Wednesday, August 10, 2011

Dr Asri jangan guna lojik akal -Mempertikaikan JAIS sama seperti mempertikaikaj DYMM YDP Agung sebagai ketua kerajaan

Dr Asri mengulas kejadian 3 Ogos lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.

katanya “Bukan hendak mempertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?Kata   Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. , beliau mengulas Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu dengan alasan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut Dr Asri sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS.Ini bermakna  tidak lagi perlu ada JAIS, JAWI , MAINS dll lagi kerana sebagai agama hujah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah

Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula, katanya lagi  Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepatutnya, berlaku keadaan di mana orang lain terpengaruh dengan Islam dan bukannya umat Islam di negara ini pula yang dipengaruhi oleh hujah pihak lain.

Mungkin Dr Asri lupa bahawa kita juga perlu melindungi agama kita, sebagai negara Islam dan kita punya hak untuk melindungi umat kita dari sesat dan murtad , sebaik baiknya kita mengambil tindakan yang wajar dan bukan hanya membiarkan dan melihat sahaja mereka menuju jalan kesesatan.

Apa yang dikatakan oleh Dr Asri jelas beliau tidak cuba menghalang untuk memberi kaunseling kepada mereka yang mahu dimurtadkan oleh mana mana gereja kerana mempercayai bahawa Islam itu agama hujah. Tidak salah kita memberikan mereka peringatan.

Yang hairannya  selama ini PAS yang selalu terjerit jerit tentang isu Murtad boleh berdiam diri sehingga sekarang  enggan mencampuri isu ini kerana takut tidak mendapat undi dan sokongan dari PKR dan DAPig. PAS juga seharus nya membubarkan undang undang Islam dan jangan dikuat kuasakan undang undang berkenaan jika memegang kepada hujah Islam agama hujah.

Itulah sebabnya PAS kini tidak lagi menekan pasal Hudud, sebabnya terpulang lah kepada umat Islam itu menentukan yang baik dan buruk sendiri.Tidak perlu ada pengekuatkuasaan undang undang agama. Mempertikaikan tindakan JAIS sama lah tidak menghormati DYMM YDP Agung sebagai ketua agama di negara kita.

3 comments:

  1. lain kali kalau nak amek petikan tu biar panjang sket.. amek sekerat2 tergantung mcm ni boleh menimbulkan fitnah di bulan ramadhan ini.. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  2. Very poor write-up from a wrong perspective. And above all, no respect to the religious scholar.

    ReplyDelete
  3. Dr Asri ajak kita berhujah sebab beliau mempunyai pengalaman ngeri dgn Jais sampai beliau terlupa nak nasihatkan DUMC sendiri. Memandangkan cita2nya mengembangkan fahaman Wahabbi semakin digugat Kerajaan wajarlah pandangan serta hujah2 Dr Maza ini kita filter, jgn telan bulat2 mcm dulu2... bahaya..

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts