Saturday, July 16, 2011

Puteri UMNO N9 mengempur !!!!






Apabila saya dijemput oleh Puteri UMNO Negeri Sembilan untuk mengisi slot siber oleh unit pilihanraya Puteri UMNO Malaysia saya agak gugup juga kerana tidak pasti apakah yang akan saya persembahkan kepada mereka kerana saya pasti kesemua adik adik puteri ini tentu hebat dan peka IT.

Namun saya melangkah terus menuju ke pejabat perhubungan UMNO Negeri Sembilan dengan satu tekad untuk memberikan sedikit kesedaran kepada adik adik ini betapa mereka ini sebenarnya amat diperlukan oleh parti untuk mengerakkan unit peperangan siber bagi UMNO di negeri masing masing.

Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki saya di pejabat perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan terasa amat kecil lagi bila duduk makan bersama sama dengan penceramah dari BTN. Saya memulakan  mukadimah dengan memperkenalkan  kepada adik adik berkenaan betapa petingnya ICT dan ICT juga boleh mengubah sesuatu presepsi.

Alhamdulillah dalam masa yang singkat saya dapat "blend" gaya persembahan untuk mendampingi dan cuba memahami kehendak adik adik ini yang sebenarnya haus dengan imput imput politik. Dengan beberapa  tayangan Video yang telah saya pilih khusus untuk menjelaskan apakah sebenarnya impak dan bahayanya serangan ICT mereka terus mengikuti satu demi satu apa yang saya persembahkan dengan penuh minat.

Syabas  Puteri UMNO Negeri Sembilan. Gambar::: Oleh Mael Pengerang ...

3 comments:

  1. Wahai puteri2 ksyangan N9 , yg muda lagi b'tenaga b;bekalkan otak teknologi ICT..aiyo puteri2 ksayangan negeri , galas tnggungjwb kamu utk singkirkan segala tohmahan n pesepsi negatif puak2 pbangkang demi masa kehadapan MALAYSIA tanahair..ku.!

    ReplyDelete
  2. Puteri UMNO Telok KemangJuly 16, 2011 at 10:19 PM

    Insya Allah...kami sedang dalam proses memantapkan diri untuk berjuang di luar serta di alam siber ini...

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts