Lama juga tidak bertemu dan pada malam ini aku sengaja luangkan masa bagi menghormati jemputan seorang kawan dan bagi aku jemputan Puan Seri Sabrina amat aku hargai dan pasti aku akan cuba menghadirkan diri meraikan hari ulangtahun nya yang ke 50. Rasa tidak betul jika aku tidak hadir .
Puan Seri adalah seorang sahabat yang begitu perihatin dan mengambil berat tentang sahabat sahabat dan tidak pernah merasakan bahawa dia adalah isteri seorang jutawan yang memiliki Concorde , Hard Rock, Saloma Bistro dan beberapa rangkaian hotel di Malaysia serta banyak lagi perniagaan hartanah yang besar yang berjaya.Setiap keraian di hotel atau di rumah pasti akan menelipon ku , hanya kadang kadang aku yang segan untuk hadir kerana yang hadir bukan calang calang orang.Tapi hari lahirnya , aku pasti akan hadir kerana inilah hari yang amat bermakna buat nya.
Tan Seri ini memang sempoi, dia yang bawa Arwah Michel Jakson masuk Malaysia merupakan penganjur konsert Michel Jakson. Bila jumpa aku kat mana mana dia akan kata, hei zack come over to my office kita bual bual pasal business, he.............. ko nak cerita business apa dengan dia , dia kata dia beli Concorde hotel tuh murah aja beberapa million dan upgrade kan yang mahal sikit , ha beberapa million lagi lah...ha ha ha ha ha , aku kalau nak cerita business yang seribu dua boleh lah...ko tolak seringgit dari sejuta aku dah tak tahu berapa tinggal kosong nak suruh aku kira berapa kosong kat billion pun aku tak tahu. Macam mana nak cerita pasal juta.
Begitu juga Tan Seri Syed Yusof (Jojo) salah seorang jutawan yang tersenarai dalam senarai orang yang terkaya di Malaysia tidak pernah ada sikap sombong dalam dirinya. Aku pernah minum pagi di rumah nya bersama Puan Seri dan Tan Seri. Puan Seri juga pernah datang ke rumah ku walaupun rumahnya sebesar istana. Inilah sikap manusia , yang kaya tidak sombong yang sombong ni yang kurang kaya.Bukan semua lah..ada segelintir saja.
suasana meriah di perkarangan rumah Datin Seri |
Aku tak banyak bertemu dengan rakan rakan malam tadi walaupun aku memang mengharapkan untuk bertemu dengan ramai rakan rakan yang lain. Aku jumpa Rizal , Kak Wan, Shila On 7 , Tengku dari UPM dan family, Yati , Jai Pengerang dan aku sebenarnya mengharapkan untuk bertemu Sajahan ,David , Tony Mariadass , bekas editor Malay Mail.
Yang menarik Datin Seri kata kalau nak bagi dia hadiah pada hari jadinya ini , berikan dia pokok saja. sebab dia nak tanam di Tanah Aina. Ia lah nak beli hadiah ..ha ha ha tak terfikir aku nak belikan hadiah apa . sebab tak termampu .
Masa aku sampai jam 8 15 malam. Lori bawa kereta ini pun sampai juga, turunkan kereta , aku ingat kereta apa , rupa rupanya hadiah hari jadi buat Puan Seri sebuah Ferrari .....aku nak beli Viva cash pun tak mampu. apa apa pun Selamat Hari Jadi buat Puan Seri semoga dipanjangkan usia , dilimpahi rezeki dan diberikan kesihatan buat mu. Puan Seri adalah sahabat yang baik dan perihatin.
Walaupun suasana malam ini berbeza dari masa masa yang lalu kerana masa yang lalu tidak sama lagi seperti hari hari yang telah berlalu namun kami puas kerana kami dapat buktikan bahawa " we are just what we are......."
Walaupun suasana malam ini berbeza dari masa masa yang lalu kerana masa yang lalu tidak sama lagi seperti hari hari yang telah berlalu namun kami puas kerana kami dapat buktikan bahawa " we are just what we are......."
Tan Sri ni ada berapa orang anak ue?
ReplyDelete