Rais Zainuddin eloklah hentikan menggunakan nama Veteran UMNO kerana ini membabitkan keseluruhan Veteran UMNO di Negeri Sembilan sedangkan apa yang mahu Rais lakukan adalah untuk melunaskan hak dan dendam peribadinya kerana tidak dicalonkan sebagai ADUN Chembong pada PRU12 yang lalu dan digantikan dengan calon muda ZaifulBahri.
Beberapa orang Veteran UMNO Negeri Sembilan yang ditemui mengaku menyokong kepimpinan Menteri Besar Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan mengakui bahawa DSU Menteri Besar banyak melakukan perubahan di negeri ini.
Kata mereka antara dendam peribadi Rais dengan MB itu adalah hak beliau tetapi jangan lah menggunakan nama Veteran UMNO Negeri Sembilan.
Baru baru ini Rais Zainuddin telah menggunakan laman blog untuk mendesak agar MB tidak lagi dicalonkan dengan menggaitkan veteran UMNO Negeri Sembilan. Rais tidak sepatutnya menggunaka nama veteran UMNO Negeri Sembilan untuk melunaskan dendam beliau.
Ini akan memburukkan nama baik dan hubungan baik antara Veteran Negeri Sembilan dan Menteri Besar.
Rais perlu menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi calon yang dipilih dan kini pengganti beliau YB Zaiful telah berjaya menjalankan tugas dengan baik di DUN Chembong dan Rais sudah boleh melupakan hasrat untuk merebut kembali kerusi berkenaan.
Zaiful mempunyai trek rekod yang baik tidak seperti Rais yang mempunyai banyak rekod yang tidak memuaskan dan rakyat banyak mengetahui tentang pembolotan harta dan mengayakan dirinya sendiri ketika menjadi ADUN dan EXCO kerajaan negeri dahulu.
Siapa yang tidak tahu Rais bermegah dengan Istananya yang besar di Rembau dan siapa yang tidak tahu dari mana duit beliau perolehi untuk mebangunkan istana itu. Eloklah Rais jangan menggangu parti jika sekiranya benar benar sayangkan UMNO. Jangan cuba menjadi gunting dalam lipatan dan jangan cuba jadi api dalam sekam ketika dan saat rakyat dan jentera BN sedang menumpukan kepada PRU13.
baca sini kesah Rais Zainuddin, Klik sini
Yang tuo2 tu, cukup-cukuplah. Borilah sokong & tunjuk ajar kek oghang mudo...janganlah nak ponohkan tombolok sendiri jo...
ReplyDeleteboto tu bro bluesman, dulu maso jd YB tak kojo boto2 asik pikir tempolok sndiri yo, org mcm ni dah xleh pki laie, YB Zaiful dah baguis dah, org kg pun suko, kojo pun baguis, tak sombong, org nyo pun comellll yooooo......
ReplyDeletesapa cakap yb z bagus politik z macam kebudakan suka pancung sana pancung sini macam mb
ReplyDeletemanusia kalau dah tamak tak ingat dunia dah..huhu
ReplyDeleteMr amirul anwar, sape pulak yg cakap ybz tu tak bagus?
ReplyDeleteorang rembau cakap zaifools memang x bagus..x buat kerja. anak nak sambung belajar pun...susah nak dpt bantuan dari dia...berbeza dgn dato rais....bantuan dan sokongan utk anak2 sambung belajar insyallah mesti dapat...
ReplyDeleteoh ye ke?? saya orang rembau jugak. tak tau la saya salah dengar ke apa kan,, tapi ramai je yg cakap diorang suka ngan ybz tu. setiap hari khamis memang dia mesti akan ada kat pusat khidmat dia, macam mana boleh cakap dia tak buat kerja??
ReplyDeletestakat setiap hari khamis jer...masa dato rais, khamis, jumaat, sabtu dan ahad akan ada dirumah rembau(pusat khidmat dia) masa dia jd YB. Lepas tamat jd YB pun dia akan balik Jumaat sabtu dan ahad utk org membantu org rembau yg nak sambung belajar sehingga kehari ini. Ramai yg dtg Zaiful xleh wat ape2. yg suka zaiful ni stakat org kg dia je. kerja pemalas. boleh bgtau dia klu nak. banyak kali buat report di bahagian dia berkenaan pelbagai isu, tp xde satu pun dia follow up.
ReplyDeletestakat setiap hari khamis jer...masa dato rais, khamis, jumaat, sabtu dan ahad akan ada dirumah rembau(pusat khidmat dia) masa dia jd YB. Lepas tamat jd YB pun dia akan balik Jumaat sabtu dan ahad utk org membantu org rembau yg nak sambung belajar sehingga kehari ini. Ramai yg dtg Zaiful xleh wat ape2. yg suka zaiful ni stakat org kg dia je. kerja pemalas. boleh bgtau dia klu nak. banyak kali buat report di bahagian dia berkenaan pelbagai isu, tp xde satu pun dia follow up.
ReplyDeleteDatuk Rais memang bagus. Dulu rembau selalu ado masalah air smd tak ado air atau air kocik lobih2 lai maso rayo memang tak ado air dari den sekolah rondah lai sampai habis belajar. Baru sepenggal beliau jd ADUN & EXCO beliau beliau tukar paip baru sampai sekarang solosai dah masalah air. Bayangkanlah borapo tahun rakyat rembau keno main kat wakil rakyat eh. Banyak lg jaso Datuk ni yg den sondiri tengok. Sobab tu den sokong Datuk Rais monontang MB sekarang .. asyik pancong yo kojo eh mano nak maju Rombau ni.
ReplyDelete