Selepas hampir seminggu membisu dalam isu pengajunran seksualiti Merdeka 2011, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mempertahankan hak kumpulan penganjur dan penyokong program kontroversi itu.
Malah beliau turut membidas kumpulan yang bangkit membantah program tersebut dengan menyifatkan mereka menghina pengajur dan individu golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).
Anwar turut mempersoal tindakan polis memanggil Bekas Presiden Majlis Pegum Datuk S.Ambiga member keterangan berhubung pengajuran program itu, semalam.
“Kenapa serang dan layan Ambiga seperti penjenayah? Sokong ataupun tidak bukan lagi isu, tapi isunya ialah serangan kepada golongan berkenaan,” ujar Anwar menjawab soalan media di Lobi Parlimen .
Katanya, kalau ada melibatkan orang yang beragama Islam, pihak berkuasa agama perlu dekati dan beri nasihat kepada mereka bukan membantah seperti itu.
"Kenapa kita nak menghukum mereka di atas hal-hal yang mereka tidak sebut? Kita bantah cara kumpulan terbabit dimalukan dan dihina. Pendekatan kita sebaiknya mendekati dan memberi penjelasan kepada mereka, tapi bukannya dengan mencerca," katanya.
Sebelum ini polis mengharamkan semua aktiviti dalam program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa dianjurkan bagi menuntut kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.
Mengulas lanjut Anwar menegaskan parti itu bagaimanapun tidak menyokong penganjuran program berkenaan.
Menurutnya PKR dengan jelas tidak bersetuju dengan penganjurannya kerana bertentangan dengan ajaran Islam.
"Saya dah sebut bahawa kita tak sokong dan tak sertai program itu,” ujarnya seolah-olah sedar jawapannya sebelum itu menampakkan sokongan terhadap program tersebut.
Anwar turut mendakwa, liputan keterlaluan media tertentu berkaitan program berkenaan bertujuan menutup kelemahan dan masalah lain yang berlaku dalam negara.
"Ini semua sengaja dibuat bagi menutup permasalahan lain. Nak alih pandangan daripada isu-isu besar yang lain,” katanya
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
3 days ago
No comments:
Post a Comment