Wednesday, July 13, 2011

HISHAM AMBIL ALIH KEMENTERIAN SHAHRIZAT. SYABAS KPN

Sebelum ini TB ada menulis  dalam FB TB menyarankan agar KPN dan juga Menteri dalam Negeri DS Hishamuddin meletakkan jawatan kerana  gagal menangani isu HIMPUNAN BERSIH dari berlaku, Saranan itu TB tulis sewaktu seminggu HIMPUNAN BERSIH ini berlaku dengan harapan Hishamuddin akan lebih garang dan bertindak dengan lebih aggresif lagi.

BERSIH tetap berlaku dan telah pun berlaku. TB dan juga seluruh rakyat Malaysia menyaksikan himpunan ini berlaku . TB juga turut berada dalam kelompok himpunan ini tetapi disebelahi Patriot. TB juga lihat betapa pihak polis menghentam pemimpin pemuda Khairy Jamaluddin , Lokman Adam , Dato' Rashid adik adk TB dan TB sendiri.TB juga lihat pihak Polis membawa pemimpin Pemuda masuk trak dihadapan mata dan TB juga disembur dam bermandi water cannon kerana masih degil tidak mahu bersurai dan cuba membuat demonstrasi kali kedua selepas bertembung dengan pihak Polis.

TB mengucapkan syabas kepada pihak polis yang bertembung dengan kami yang menangkap Ketua Pemuda dan barisan pemimpin Patriot dan yang memukul kami dan adik adik  serta pemimpin  Patriot yang lain. Syabas kerana mereka menjalankan tanggungjawab terhadap Negara, Agama dan Bangsa.

TB tarik balik saranan TB agar Ketua Polis melatakkan jawatan dan TB memberikan pujian kepada mereka kerana TB faham mereka bertindak mengikut arahan juga. Kawalan demonstrasi HIMPUNAN HARAM yang telah mereka lakukan di Kuala Lumpur pada 9 hb Julai yang lalu , Tip Top dan hebat.

TB tidak pua menarik balik saranan agar Hishamuddin  letakkan jawatan kerana bagi TB Hishamuddin gagal , gagal melaksanakan tugas kerana himpuan ini tetap berlaku dan mereka telah berjaya membuat haru biru dan mengangu kententeraman awam, malah mereka telah memberikan amaran lagi, Hj Hadi berkata bahawa ada lagi perhimpunan ulangan besar besaran.

Seharusnya , bukan mahu mengajar Hishamuddin tetapi rasanya semua orang tahu, kuasa ditangan Hishamuddin dan Hishamuddin boleh lakukan. Jika Ambiga , Anwar Ibrahim , Mat Sabu , Hj Hadi Awang, Thian Chua , Shamsul AMK dan beberapa nama lagi yang terlibat dalam merancang Perhimpunan ini  ditahan dalam ISA , Himpunan  ini pasti akan lumpuh.

Inilah waktunya  untuk menangkap Anwar ketika  beliau melakukan kesalahan yang sabib Sebenarnya ditahan dalam ISA. namun hingga hari ini Ambiga masih megah berjalan dan erfikir secara bebas, Ahli jawatankuasa BERSIH semuanya masih bebas dan boleh merancang lagi HIMPUNAN BERSIH 0.3 dan berbangga menyebut kami akan rancang himpunan yang lebih besar. Hishamuddin terus berdiam diri tidak menangkap Haji Hadi yang mengugut kerajaan.Mungkin Hishamuddin masih mahu memberikan amaran kepada Hj Hadi.

Hisham tidak akan dapat menjadi popular dalam isu Himpunan BERSIH ini sama ada di ISA kan  mereka ini sebelum atau menangkap selepas himpunan dijalankan.

Walaupun berjaya di kekang, negara kita rugi hampir RM10 billion! Peniaga dan penjaja rugi beratus juta. KL lumpuh untuk tempoh sehari. Paling utamanya, dengan membiarkan perhimpunan ini berlaku, ketenteraman, kebebasan, keamanan dan “ample time” rakyat sangat terganggu!

Bukan itu saja, imej negara tercalar di mata dunia. Cuba tengok macamana media Pakatan Haram dan antarabangsa memanipulasi tindakan polis. Walaupun polis hanya bertindak dengan cara paling minimum untuk mengawal kekecohan, polis dan kerajaan tetap dipersalahkan. Walaupun sebenarnya tak salah mereka akan tetap manipulasi isu tersebut.

Apakah Hisham mwerasakan bahawa dia seharusnya masih menjadi menteri dalam negeri dan merasakan bahawa rakyat semua  gembira dengan prestasi yang beliau dan menangani BERSIH dengan baik?

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts