Tuesday, July 17, 2012

Latheefa Koya Letak Jawatan Ahli MBPJ - terlalu banyak skandal dan penyelewengan di Selangor

PETALING JAYA: Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya pada Isnin meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa serta-merta.
 
Menerusi surat yang dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Latheefa berkata kedudukanya sebagai ahli majlis menjadi isu kepada umum dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Saya faham bahawa anda dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ.

"Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan," katanya menerusi surat berkenaan.

Latheefa turut menghantar salinan surat berkenaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Bandar MBPJ.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts