Tuesday, August 16, 2011

ANWAR TAKUT HADAPI SAIFUL HANYA SEORANG PEMBANCUH KOPI

Sebenarnya bila bercerita pasal kes liwat Anwar Ibrahim , saya telah lama melupakan isu ini. Bagi saya Anwar dan Karpal Singh berjaya mempersendakan mahkamah Malaysia yang saya sendiri tidak tahu  bagaimana mahu memberikan komen kerana kurang arif mengenai prosidure mahkamah ini. Apa yang saya tahu kini adalah Anwar berjaya membuat  rakyat kurang minat untuk mengikut perbicaraan yang sudah berlangsung selama 3 tahun ini dengan setiap kali bermula saja perbicaraan akan berkesudahan dengan penangguhan. Tanguh punya tangguh entah berapa ratus kali tangguh sehingga hancur lunyai dan tidak tahu mana hujung dan mana pangkalnya  kes ini.

Bila difikirkan kembali seolah olah Anwar begitu takut untuk menghabiskan perbicaraan ini dan  Anwar sentiasa mahu mencari helah bagaimana mahu menangguhkan perbicaraan ini dan mengharapkan ianya berlanjutan sehingga ke pilihanraya umum. seandainya pembangkang dapat menawan Malaysia dia akan selamat dan sekiranya gagal tentu Anwar mahukan  penyokongnya membuat rusuhan dan kacau bilau sehingga terganggu lagi perbicaraan ini. InsyaAllah ianya akan selesai juga dan jika diizinkan Allah tidak lama lagi kita akan pasti melihat Anwar akan kembali menghuni Sungai Buluh, Anwar tidak sekebal mana pun,

Terbaru Anwar akan menyambung  kes nya pada 22 Ogos untuk memulakan perbicaraan tidak kira  pihak Anwar bersedia atau tidak.Anwar telah berjaya mengheret  Perdana Menteri dan Isteri serta lain lain saksi untuk di temubual. yang hairan Anwar engan pula memanggil 15 saksi  yang merupakan kawan baik Anwar dahulu  yang  dengan sukarelanya  menawarkan diri untuk menjadi saksi, Kenapa anwar takut untuk memanggil mereka untuk menjadi saksi ? 

Apa apa pun kita tunggu dan lihat rentak tari Anwar dengan penuh sabar dan kita lihat juga sejauh mana Karpal Singh  berjaya menangguhkan kes liwat Anwar ini. Anwar takut untuk menghadapi Saiful walaupun Saiful hanya lah seorang pembancuh kopi.Sehebat hebat  Anwar satu hari akan jatuh juga , satu hari Anwar akan melutut juga ke bumi.percayalah kerana jika Allah mengizinkan dia menjadi Perdana Menteri , sudah lama dia telah menjadi Perdana Menteri kerana dia pernah menghampiri ke kerusi berkenaan. namun Allah  SWT tidak mengizinkan dia menjadi pemimpin tanah air kerana Allah SWT lebih mengetahui.

2 comments:

  1. memangnya membosankan , habiskan lah segera dan sumbat saja mamat ni kat sungai buluh.

    ReplyDelete
  2. buang masa betul. dia takut sbb saiful dh buka pintu penjara sungai buluh utk dia, salah pilih mangsa. mangsa lain diam je kot.

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts