Tuesday, November 15, 2011

Bukti Kerajaan Selangor Zalim Kepada Rakyatnya.

 
Luahan hati ibu pelajar KUIS

Saya merupakan ibu kepada seorang pelajar di Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS) yang merupakan kolej universiti bawah
pentadbiran kerajaan negeri.

Anak saya kini beliau berada di tahun 2 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda
Syariah dan Undang-Undang di kolej tersebut.
Saya pada awalnya amat senang hati apabila menghantar anak melanjutkan
pelajarannya di kolej un
Saya banyak mendapat maklumat mengenai suasana pembelajaran di sana
yang amat selesa dan persekitaran budaya Islam yang amat baik, tambahan
pula anak saya mengambil jurusan pengajian Islam.

Namun segalanya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada anak dan keluarga
saya apabila dia banyak mengadu mengenai masalah besar yang dihadapinya
dan rakan-rakan, antaranya:

Yuran terlalu mahal. Pada semester lepas, yuran meningkat sekali ganda dan
ini mengundang kemarahan pelajar. Sedangkan jika dilihat, tiada sebarang
perubahan pun yang dibuat untuk kemudahan pelajar. Yang dilakukan hanyalah
untuk perkara yang tiada kaitan dengan pelajar seperti mencantikkan tasik KUIS
dan landskap taman. Perkara yang seharusnya diambil berat dan harus
dilakukan perubahan tidak pula pihak dilakukan, sebagai contoh membantu
pembayaran buku, menambah baik sumber dan kuantiti buku di perpustakaan,
menambah baik sistem internet tanpa wayar dan sebagainya.

Pihak KUIS kebiasaannya tidak memberi duit PTPTN yang seharusnya pelajar
dapat dengan sepatutnya. Sebagai contoh,pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah
dan Undang-Undang akan mendapat RM8,000 sebagai bantuan daripada PTPTN.
Yuran keseluruhan yang harus dibayar RM6,850.20. 

Jika dihitung, seharusnya pelajar akan dapat RM1,149.80). Tetapi, kami tidak
akan dapat jumlah yang begitu sebaliknya pelajar akan dapat lebih kurang dalam
RM1,000 hingga RM1,050 sahaja. Ini mengundang rasa tidak puas hati dan
pelajar tertanya-tanya, ke manakah baki yuran yang sepatutnya diterima oleh
para pelajar dan ke manakah duit pelajar tersebut disalurkan?
Yuran naik terlalu mendadak sehingga memaksa pelajar ‘mengikat perut' dengan
baki yuran yang tidak seberapa. Ada beberapa mata pelajaran yang tiada kena
mengena dengan jurusan yang diambil, namun disenaraikan dalam yuran.
Akibatnya, pelajar terpaksa membuang mata pelajaran tersebut dan yurannya
tetap perlu dijelaskan.

Saya juga melahirkan rasa kesal kepada pihak pentadbiran KUIS dan juga
kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang gagal menyelesaikan
permasalahan dihadapi anak saya walaupun dibuat beberapa kali.

Permasalahan terus berulang dan pelajar kolej universiti tersebut terus dihimpit
dengan kesempitan wang akibat yuran yang terlalu tinggi. Harapan saya supaya
pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak
saya ini dan rakan-rakannya.
KUIS milik Kerajaan Negeri Selangor.

Apa dah jadi dengan slogan Negeri Berkebajikan Pakatan Pembangkang?

Yang MyMassa tahu adalah KUIS sering menjemput Anwar Ibrahim berceramah
politik di sini.
KUIS juga memberikan kebebasan berpolitik kepada mahasiswanya. Hasilnya,
kerana sibuk agenda politik luar kampus, MPP tidak menghiraukan kebajikan pelajar.

Ini ke kesan yang mahasiswa mahu bila AUKU dimansuhkan?

*Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts