Thursday, July 21, 2011

WEI KHALID INI BUKAN SELANGOR KU INI SELANGOR MU !!!! KO MENGKEDARAH LAH SORANG

Kerajaan Selangor akan memperkenalkan slogan baru, Selangorku di Stadium Malawati, di sini Ahad ini.
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelancaran slogan itu adalah kesinambungan kepada program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dan “Hasil Negeri untuk Rakyat” yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.

“Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.

Macam mana Selangor boleh jadi Selangor ku pun , ramai akyat yang tinggal di Selangor tidak tahu, yang mereka tahu adalah Selangor adalah SELANGOR  MU. Selangor untuk kamu Khalid Ibrahim.Mana janji janji pilihanraya. semuanya palsu belaka.

Macam mana Selangor boleh jadi Selangor ku , Projek bagi kat Cina.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri sedang berunding dengan syarikat, ‘China State Construction’ bagi membaik pulih Sungai Klang dalam usaha menjadikannya sebagai kawasan hijau dan tempat membeli belah di sekitar bandar raya Shah Alam.

Mengulas lanjut mengenainya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata syarikat tersebut, mempunyai keupayaan teknikal dan berpengalaman luas serta layak untuk membangunkan Sungai Klang.

Melalui pertemuan dua hari dengan syarikat itu di Shanghai baru-baru ini, Hassan berkata beberapa perwakilan daripada China akan tiba di negeri ini untuk membuat tinjauan awal.

“Pandangan awal mereka berminat untuk bangunkan Sungai Klang. Syarikat ini merupakan syarikat GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di China. Mereka ada keupayaan teknikal dalam bersama-sama membangunkan Sungai Klang.

Apa orang Melayu tak mampu ke nak buat kerja ini ? Kontraktor  Melayu tak mampu ke nak buat kerja ini. Kenapa kena bagi dengan kontraktor  Cina ?

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts