Wednesday, November 9, 2011

Alhamdulillah - PM Selamat Kembali ke Tanah Air - jam 3 Petang Tadi



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah diberi penghormatan luar biasa oleh kerajaan Arab Saudi ketika beliau berada di negara berkenaan bagi menunaikan ibadah haji. Alahamdulillah Perdana Menteri telah tiba dilapangan terbang KLIA pada jam 3.00 petang tadi.

Perdana Menteri berkata tidak pernah dalam sejarah, Malaysia diberi penghargaan apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom diberi penghormatan untuk memberikan ucapan dalam bahasa Arab di Istana Mina dan mendapat pujian yang tinggi oleh semua yang hadir.

"Saya juga telah berkesempatan bercakap menerusi telefon dengan Raja Abdullah (Raja Arab Saudi) yang berada di Riyadh selama 25 minit, dan baginda telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan kita di Malaysia.

"Malam tadi, saya merupakan ketua kerajaan yang pertama dapat berjumpa dengan Putera Mahkota yang baru, Putera Naif dalam satu pertemuan yang berlangsung selama sejam setengah.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Abdullah yang merupakan 'Custodian of the holy mosque' (pengawas Masjidil Haram) dan seluruh kepimpinan Islam kerajaan Arab Saudi memandang tinggi kepada Malaysia dan kerajaan kita," katanya dalam ucapannya sebaik tiba dari tanah suci di KompleksBunga Raya KLIA di sini pada Rabu.

Najib dan rombongan yang termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah, tiba dengan pesawat khas pada 3.25 petang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman hadir menyambut kepulangan Najib dan rombongan.

Najib melahirkan penghargaan kepada Muhyiddin kerana telah menjalankan pentadbiran dengan begitu baik sepanjang beliau tiada di dalam negara.

"Terima kasih juga yang hadir sambut ketibaan saya dan isteri serta rombongan. Alhamdulilah, kami telah selesai melakukan ibadah haji dan mudah-mudahan Allah akan menerima ibadah dan menerimanya sebagai haji mabrur.

"Maka dengan ini, kita akan meneruskan perjuangan kita dengan semangat dan kekuatan serta keimanan untuk memastikan matlamat dan cita-cita kita akan tercapai," katanya.

PM sedang bersalam salaman dengan rakyat yang menantikan kepulangan beliau. Sementara itu di laman FB dan blog masih terdengar suara suara sumbang yang tidak puas hati dan mengejek kepulangan Perdana Menteri. Apa apa ajalah ........ kalahkan Abu Jahal.....

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts