Saturday, June 16, 2012

Seminar Antarabangsa FIQH MENTAATI PEMIMPIN di Dewan Merdeka






Y.AB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia telah membuat ucapan perasmian Seminar Antarabangsa FIQH MENTAATI Pemimpin di Dewan Merdeka malam tadi. 

Beliau  telah mengucapkan Tahniah kepada  Generasi  Bistari , MyKmu.net selaku penganjur bersama  dan setinggi tahniah kepada NAZA Group of  Companies di atas penajaan kepada acara ini.

kata nya lagi, penganjuran ini sangat bersifat 'blue ocean' keranan  Generasi Bistari, aktif dalam acara keilmuan , MyKmu dengan latar belakang Media Alternatif dan NAZA berlatar industri AUTOMOTIF , memangianya namopak sedikit pelik, namujn inilah bukti bahawa kita tidak pernah mengehadkan ilmu agama kepada mana mana pihak.

Keterbukaan inilah yang menjadi teras kehidupan di Malaysia ini.tidak ada pihak yang bioleh mengatakan bahawa mereka lebih Dominan dari yang lain.

Beliau mrengalu alukan kehadiran semua, para peserta , ahli akademik , pengamal media, bloggers ke seminar antarabangsa ini. Seminar yang tidak mempunyai aura kepentiungan politik.namun untuk membicarakan  isu yang sangat sihgnifikan dan pentingnya secara jujur dan ikhlas

Perdana Menteri menganggap seminar ini  satu diskusi yang bersifat sub-set kepada  fundamental-fudamental fiqh yang lebih besar seperti , Fiqh al-Siyasah ; mahupun Fiqhud Dawlah yang mepunyai kemungkinan membicarakan  isu yang lebih besar.

Minat yang luarbiasa, dunia barat terhadap "politik Islam" kebelakangan ini adalah bersandarkan senario politik yang dinamakan "Arab Spring" istilah ini  nampak manis dan lembut . Namun hakikatnya, ianya ini juga merujuk kepada apa yang dipangil sbagai "a`l -Thawirah al_Ara`biyyah' (Arabic Rabellions) ataupun Arabi Revolutions. Seakan ada Tsunami yang  melanda rantau Timur Tengah yang melibatkan Negara - Negara seperti Tunisia, Mesir,Libya dan Yaman serta di mana wujudnya apa yang di panggil sebagai ' civil' uprisings' di Syria dan Baharin.

Istilah- istilah seperti "kifaya' (enough), irhal (leave) menjadi mainan bibir anak -anak muda tetapi mereka tidak memikirkan apakah yang akan berlaku selepas itu.asalkan matlamat mereka tercapai.semua ini berlaku waktu dan "'timeline' yang hampir sama dan ianya mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak menetu.- jelas PM.

 





No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts