Pagi tadi aku sempat menyaksikan perasmian MAHA 2012 di tapak pameran MAHA 2012 di bekas tapak kem Paroi yang di rasmikan oleh Dato' Seri Utama Haji Mohamd Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan.
Hebat betul pameran MAHA ini, macam macam ada. Segar bugar sayur sayuran dan juga buah buahan yang di pamerkan. Pameran yang bermula pada hari ini 25 Jun ini akan berakhir pada 1 Julai. Datang lah beramai ramai ke tapak pameran yang di buka dari jam 10 pagi hinggalah ke jam 10 malam.(iklan lah pula)
Ini aku nak cerita pasal aku berjumpa dengan rakan sekolah aku dulu. Lama juga aku tak jumpa dia ini. Aku pun pergilah ke meja yang dia duduk di tempat jamuan tetamu VIP majlis Perasmian MAHA ini. Aku bukan lah VIP , aku pergi saja sebelum mereka makan.
Aku pun bersalam lah, dia tanya aku buat apa kat sini. Aku kata saja tenguk pameran kalau ada apa apa yang boleh aku niagakan. Dia pun terus dengan yakin nya berkata pada aku , lepas PRU13 nanti datang jumpa aku, dia akan bagi lah apa apa projek. Kerana yang jadi MB itu orang dia. Memulakan mukadimah perbualan.
Aku macam hairan juga , dia kata dengan aku dia tinggal di Kuala Lumpur. Siapa dia ini tapi tekak aku dah mula ada rasa macam geli dengan setiap ayat yang keluar dari mulut dia. Dia meneruskan juga perbualannya dan tampak macam orang yang penting .
Katanya , Pak ** bertanding PRU13 ini , aku dah hubungi dia dan pada mula dia kata dia tak minat tetapi dia hubungi bos aku dia kata dia mahu bertanding. KJ bertanding juga, aku letak nama dia , katanya lagi.
Ada tiga orang peguam dari Kuala Pilah juga ada menghubungi aku katanya, peguam ini kata dia tahu PM bagi aku buat kerja ini. Katanya lagi dia minta nama dia di senaraikan,Katanya lagi nak jadi calon ini bukan lah semudah aku menyenaraikan nama mereka, Katanya lagi, Mesti ada Mas kahwin RM6000 dan kalau nak lobby DUN, RM60 ribu. kalau nak Parlimen pula 140 ribu hinggit.
Adu hai......katanya budak budak nya keja bukan free , minyak kena bayar. Makan minum juga bukan free katanya lagi. Baru lah aku tahu dia ini kesannya berniaga, Berniaga kerusi Pilihanraya. Inilah semua jenis jenis yang akan merosak kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Kesempatan sebeginilah yang akan di ambil oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan. Tiba tiba saja nanti kita dengar diceramah mereka kata nak jadi calon pun kena beli kerusi. Pembangkang ini bukan dia peduli janji boleh tumbangkan BN.
Hairannya dari pagi sampai tengah hari dia duduk di kerusi itu. Tak basi ke kerusi yang diperniagakan itu.Ada juga manusia macam ini dalam dunia ini , bisik hati ku.... Tentu banyak lagi kerusi DUN dan Parlimen yang kosong untuk dijual.Sebelum pening aku tinggalkan kawan aku itu dan mendokan agar jangan lah dia ini nanti tertangkap kerana menipu.
akulah yang tulis ::Tepak Bersulam
akulah yang tulis ::Tepak Bersulam
No comments:
Post a Comment