a untuk bercakap bohong dan mengharapkan rakyat percaya.  Benarkah BABI juga yang cuba membunuh driver yang diliwat sehingga isterinya yang mengandung terkorban dalam satu kemalangan jalanraya di Rawang :: BABI ini sebenarnya pembunuh , mujur driver beliau tidak meninggal. baca selanjutnya di sini  kita tunggu lagi pembongkaran Kejahatan BABI ini yang akan lakuakn apa saja untuk jadi no 1.

TQ : http://barkingmagpie.blogspot.com

BUKTI MAT SABU KAKI BURIT DALAM HARAKAH


Mat Sapu ini memang kaki burit , orang dah mati pun dia terliur dan nak sapu. apa punya nafsu lah Naib Presiden PAS ini dan siap bagi tahu semua orang dalam ceramah, Nak hint Muslimah PAS lah tiuh nak bagi tahu dia ini hero sapu sapa saja, bini orang ka , janda ka . lembu ka apa saja..... pas tuh siap tulis dalam harakah lagi. FDAH LAH BUAT FITNAH , NAK TUNJUK BELANG PULA.\\
oleh : tb

APA KATA TUN M PASAL KHALID GAGAP

Mungkin terlalu lama Jailani bersabar akhirnya rumah tangga mereka berkecai setelah 30 tahun dibina.

pix_gal0



Saya mengenali Jailani secara personal ketika bekerja di Kementerian Belia dan Sukan dahulu. Personaly saya  berani mengatakan bahawa Jalani adalah seorang yang lurus dan baik hati. Kerana terlalu lurus dan jujur maka ada orang yang mahu mengambil kesempatan.

KONFLIK rumah tangga Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dengan bekas jaguh beregu badminton negara, Jalani Sidek, 49, dikatakan meruncing apabila penerbit filem itu dipercayai memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

HIP difahamkan, Raja Azmi dan Jalani dijangka hadir di mahkamah untuk sebutan pertama kes tuntutan perceraian itu, kira-kira jam 2.30 petang ini. 

Bagaimanapun, hingga malam tadi, usaha  mendapatkan pengesahan dari pasangan terbabit mengenai perkara itu, menemui jalan buntu. 
Sebelum ini, tiada desas-desus menyatakan rumah tangga Raja Azmi dan Jalani yang dibina sejak 30 tahun lalu itu, berdepan krisis.

Namun, kedua-dua mereka pernah dikaitkan dengan isu peribadi termasuk hubungan dengan individu lain.

Hasil perkahwinan Raja Azmi dan Jalani, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Puteri Suraya, 27; Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18. Mereka juga memiliki seorang cucu berusia setahun, Muhammad Akid Mohd Shadan.

Raja Azmi sebelum ini pernah didakwa berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim pada Ogos 2010 di bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Serbuan dilakukan bekas isteri kedua Roslin, Norhayati Othman bersama dua adik, ibu serta Jalani pada jam 8.30 malam.
Bagaimanapun, dakwaan khalwat dikemukakan Norhayati pada prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 18 Ogos 2010, tetapi selepas setahun proses siasatan berlangsung, mereka dibebaskan pada Ogos 2011.

Ketika itu, Raja Azmimengadakan sidang media tergempar bagi menjelaskan situasi sebenar sekali gus membuktikan hubungannya dan Jalani masih kukuh. Jalani turut hadir memberikan sokongan kepada isterinya.

Jailani Raja Azmi sah bercerai : berita terkini sila klik di sini 

Kata Raja azmi dia tuntut cerai untuk bersih nama Jailani yang kerap dipanggil Dayus : klik sini  But i think he just don't care.

Wednesday, June 27, 2012

Duit Masjid pun jadi rebutan orang Pakatan Rakyat sampai 6 ribu sebulan mereka sapu : Bob lokman lagi banyak !!

Zul Noordin mendedahkan perilaku perebutan kuasa dalam pentadbiran masjid dan surau diseluruh negeri Selangor terutamanya menjelang bulan Ramadhan ini. Menurut Zul masjid dan surau di Selangor mempunyai wang tabungan yang banyak, ini menjadi rebutan dan insentif perebutan kuasa..

Parti pertama Islam kedua - semakin hari semakin hancur

Pertama parti kedua baru Islam, apa apa pun parti perlu di utamakan kerana  bila sudah menang dan ada kuasa baru boleh bangunkan Islam. Inilah selalu alasan yang kita dengar dari pemimpin PAS.

