Wednesday, August 10, 2011

JAIS PUNYA ASAS UNTUK SERBU - PAS DAH MALU CUBA KALIH ISU - PAS JANGAN POLITIKKAN AGAMA.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pertemuan dengan JAIS dicadangkan pada 15 Ogos (Isnin) dan DUMC pula pada 16 Ogos (Selasa).

Kerajaan Pakatan Rakyat seolah olah tidak langsung menaruh kepercayaan dengan tugasan yang telah diamanahkan kepada JAIS, Apakah JAIS yang telah menjalankan tugas sekian lama tidak dipercayai oleh kerajaan Pakatan Rakyat hanya kerana mereka mungkin mengoreskan hati kaum lain.

PAS seharusnya lebih peka dengan isu akidah dan perlu memberikan kepercayaan kepada JAIS untuk melaksanakan tugas tanpa tekanan.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS  Nasrudin berkata pihaknya tidak jadi mengadakan pertemuan dengan JAIS dan hanya berkunjung ke pejabat Dr Hasan hari ini.

Menurut Nasrudin, pihaknya beranggapan pertemuan itu belum sesuai diadakan pada masa ini.

Bagaimanapun, menurutnya, hasil pertemuan dengan Dr Hasan dan ditunjukkan beberapa bukti berkaitan, beliau yakin serbuan JAIS ke atas premis gereja itu mempunya asas.

Selain 'bukti' berupa dokumen memuatkan 12 soalan kuiz berhubung Islam yang didakwa mengelirukan, Nasrudin mendakwa dalam jadual program itu terdapat acara thanksgiving (majlis kesyukuran) "mengikut agama mereka (Kristian)" dijalankan.

Sementara itu PAS kini sedar tindakan yang mereka lakukan telah mengundang kemarahan seluruh umat Islam di Malaysia dan kini cuba kalih isu dengan memiankan kononnya PR boleh merebut 100 kerusi Parlimen yang mana PAS mungkin lupa 100 kerusi Parlimen belum boleh memrintah Malaysia. 

Rakyat tak berapa minat dengan isu  PR boleh menang 100 kerusi sebab isu yang besar ini PAS perlu tangani sertai perlu membenarkan JAIS melaksanakan tugas mereka dengan bebas tanpa campurtangan politik.

2 comments:

  1. Apalah nak jadi dgn PAS skrg ni. Sanggup nak tgk org murtad krn nak kan kuasa,

    ReplyDelete
  2. Itu la akibatnya suka sangat mengkafirkan orang satu ketika dulu....sekarang apa maaciiaaam maa...

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts