Ingat tak pompuan botak ini yang tidur di dataran merdeka yang kononnya di anjurkan oleh mahasiswa. Dia bukan Mahasiswa , dia hanyalahseorang pelakon yang tak hebat mana pun.
Hari ini terjawab kenapa sebenarnya dia berdemonstrasi dan berkhemah di Dataran Merdeka ? Sebenarnya dia tak ada rumah. sila baca seterusnya laporan mstar.........
Dalam
mencari kehidupan yang berbeza daripada biasa,pelakon Mislina Mustaffa
membuat keputusan untuk hidup gelandangan selama setahun.Mislina
berkata,sudah lebih lima bulan dia bergelandangan dan keputusan itu
dibuat kerana dia ingin menghasilkan sebuah buku berkisarkan tentang
kehidupan golongan yang tiada rumah berjudul Homeless By Choice.
“Hidup
saya kini hanya berbekalkan sebuah beg galas yang diisi empat helai
baju, sebuah komputer riba dan beberapa keperluan sahaja.Dan saya akan ‘menjelajah’
dari satu tempat ke satu tempat lain di seluruh Malaysia.Menerusi
projek Homeless By Choice juga,saya dapat merasai sendiri kesusahan
kelompok masyarakat yang hidup tanpa rumah.Bagaimanapun,ia tidaklah
sesukar yang disangka.Kehidupan gelandangan sepanjang lima bulan
menyedarkan Mislina bahawa manusia mampu hidup bahagia walaupun tidak
memiliki rumah untuk berlindung.Dan semua pengalaman yang dilalui akan
saya masukkan dalam Homeless By Choice yang mungkin akan dikeluarkan
pada tahun hadapan,” katanya yang dihubungi mStar Online
Tambah
Mislina,pengalaman bergelandangan turut mengajarnya bahawa kehidupan di
luar tidaklah sekejam mana seperti yang kerap digambarkan menerusi
berita di televisyen mengenai jenayah yang telah berlaku.Malah,kehidupan
seperti itu membuka mata dan fikirannya bahawa gelandangan lebih
menyeronokkan berbanding dengan kehidupan biasa dimana kebanyakan wanita
memiliki matlamat tersendiri seperti ingin memiliki rumah,berkahwin dan
berkeluarga.
“Biarlah
orang kata saya tidak betul.Tetapi saya ingin mencuba lain daripada yang
lain,bukan meletakkan sasaran biasa seperti bekerja keras membayar
hutang rumah,kereta dan sebagainya.Bagi saya itu membebankan.Berbeza
dengan hidup saya sekarang ini,rasa seperti bebas dan lebih mengenali
masyarakat Malaysia dimana mereka ini sering dinilai oleh segelintir
pihak yang bersifat prejudis,” ujarnya.
Beritahu pelakon filem Jiwa Taiko ini lagi,dia akan menetap di sesebuah lokasi sekiranya mempunyai komitmen dengan kerja lakonan dan akan menyambung perjalanan sebagai seorang gelandangan seperti biasa.
“Buat masa ini,saya sibuk dengan latihan teater Shakespear di Universiti Sains Malaysia (USM),Pulau Pinang yang akan dipentaskan pada Julai ini.Kemudian saya akan mengarah sebuah lagi teater M Butterfly pada hujung tahun ini.Dan setelah projek selesai, saya akan menyambung misi untuk bergelandangan seperti biasa,” tutur pelakon kelahiran Perak ini. - MStar

No comments:
Post a Comment