Hudud disorok dan sudah mula tidak digunakan kerana mahu menjaga hati penyokong DAP supaya mereka tidak takut dengan PAS. Apakah  apabila mereka menang baru mereka akan laksanakan hudud.

Namun memenangi beberapa negeri menyakisikan PAS terus lupa pula pada agama malahan apa yang dijanjikan mahu menutup kilang arak dan mengharamkan arak juga gagal dilaksanakan malahan exco hal ehwal Islam di negeri yang di menang oleh pembangkang ini dipecat kerana mahu melaksanakan undang undang ini.

Kini PAS berdiammdiri mengenai LGBT. Perdana menteri sudah menyatakan pendiriannya bahawa tidak ada tempayt bagi LGBT di Malaysia. Tentu sekali BN tidak akan diundi oleh puak puak ini tetapi itu lah hakikatnya bahawa Agama adalah lebih penting dari risiko kehilangan undi atau meletakkan agama dihadapan kemudian barulah parti.

Perdana Menteri juga agak terperanjat apabila PAS menghalang ahli mereka  menunaikan salah satu trukun Islam ia itu menunaikan haji. Apakah PAS ingat semua orang yang menunaikan haji itu hanya menyokong PAS????

PAS kini semakin jauh dari landasan kebenaran dan sampai bilakah ada lagi otrang orang Melayu sengaja mahu membuytakan hati hanya kerana mendengar bahawa PAS adalah sebuah parti yang menyokong Islam. - TB

Tuesday, June 26, 2012

Antan Samo Antan Jangan Belago Ayam Sekeliling Yang Konyang

DEMONTRASI GANAS DI KELANTAN :: aku pun tak tahu yg mana UMNO yg mana PAS :: Lantaklah.GOCOHLAH


Jom Join FB aku klik kat sini tekan like.

Aduka Putra kena pukul UMNO juga yg kena - entah entah Along yang belasah

Seorang penulis blog Khairul Nizam Abdul Ghani adalah antara individu yang mengalami kecederaan dalam pertembungan dua kumpulan yang mengadakan perhimpunan serentak di Kota Bharu hari ini.

Khairul berkata  beliau menerima tiga jahitan di kepala ekoran kecederaan yang dialaminya.

Katanya, beliau yang menyertai perhimpunan 'Pra-Himpunan Royalti Menjunjung Titah Tuanku Sultan Kelantan' itu dipukul oleh sekumpulan 15 orang yang disyakinya sebagai anggota Pemuda Umno.

Khairul Nizam yang merupakan pegawai media dan penganjur perhimpunan itu berkata, beliau tidak dapat memastikan berapa orang yang cedera, namun menyatakan sekurang-kurangnya empat laporan polis telah dibuat.

TB kata:
Itulah dia , bila kena pukul aja UMNO  yang pukul, entah entah Along yang pukul sebab tak bayar hutang. Ingat orang UMNO in i tak ada kerja lain ke asyik nak pukul orang saja. Kalau ada  yang kena pukul orang PR. yang pukul UMNO. Asyik asyik yang kena budak Pakatan Rakyat , yang pukul UMNO gak..... hei korang ni asallll tak der telor ke asyik kena pukul aja. lawan lah.......kalau UMNO. Kata kuat ...abis macam mana asyik kena pukul aja......... 

Malaysiakini jangan main api main isu rasis !!!!!

Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini. 

Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa “Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga.” 

 Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan. Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan, kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi. 

Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal. Oleh itu, peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan. 

Tetapi Malaysia berjaya mengatasi segala masalah perbezaan ini dengan satu formula – Artikel 153 di dalam perlembagaan yang meletakkan hak-hak Bumiputera. 

Tentu saja Artikel ini tidak membuatkan semua orang gembira walaupun mereka berada di dalam negara seperti syurga dengan ekonomi di dalam genggaman mereka, tetapi ia pastinya jauh lebih baik dari tinggal di neraka dunia yang penuh dengan peperangan dan keganasan. 


Artikel ini jugalah yang menyelamatkan Malaysia dari mengikuti jejak langkah Indonesia ketika gerakan Reformasi tercetus. Kerana di Malaysia, walaupun orang Melayu tidak gembira dengan kawalan ekonomi oleh kaum cina, tetapi mereka tahu, kaum Cina juga tidak gembira kerana tidak dapat mengaut semuanya. Membuang Artikel ini bermakna malapetaka bagi Malaysia. 

Malangnya, di negara kita terdapat manusia-manusia yang gemar sekali bermain dengan api perkauman. Satu pihak memanggil pihak yang lagi satu sebagai rasis lalu dibalas pula dengan panggilan pendatang. 


Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai, Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan menyatakan dengan tegas bahawa kaum Cina juga adalah rakyat yang setia dan memanggil mereka pendatang bukan sahaja tidak wajar atau tidak tepat tetapi juga gila. 

Dengan itu, beliau merujuk kepada kaum Cina yang benar-benar bersikap seperti seorang warganegara yang setia yang meletakkan nasionalisme dahulu sebelum kaum, serta tidak mempersoalkan perlembagaan mahupun Institusi Raja-raja. 

Bagaimanapun, portal Malaysiakini nampaknya begitu tega untuk mencurah petrol ke atas api yang hampir padam ini. 

Pembacanya juga mentertawakan seruan PM dalam usaha untuk membendung sifat perkauman. ‘Perkasa’ sekali lagi dibangkitkan sebagai simbol perkauman Melayu atau UMNO dan bahawa Perkasalah yang dirujuk sebagai ‘gila’ oleh PM dan selagi Perkasa tidak dibubarkan, selagi itulah usaha PM dianggap tidak ikhlas oleh mereka. 


 Persoalannya, bagaimana pula dengan Dong Zong atau Dong Jiao Zong atau Hindraf? Kenapa NGO yang membela hak kaum Cina dan India tidak apa, tetapi Perkasa tidak boleh? 

Bukankah ini seperti seekor gagak menuduh merpati putih sebagai hitam? 

 Siapakah rasis dan ‘gila’ sebenarnya di sini? Orang ‘gila’ yang sebenarnya ialah mereka yang lebih rela hidup di dalam neraka daripada syurga dengan berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan keganasan perkauman. 

Mereka melakukan ini dengan memburuk-burukkan, memperlecehkan, mengetawakan dan mempersetankan segala usaha kerajaan untuk membawa perpaduan. Mereka bertegas untuk dipisahkan dari kaum lain dan menolak perjuangan Perkasa demi perpaduan melalui Satu Sekolah Untuk Semua. 

Mereka tidak habis-habis mengutuk Artikel 153 sebagai menjadi halangan antara mereka dengan syurga yang sebenar-benarnya. Semuanya adalah berkenaan apa yang mereka mahukan dan apa yang membawa keuntungan kepada mereka dan orang lain boleh ‘pergi jahanam’.

 Apa yang mereka tidak tahu ialah kita semua hidup di atas bumi yang sama dan salah satu kaum tidak boleh ‘pergi jahanam’ tanpa mengheret kaum lain bersamanya. Justeru, Malaysiakini harus berhenti mengheret rakyat ke neraka jahanam dan belajar menghargai dan menilai negara yang umpama syurga ini.

Tanya kerajaan Apa budak kurang ajar ini Namewee bantu kerajaan ??


Aku tak kiralah dengan filem pertama beliau, Namewee telah berjaya menambat hati juri di Osaka, Jepun dengan memenangi ‘Best Asian New Director’.

Belum pun filem kedua beliau berjudul Hantu Gangster muncul di pawagam, Namewee kini telah memulakan proses produksi filem ketiga beliau berjudul Kara King.

Budak ini kurang ajar tetapi dibantu juga oleh kerajaan . Tanya Nazri Aziz pasal ini. Apa budak ini boleh bantu kerajaan hingga kerajaan sanggup memberikan dia bantuan ratusan ribu. Agaknya kalau nak minta kerajaan bantu kenalah jadi kurang ajar sikit.

Aku takut satu hari budak ini akan lanyak kerajaan kaw kaw lepas dia berjaya jadi jutawan nanti.



PEMBUNUHAN KEJAM :: YA ALLAH SELAMATKANLAH KAMI


RASANYA TIDAK SANGUP KITA MELIHAT BARANG SESAT AKSI VIDEO INI YANG KEJAM DAN ZALIM YANG BEGITU MENYAYAT HATI . AKU BERDOA KEPADA ALLAH SWT AGAR IANYA TIDAK BERLAKU DI NEGARA KITA INI DAN KEPADA BANGSA KITA.
JIKA SANGGUP TENGUK LIHAT LAH VIDEO DI SINI SILA KLIK SINI

Nak Tawan NS :: ingat apa kita ini Tunggo ko (TUNGGUL KE?)

Kerusi DUN dan Parlimen di N Sembilan untuk dijual - Ada ke yang nak beli ::: baca lah tulisan ini

Pagi tadi aku sempat menyaksikan perasmian MAHA 2012 di tapak pameran MAHA 2012 di bekas tapak kem Paroi yang di rasmikan oleh Dato' Seri Utama Haji Mohamd Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Hebat betul pameran MAHA ini, macam macam ada. Segar bugar sayur sayuran dan juga buah buahan yang di pamerkan. Pameran yang bermula pada hari ini 25 Jun ini akan berakhir pada 1 Julai. Datang lah beramai ramai ke tapak pameran yang di buka dari jam 10 pagi hinggalah ke jam 10 malam.(iklan lah pula)

Tak apa kalau nak tahu pasal MAHA 2012 lebih lanjut klik kat sini atau kat sini. 

Ini aku nak cerita pasal aku berjumpa dengan rakan sekolah aku dulu. Lama juga aku tak jumpa dia ini. Aku pun pergilah ke meja yang dia duduk di tempat jamuan tetamu VIP majlis Perasmian MAHA ini. Aku bukan lah VIP , aku pergi saja sebelum mereka makan. 

Aku pun bersalam lah, dia tanya aku buat apa kat sini. Aku kata saja tenguk pameran kalau ada apa apa yang  boleh aku niagakan. Dia pun terus dengan yakin nya berkata pada aku , lepas PRU13 nanti datang jumpa aku, dia akan bagi lah apa apa projek. Kerana yang jadi MB itu orang dia. Memulakan  mukadimah perbualan.

Aku macam hairan juga , dia kata dengan aku dia tinggal di Kuala Lumpur. Siapa dia ini tapi tekak aku dah mula ada rasa macam geli dengan setiap ayat yang keluar dari mulut dia. Dia meneruskan juga perbualannya dan tampak  macam orang yang penting .

Katanya , Pak ** bertanding PRU13 ini , aku dah hubungi dia dan pada mula dia kata dia tak minat  tetapi dia hubungi bos aku dia kata dia mahu bertanding. KJ bertanding juga, aku letak nama dia , katanya lagi. 

Ada tiga orang peguam dari Kuala Pilah juga ada menghubungi aku  katanya, peguam ini  kata dia tahu PM bagi aku buat kerja ini. Katanya lagi dia minta nama dia di senaraikan,Katanya lagi nak jadi calon ini bukan  lah semudah aku menyenaraikan nama mereka, Katanya lagi, Mesti ada Mas kahwin RM6000 dan kalau nak lobby DUN, RM60 ribu. kalau nak Parlimen pula 140 ribu hinggit.

Adu hai......katanya budak budak nya keja bukan free , minyak kena bayar. Makan minum  juga bukan free katanya lagi. Baru lah aku tahu dia ini kesannya berniaga, Berniaga kerusi Pilihanraya. Inilah semua  jenis jenis yang akan merosak kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Kesempatan sebeginilah yang akan di ambil oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan. Tiba tiba saja nanti kita dengar diceramah mereka kata nak jadi calon pun kena beli kerusi. Pembangkang ini bukan dia peduli janji boleh tumbangkan BN.

Hairannya dari pagi sampai tengah hari dia duduk di kerusi itu. Tak basi ke kerusi yang diperniagakan itu.Ada juga manusia macam ini dalam dunia ini , bisik hati ku.... Tentu banyak lagi kerusi DUN dan Parlimen yang kosong untuk dijual.Sebelum pening aku tinggalkan kawan aku itu dan mendokan agar jangan lah dia ini nanti tertangkap kerana menipu.

akulah yang tulis ::Tepak Bersulam



Monday, June 25, 2012

Reformasi Gagal Merubah Nasib Indonesia, Kenapa Kita Nak Ikut?

Mangsa reformasi di Indonesia

Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.

Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.

Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.

Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.

Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.

Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.

Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.

Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.

Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.
Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.

Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.

Umum menyedari, sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.

Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.

Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.

Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur. Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.

Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.

Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.

Mereka sedar, jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama, tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.

Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.

Majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.

Justeru itu, budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.

Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.

Sunday, June 24, 2012

Harley Davidson - Chopper








PANAS SILA LIHAT ::: Gambar yang kalahkan Nora Danish ::::: Bila menunggang Road King - Harley Davidson :::

Kita santai sikit di hari minggu ini , jom kita tenguk sebuah jentera heavy machines yang hebat ini. Road King, raja jalan dari Harley Davidson ::Memang raja jalan beb. Huh.... kenikmatan yang sukar diterjemahkan atau dihuraikan apabila menungang Road King.Nora Danish pun boleh dilupakan beb bila berada di atas road king ini::





Blog Archive

Share It

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts