Tuesday, April 17, 2012

Apa yang Najib takutkan sehingga tak boleh tidur???

Perdana Menteri berkata , beliau boleh memanggil pilihanraya pada bila bila masa dari sekarang dan beliau berkata BN  sudah berada dalam landasan yang betul dan dalam landasan yang boleh menang.

Masalah yang membuat beliau tidak boleh tidur sekarang adalah setelah beliau mengumumkan nama nama calon. Betul apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri itu kerana musuh kita sekarang bukan lah menghadapi pembangkang sangat kerana kita tahu kelemahan pembangkang dan kita tahu bagaimana mahu menghadapi pembangkang kerana mereka ini adalah musuh.

Yang menjadi masalah kita sekarang adalah pemimpin UMNO itu sendiri dengan pengikut pengikut mereka . Pengikut pengikut yang mahu mencari kesempatan dan yang mahu mencari kasih sayang.

Ramai yang kita lihat sedang sibuk membuat kerja , ada yang berkata mereka lakukan kerja untuk Allah SWT. Kerja tanpa gaji kerja kerana bangsa agama dan negara. Semua tahu dan semua maklum ini adalah hanya kata kata dan cakap cakap politik sahaja.

Apa yang tersirat sebenarnya sememangnya boleh dibaca  dan di sinilah akan berlaku sesuatu yang ditakuti oleh Perdana Menteri apabila nama nama mereka ini tidak dicalonkan. Di sini lah bermula penentangan terhadap calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan dan sinilah bermula racun yang amat ditakuti oleh Perdana Menteri.

Ada juga  pemimpin yang sedang berangan angan mahukan kerusi dan mahu orang orang nya mendapat kerusi , banyak program program yang dilakukan  bukan untuk parti sebenarnya tetapi seolah olah telah mencalonkan diri untuk bertanding sedangkan Kepimpinan atasan belum lagi memilih atau menentukan siapakah sebenarnya  calon yang akan bertanding di DUN mahu pun Parlimen berkenaan. Ada juga yang telah mencalonkan  diri sebagai calon Parlimen dan DUN dan bekerja cukup kuat untuk mendapatkan kerusi berkenaan. Yang dikhuatiri adalah kerusi berkenaan diserahkan kepada calon yang lebih layak oleh kepimpinan tertinggi.

Ada juga Ahli Ahli Parlimen yang tidak balik ke kawasan Parlimen untuk melawat dan melakukan program program diperingkat Parlimen. Ada yang masih sibuk dengan kerja kerja di  Pusat dan yakin bahawa kerusi Parlimen berkenaan akan kekal menjadi milik mereka secara automatik . Kerja kerja di peringkat negeri boleh dilakukan oleh Menteri Besar seperti mana Perdana Menteri melakukan tugasan PRU sekarang.

Banyak lagi perkara perkara yang  harus dirisaukan sebenar oleh Perdana Menteri. Apakah mampu kita memastikan kerisauan Perdana Menteri ini tidak akan menjadi kenyataan dan mampukah pemimpin pemimpin kita ini berubah sikap dan membantu Perdana Menteri untuk merealisasikan kemenangan yang dirancang oleh Perdana Menteri .

komen Tepak: Paling takut kawan yang oportunis baik dengan semua tapi dalam diam dan dalam senyum tikam  merata. TB tetap percaya dengan kekuasaan Allah SWT.

2 comments:

  1. Nampak sgt kan org BN berkhidmat utk duit dan pangkat, bkn utk Fisabilillah.. itu lah bezanya... renung renungkan dan selamat memfitnah..

    ReplyDelete
  2. Tuan.. mohon link blog http://gombakgempur.blogspot.com/

    TQ

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts