Usaha pembangkang ‘memikat’ Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang jelas menunjukkan satu penghinaan kepada kepimpinan utama mereka sendiri khususnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Exco Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata bukankah Hadi merupakan seorang pemimpin yang diwar-warkan sebagai salah seorang pemimpin Islam hebat dan berkarisma oleh penyokonng beliau di seluruh ceruk di rantau ini hinggakan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang sukar dicari ganti.
Menurut beliau dengan timbulnya desas-desus berkenaan, pelbagai persoalan timbul di fikiran rakyat apakah mereka ketandusan pemimpin yang benar-benar mampu menggalas tanggungjawab sebagai “leader” di kalangan mereka hingga terpaksa memancing daripada luar pembangkang sendiri.
“Apakah Hadi tidak ada kredibiliti….Jawatan beliau adalah Presiden dan pemimpin yang mempunyai ramai jentera dan penyokong di seluruh negara berbanding dengan rakan sekutu mereka yang lain. Sepatutnya dalam soal ini, mereka perlu mengangkat Hadi sebagai penganti kepada Anwar dan bukannya memancing mana-mana individu lain.
“Ini bagi saya adalah satu penghinaan dan Pas perlu keluar daripada pembangkang seandainya mereka sebuah parti yang bermaruah dan ada harga diri. Maruah Presiden perlu dijaga. ….mana nak letak muka Hadi Awang..Seolah-olah beliau tidak layak untuk memimpin. Apakah ini yang dikatakan setia dalam persahabatan?,” katanya.
Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed bahawa Ku Li dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.
Menurut Zahrain, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan menemui Tengku Razaleigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.
Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya berkata apakah sememangnya wujud ketidakpercayaan antara satu sama lain hingga menyebabkan individu luar dicari sebagai pengganti kepada Anwar.
“Jika benar dakwaan sedemikian, satu persoalan yang mungkin akan timbul ialah apakah DAP tidak mepercayai Pas, Pas pula tidak mempercayai PKR dan begitulah sebaliknya. Mungkin atas faktor itu, mereka terpaksa mencari individul daripada luar kepompong mereka untuk menjadi Ketua Pembangkang.
“Maknanya situasi menang-menang…..Macam mana nak perintah satu negara jika jawatan Ketua Pembangkang pun bermasalah untuk mengenengahkan calon yang benar-benar berwibawa.Justeru kepada rakyat khususnya penyokong “totok” Pas, lihatlah dengan jelas permainan politik pembangkang.Tepuk dada tanya hati,” katanya. -MediaUMNO
Tg Razaleigh juga antara org yg kecewa utk menjadi Perdana Menteri setelah kalah sekali dgn Tun Musa apabila bertanding kerusi Tim Presiden UMNO, dan tewas tipis kpd Tun mahahthir apabila bertanndiung kerusi Presiden UMNO. Tidak mendapat pencalonan yg ckp apabila menentang Pak Lah kini mahu mencuba ikut pintu belakang pula,
ReplyDelete