Friday, June 29, 2012

Punca dua batang tiang takraw pihak masjid hantar surat ceroboh :::: ZALIMNYA JAIS

<><><><>
Gombak : Inilah dua batang tiang yg dicacak oleh penduduk Melayu Islam  Bukit Permata  Batu Caves  Gombak sehingga mendapat surat sebagai menceroboh dari pihak pengurusan masjid  yang mewakil JAIS. Jesteru iti mereka  menyingkir bekas setiausaha masjid yang menjaga tanah perkuburan di katakan bersubahat dengan penduduk.Tanah ini jauh lagi dari tapak pengkebumian sekarang , 3 tahun lagi belum tentu lagi tanah ini digunakan untuk perkuburan. bukan nya konkrit , hanya dua batang untuk orang orang Melayu di sini melepaskan penat lelah pada petang sabtu dan minggu disamping mengeratkan sailatulrahim sesama sendiri sambil bermain takraw. Disamping bersenam untuk kesihatan. Bukan mereka buat pot hisap dadah atau minum arak di sini.

Hairanya  berpuluh lembu yang meragut rumput disini tidak pula dikata menceroboh. Yang akhirnya  pihak masjid sampai menghantar surat kepada surau Bukit Permata memaklumkan bahawa kariah di Bukit Permata ini menceroboh tanah mereka. Ini undang undang manusia yang oleh di fikirkan dan dipertimbangkan, Nampak sangat kawdu hati AJK Masjid berkenaan yang terpaksa menghantar surat dan bukannya berbincang dengan kami. Besar sangat kah isu orang Melayu nak main takraw kat tanah JAIS ni yang seolah olah tanah ini mahu dirampas.

Tentang tanah ini mereka hantar surat menceroboh, tapi di Prima Gombak ada lebih dari 10 biji rumah urut yang tumbuh bagai cendawan yang urut bola Ping Pong mereka tutup mata saja. Beberapa kedai judi yang tumbuh ditutup oleh kedai mamak kat depan kedai di Prima Gombak pun mereka tutup sebelah mata, yang jadi kesakitan oleh mereka ada orang Melayu yang main Takraw.

TIANG DUA BATANG INI CABUT SAJA BILA JAIS NAK BUAT PROJEK BESAR BESARAN DI SINI NANTI. ITU PU N JADI MASALAH KEPADA MEREKA.HARAP JAIS DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN MEMPERBETULKAN KEADAAN INI KADAR SEGERA . Harap JAIS dan pihak masjid dapat berbincang secara waras dengan penduduk jangan terus menghantar surat menuduh Qariah masjid ini sendiri sebagai penceroboh. Apalah salahnya mereka  beriadah di kawasan perkuburan berkenaan. Mereka ini semua pergi sekolah dan boleh dibawa berbincang. Jangan nak tunjuk kuasa  dengan kami yang akur ini.



Ini adalah rumah bekas setiausaha masjid berkenaan di taman Pinggiran yang menaikkan bendera BN tanda protes,

Yang hairannya tokong ini tak pula dikatakan menceroboh.

Jalan masuk taman Pinggiran juga di naikkan bendera BN,

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts