17 hb - Ogos 2011
6 ptg - Adik call mak kembali tidak stabil - hantar ke klinik , klinik arahkan hantar ke General Hospital Seremban, Tunggu perkembangan emak dari adik adik..
10 ptg - call masih di General Hospital Seremban.
1 pagi - buat x ray.
3 pagi - TB masih on line,
3.15 pagi - baru naik atas katil dan mahu meluruskan badan , bunyi Handphone - adik call Dr nak transfer mak ke HKL malam ini juga , sebentar lagi akan bertolak dari GH Sban.
3.30 pagi. Mandi dan terus bersahur bersiap untuk ke HKL.
4. 00 pagi sampai HKL tunggu di tempat kecemasan.
4.30 pagi - Ambulan sampai di wad kecemasan membawa mak . Terus ke wad kecemasan.
18 hb.
7.00 pagi - Ke Wad
9.00 pagi - mak di bawa untuk Indogram.
1.00 t. hari - siap dan di hantar ke wad.
2.00 t hari. - siap dr jumpa TB, TB dipaksa buat keputusan, urat besar di dalam otak ibu pecah sikit mengakibatkan ada darah yang keluar, jika tidak di buat pembedahan pada bila bila masa urat ini boleh membesar dan meletup dan jika ini berlaku adalah terlalu membahaya dan boleh mengaikbatkan kematian. Operation perlu dijalankan seberapa segera, Kebaikannya banyak tetapi risikonya juga ada jika dilakukan pembedahan. tetapi TB tidak ada pilihan atau lihat saja ibu pergi. Pembedahan mungkin simple tetapi takut ada organ yang tidak berfungsi waktu proses pembedahan.
Minta izin dari Doktor berikan 20 minit.
Kumpulkan adik beradik dan menerangkan kepada mereka dan tanya seorang demi seorang, Buat keputusan untuk melakukan pembedahan.
6. petang - Bawa ke bilik pembedahan.
7 petang - TB berdoa kepada allah SWT agar dipermudahkan proses pembedahan mak dan pembedahan bermula.
11- mlm - masih dalam bilik pembedahan,
12.30 mlm - dr keluar dan mengatakan Pembedahan berjaya.
1.00 - pagi hantar wad ICU.
2.00 pagi balik ke rumah kerana belum tidur dari semalam.
19 hb,
Bersiap nak ke hospital.
9.45 pagi. masih di ICU belum sedar lagi, Dr bius lagi sebab mak terasa sakit sangat.
Sahabat sahabat ku - tolong doakan agar mak TB sembuh ,
Terima Kasih.
10.45 baru balik dari Hospital - Alhamdulillah lepas berbuka puas tadi emak dah bagi respons membuka mata apabila kami memanggil , dah boleh gerakkan sedikit tangan kaki dan mulut. tapi masih tidur lagi, Dr kata pembedahan ok , cuma ubat tidur baru dihentikan tengah hari tadi . harap harap by tommorrow ibu akan bangun sepenuhnya. Dr kata not to worry everything is ok. she's ok. Syukur kepada ALLAH swt.
Esok akan ke hospital lagi, selagi emak saya tak bangun sepenuh saya tidak akan berpuas hati. terima kasih kepada sahabat sahabat yang mendoakan.
SAAT AKHIR SEBELUM TINGGALKAN JAWATAN, JOE BIDEN UMUM GENCATAN SENJATA
HAMAS - ISRAEL
-
1. Berbaki beberapa hari sebelum Trump mengambil alih jawatan sebagai
Presiden Amerika Syarikat ke 47, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa
pentadbira...
3 weeks ago
Assalamualaikum TB,
ReplyDeleteBanyakkan sabar dan berdoa, InsyaAllah kami sahabat2 akan mendoakan semoga Ibu TB akan kembali sihat seterusnya dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga. InsyaAllah...
Semoga ibumu akan kembali pulih. Mungkin disebabkan kekeringan air di dalam badan. Biasanya akan menyebabkan stroke kerana darah terlalu pekat dan menyebabkan tekanan jadi tinggi. Mustahak sekali jadilah anak yang Soleh.
ReplyDeletesalam Abg. Kozai,
ReplyDeleteLin & family doakan agar abg sekeluarga tabah dengan dugaan ini dan ibu abg kembali sihat. Amin
pesan dari seorang ust.(lupalak namanye) sepanjang kita menjaga ibu sakit sebagai anak2 hendaklah kita selau berzikir agar ALLAH permudahkan perjalan ibu kita samada utk sembuh atau pergi menemui ALLAH S.W.T.
ReplyDeleteSyafakaallah....ujian Ramadhan mendidik jiwa menjadi sabar dan tabah...semoga semuanya selamat.
ReplyDeleteSemoga ibu anda selamat bro. Bersabarlah yer!
ReplyDeleteBersabar dan tawakkal kpd Allah.smoga ibu TB cpt semboh dan sihat sperti sdiakalaperti sdiakala
ReplyDeleteSemoga ibu TB akan selamat serta sihat seperti sediakala
ReplyDelete