June 28, 2012
KUALA LUMPUR, 28 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamad melihat pilihan raya umum ke-13 kali ini akan berdasarkan kaum berbanding kepentingan nasional kerana masyarakat Malaysia semakin hari menjadi semakin rasis.
Bekas perdana menteri yang masih berpengaruh itu menjelaskan dalam forum berkenaan perniagaan dan politik bahawa Barisan Nasional (BN) semakin lemah selepas hlang kuasa dua per tiga Parlimen pada Mac 2008 yang memaksa parti kerajaan itu menyelesaikan kemelut perkauman di negara ini.
“Di negara ini, kita sangat rasis, malah lebih teruk dari dulu. Pilihan raya kali ini semuanya akan bersifat perkauman. Siapa beri apa, siapa dapat apa, semuanya berasaskan perkauman. Bila kerajaan lemah, mereka cuba selesaikan perkara yang bukannya akan memberikan manfaat kepada negara untuk jangka masa panjang,” katanya.
Dr Mahathir (gambar)yang telah 22 tahun memerintah Malaysia sebelum bersara pada 2003 itu berkata kepada pemberita, “kerajaan hari ini mewarisi apa yang ditinggalkan kerajaan terdahulu yang tidak berapa menyerlah. Akibatnya, kita mempunyai kerajaan yang lemah.
“Pemimpin yang tua akan diganti dengan pemimpin muda yang berusaha bersungguh-sungguh, namun bukanlah suatu perkara yang mudah. Beliau ditekan dari setiap sudut. Jika beliau lebihkan satu pihak, pihak lain tidak suka. Akibatnya, minoriti akan menguasai,” katanya.
Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan pada 2009, setahun selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetuai BN yang menyasikan pilihan raya terburuk dalam sejarah negara, hilang 82 kerusi Parlimen dan lima negeri.
Pada Mac, Abdullah yang dilantik Dr Mahathir menggantikan beliau, turut berkata perkauman akan menjadi isu dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.
“Kita terlalu menitikberatkan kaum. Kerana ada kemungkinan untuk sesetengah pihak untuk menggunakannya sebagai isu, sebagai cara mendapatkan sokongan dan menimbulkan masalah kepada kita,” kata Ahli parlimen Kepala batas itu dalam temuramah video bersama Bloomberg.
Bagaimanapun, beliau menambah, “pengajaran yang kita boleh ambil dan kebanyakannya tidak dipersetujui adalah walaupun kita tidak memenangi dua per tiga kerusi, bukan bermakna kita lemah.”
Najib yang mengambil alih pemerintahans selepas Abdullah cuba menaikkan imej BN dalam pilihan raya akan datang.
Pemerhati melihat beliau memerlukan peningkatan dengan 140 kerusi dan menawan kembali sebahagian negeri yang hilang untuk memastikan beliau kekal berkuasa.
Rakyat Malaysia amat yakin Najib Tun Razak mampu menyelesai masalah pemikiran politik berlandaskan ras yang kian menular dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Marilah kita sokong beliau dlm PRU13 agar beliau dapat selamatkan Malaysia dari kehancuran .
ReplyDelete