Ceramah Anwar , sambutan menyedihkan... |
Pernah tak tenguk di mana mana cara orang ini berdiri ? acu ingat.... |
Anwar dan Anthony Loke di ceramah Sikamat semalam. |
Masih cerita yang sama, di mana mana sahaja Anwar pergi berceramah akan memuji dirinya walaupun mengatakan bahawa dia tidak macam UMNO menghentam dan mengutuk serta memainkan isu sex apabila berceramah. Di pertengahan ceramah dia akan kembali memfitnah Najib dengan berbagai fitnah yang konon Najib sekarang sedang dibicara kan kes bunuh Altantuya di Prancis bersama isu kapal selam. Inilah cara Anwar menabur fitnah . Adakah perkara ini sedang berlaku sekarang ????
Seperti biasa juga dia akan menjanjikan penurunan harga minyak dan janji janji kosong yang manis untuk mengula gulakan rakyat. Dia juga akan berkata Qardawi mendoakan dia agar menjadi Perdana Menteri malahan katanya Qardawi sudah memaggilnya sebagai Perdana Menteri Malaysia sejak tiga tahun yang lalu.
Setakat menjanjikan ini kerja hebat Anwar, dia juga yakinkan penduduk di Seremban bahawa mereka sudah menawan Putrajaya. Anwar sekarang boleh kita katakan sebagai sakit. Sakit berangan menjadi Perdana Menteri. Anwar sekarang merasakan bahawa dia adalah Perdana Menteri.
Anwar juga mengutuk pemuda UMNO kononnya mereka ini ganas menganggu beliau ketika berceramah dan beliau tidak gentar dengan ancaman ini, beliau memuji pemuda pemuda Pakatan Rakyat yang kononnya baik , eloklah Anwar tenguk balik Video BERSIH, siapa yang lebih ganas.
Walaupun kedatangan Anwar di canang dengan laungan pembesar suara di pelusuk Negeri Sembilan dan jentera Anwar masuk ke kampung menghasut orang kampung jangan hadir ceramah Hasan Ali dan kata mereka Hasan Ali akan mainkan isu yang sama dari Utara ke Selatan. Mereka memujuk penduduk datang menyambut Anwar tetapi semuanya meleset. Itulah sebabnya ceramah PR di Seremban dibuat di padang yang gelap.
NAK TANYA , MANA CHE GU BARD : KENAPA SETIAP CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI N.SEMBILAN CHEGU BARD DI PINGGIRKAN DAN TIDAK DIBENARKAN HADIR.
wahai sahabat2ku sedar lah dari pukau-pukau yg tak munasabah dari pembangkang.
ReplyDeleteNaak tanya berapa ramai yg datang ceramah Anuar sebab malam tadi aku gi ceramah Hasan Ali kat Taman Kobena, Senawang.... ramai yg dtg dengar ceramah Hasan tu...
ReplyDelete