Saturday, November 19, 2011

Koh Tsu Koon sepatutnya undur sebaik saja P Pinang Tewas. Ambil Tanggungjawab

Koh Tsu Koon Telah Terlalu Lama Dan Tidak Lagi Efektif, Beliau Harus Letak Jawatan - Tun Mahathir

 Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatannya sebagai presiden Gerakan kerana gagal memimpin parti itu dengan betul.

Bercakap kepada pemberita, Dr Mahathir berkata seseorang pemimpin perlu meletakkan jawatan selepas parti yang diterajui mereka mengalami kekalahan teruk, seperti yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa memimpin BN pada pilihan raya umum 2008.

"Minta maaf, saya terpaksa katakan ini, terhadap Koh. Secara peribadi, beliau seorang yang sangat baik tetapi beliau telah gagal dalam tugasnya. Akibatnya, Gerakan juga gagal.

"Jika beliau memimpin Gerakan dalam pilihan raya kali ini, maka ia mungkin tidak akan membawa kesan yang diingini untuk BN. Beliau telah terlalu lama dan tidak lagi efektif, beliau harus letak jawatan," katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, peluang harus diberikan kepada ahli-ahli Gerakan yang lain kerana parti itu juga mempunyai pemimpin lain yang berkemampuan.

Malangnya, kata beliau, dalam budaya rakyat Malaysia, pemimpin-pemimpin parti dan menteri-menteri tidak meletakkan jawatan atau bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu yang buruk tetapi sebaliknya cuba terus mempertahankan kedudukan mereka.

Beliau mencadangkan supaya rakyat meniru budaya urus tadbir Jepun, yang menyaksikan menteri kabinet melepaskan jawatan serta-merta selepas berlakunya sesuatu skandal.

"Kita tidak perlu tinggal melebihi had tempoh. Itulah sebabnya saya letak jawatan kerana tidak mahu untuk tinggal melebihi tempoh saya sebagai Perdana Menteri dan memberi peluang kepada Pak Lah untuk menunjukkan kebolehan beliau.

"Jika tidak siapa yang tahu kredibilitinya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts