Thursday, July 14, 2011

PANGGIL SAJA PELAJAR TERENGGANU DI KAHERAH PULANG DAN JIKA MAHU TERUS BELAJAR BIAR PKR YANG TANGGUNG

Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas. 

Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.
Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook.

Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Aziz Mamat, ketika dihubungi berkata, pada masa ini beliau masih menunggu laporan lengkap daripada Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia.

Eloklah kerajaan Terengganu mengenal pasti mereka dan bawa saja mereka balik untuk terus berkecimpung dalam politik dan tak perlu lah kerajaan negeri Terengganu membazirkan duit membiayai mereka yng lebih berminat untuk menggulingkan kerajaan sendiri dari belajar.

Apabila p[ulang , suruh sahaja mereka menjalani kehidupan pilihan mereka dan jika mereka mahu terus mahu menyambung pelajaran mereka biarlah mereka minta Pakatan rakyat yang membayar segala perbelajaan pelajaran mereka.

8 comments:

  1. muka2 bakal menghancurkan islam kat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. ni namanya org yg x tau berterima kasih dgn apa yg kerajaan dah bg.

    ReplyDelete
  3. Ini lah manusia yg x pernah nak bersyukur dgn apa yg ada... patutnya sebagai org yg TERPELAJAR (wlaupun x berapa nak pandai) mereka seharusnya menumpukan kepada pengajian,bukan kepada demostrasi.

    ReplyDelete
  4. inilah melepaskan anjing tersepit atau bagi makan anjing lapar....

    ReplyDelete
  5. pelajar sebegini seharusnye m'jauhkan diri mereka dari melakukan demostrasi , tugasan mereka adalah pada pelajaran...nama je gah , otak tarakkk.!!!

    ReplyDelete
  6. Puteri UMNO Telok KemangJuly 17, 2011 at 12:46 AM

    Kerajaan Terengganu harus ambil tindakan...

    ReplyDelete
  7. duet yg kerajaan biaya diorang bukan dari hasil titik peluh kerajaan barisan nasional sendiri.tu pun duet yg dikutip dari cukai hasil dari rakyat dan negara. Tampuk pemerintahan kerajaan fungsinya untuk membangunkan rakyat dan negara.janganlah memberi cadangan kepada kerajaan untuk bertindak zalim (tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya , sesungguhnya biasiswa itu diberi kepada pelajar , mengapa harus tarik balik semata2 kerana mereka berhimpun di suatu perhimpuan?). Kita sepatutnya memudahkan urusan saudara2 kita kerna itu lebih Allah sukai.Kerajaan kene amanah dgn duet2 tersebut, nanti esok2 Allah tanye macam mane nak jawab?

    ReplyDelete
  8. Gambar ni takde pun yg pakai Baju kuning... Korang ni pakai belasah je bila nak komen.. Guna mata Dan Akal la dulu... Ingat semua student sama ke..?

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts