Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita wajib berpuasa. Pada bulan ini kita tidak boleh makan dan minum serta tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar(waktu subuh) hingga terbenam matahari(waktu maghrib). Kita diwajibkan puasa berdasarkan Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184. Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Niat Puasa Ramadhan
Mungkin ramai yang sudah tahu niat puasa itu macam mana. Tapi mungkin ada diantara kita yang terlupa kerana puasa ramadhan ni kan setahun sekali. Biasa la tu jika kita terlupa. Jadi saya berkongsi di sini untuk kita sama-sama ingat kembali dan amalkan sepanjang bulan ramadan ini.
Syarat sah puasa adalah kita hendaklah niat puasa. Ia adalah wajib untuk kita berniat puasa di bulan Ramadhan ini.
Waktu untuk kita berniat puasa adalah bermula daripada terbenam matahari, iaitu apabila telah masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib sehinggalah sebelum terbit fajar shadiq(waktu Subuh). Oleh itu, niat puasa itu bolehlah dilakukan pada mana-mana bahagian daripada waktu malam puasa tersebut, walaupun semasa berbuka puasa.
Lafaz Niat Puasa Ramahan
Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”
Doa Berbuka Puasa
Apabila telah masuk waktu berbuka puasa, maka hendaklah kita menyegerakan berbuka puasa dan berdoa kepada Allah.
Ertinya: “Ya Allah kepada Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman. Dan aku berbuka daripada rezeki yang Engkau berikan, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
Sama-samalah kita mengamalkan niat puasa ramadan ini supaya ibadat puasa yang kita lakukan tidak sia-sia. Jika niat puasa dilakukan dalam bahasa melayu atau apa sahaja bahasa yang kita faham pun boleh asalkan kita memahami niat puasa yang kita lakukan. Cuma jika niat dilakukan dalam bahasa arab kita boleh mendapat pahala kerana bahasa arab itu adalah bahasa Rasulullah S.A.W, bahasa Al Quran dan juga bahasa ahli syurga. Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.
Gambar fail, Mohd Ashraf Hafiz (kanan) menutup mukanya sebaik menyedari kehadiran media di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Mei lalu. — Foto ihsan Sinar
KUALA LUMPUR, 30 Julai — Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani pembedahan jantina, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu awal pagi ini.
Dia dilaporkan berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah yang rendah.
Mahkamah menolak permohonan dia pada 18 Julai lalu.
Dalam satu temu bual dengan media keluaran 20 Julai lalu, Ashraf mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya dan sanggup dibunuh.
Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak Ashraf yang lebih mesra dipanggil “Aleesha” berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.
“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. “Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya.
Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.
Dia membuat pendedahan menukar jantina di Thailand pada 2009.
Dalam pada itu, Bernama Online memetik bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Dia dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Aziz berkata beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.
Katanya Ashraf sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak.
Pemuda UMNO Putrajaya teleh mengedakan satu forum 'Kematangan Demokrasi Di Malaysia'. tahniah kerana ianya telah berjalan dengan lancar. TB sepatutnya hadir bersama telah tidak dapat berbuata demikian kerana telah ke hospital Tawakal untuk membuat pemeriksaan dan doktor yang sepatutnya memeriksa TB telah datang lewat kerana membuat pebedahan. Namun TB memaparkan juga tulisan dari rakan bloggers lain untuk tatapan pembaca.
Bagi Dato' Ahmad Zaki ini adalah kali kedua Tb melihat beliau tampil dipentas bersama pembangkang dalam forum yang terbuka.kalai pertama adalah atas jemputan parti pembangkang.
Ahli panel yang hadir untuk majlis forum tersebut terdiri daripada Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Dato' Haji Ahmad Zaki Zahid, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia (PKR), YB Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Dr Mohammad Nawar Ariffin yang juga bertindak sebagai Non-Partisan di dalam forum tersebut. Syabas dan tanhiah kepada kedua-dua penyokong yang hadir kerana memberi kerjasama yang bagus dan senario yang amat berlainan dengan hadirin ketika Wacana Selepas 9 Julai kerana kematangan dan sifat profesinalisme telah ditunjukkan pada majlis forum tersebut.
Menurut laporan blog Kris Lok7
Adalah mengenai hujahan YB Nik Nazmi, beliau menempelak kerajaan dengan mengatakan bahawa pihak kerajaan yang takut dengan tindakan mereka mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 walaupun perhimpunan itu bukanlah satu perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana di Tahrir, Mesir.
Tindakan beliau mengeluarkan kenyataan ini telah memakan diri apabila ada pemuda tampil bertanyakan mengenai rakaman video Ketua AMK Shamsul Iskandar yang pernah mengeluarkan kenyataan menyeru rakyat Malaysia gulingkan kerajaan dan jadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir. Dan jawapan yang diberikan adalah beliau tidak tahu akan kewujudan rakaman terbabit. Dalam masa yang sama Nik Nazmi menyatakan jika benar Shamsul Iskandar pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu beliau tidak setuju dengan tindakan tersebut.
TV3, Bernama dan Astro Awani telah menyiarkan klip video bahawa Ketua AMK Shamsul Iskandar pernah berkata, “Kalau tak boleh nak gulingkan kuasa secara pilihanraya, maka gulingkan secara jalanraya!”
YB Nik Nazmi tak tengok televisyen kah? Sekalipun sibuk berpolitik tidak mungkinlah sampai tidak tengok berita?. Asyik tengokMalaysia Hari Ini? (Wardina Safiyyah pengacara?)
Mungkin YB Nik Nazmi tiada masa, tetapi saya difahamkan bahawa YB ini sangat popular dalam twitter dan beliau juga ber'blog'. Mustahil beliau 'Gaptek' atau 'Gagap Teknologi' kerana beliau adalah Pengarah Komunikasi PKR, sudah tentu beliau tahu akan video tersebut. Baiklah, Keris tidak mahu bersangka buruk maka Keris bantu YB Nik Nazmi dengan pautan video ini supaya YB Nik Nazmi 'Sedar' akan kewujudan kata-kata tersebut.
Nik Nazmi 'Rempuh' Putrajaya Cabar Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Debat?
Selepas Sinar Harian menganjurkan satu majlis wacana ilmu 'Selepas 9 Julai' yang berlangsung kelmarin di Audotorium Karangkaf Shah Alam.
Semalam sebuah forum yang hampir sama turut dianjurkan oleh Pemuda UMNO Putrajaya. Tetapi forum anjuran Pemuda UMNO Putrajaya dilihat lebih profesional dan matang kerana para penyokong dilihat berfikiran terbuka serta tidak menganggu percakapan ahli panel.
Barisan moderator dan ahli panel
Forum yang dibarisi oleh 3 ahli panel iaitu Dato Zaki Zahid (Ketua Pemuda Putrajaya) YB Nik Nazmi Adun Seri Setia (PKR) dan dari pihak tidak berparti Dr. Mohd Nawar Ariffin (Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid).
Forum yang membincangkan tajuk 'Kematangan Demokrasi di Malaysia' ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi.
Sessi forum ini dimulakan dengan Dato Zaki Zahid yang mengemukakan hujah beliau mengenai perjalanan demokrasi di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa setiap keputusan pilihanraya yang berlaku di Malaysia diterima umum sepanjang negara melalui 12 pilihanraya umum.
Dato Zaki Zahid mengemukakan hujah beliau
Pilihanraya umum yang paling dasyat dan terburuk dalam sejarah adalah pada tahun 1969 yang mana membawa kepada peristiwa 13 Mei.
Dato Zaki turut menambah pilihanraya pada tahun 2008 yang lalu di mana pembangkang menguasai 4 buah negeri membuktikan bahawa Malaysia ini sebuah negara yang demokrasi.Selain itu beliau juga mendakwa banyak negara-negara demokrasi yang lain dapat diperbaiki tanpa diadakan perhimpunan jalanan.
Selesai Dato Zaki Zahid memberikan hujahnya, tiba giliran YB Nik Nazmi yang memulakan hujah beliau dengan menuduh bahawa kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang tidak mengamalkan demokrasi secara telus dengan menunjukkan satu laporan dari majalah The Economist yang telah digelapkan beberapa keratan ayat mengenai laporan Bersih 2.0.
Nik Nazmi memegang petikan The Economist yang didakwa digelapkan beberapa ayat atas arahan kerajaan?
Beliau menuding jari kepada kerajaan dan mengesyaki kerajaan terlibat dalam mengarahkan editor menggelapkan beberapa ayat dengan tujuan menutup isu sebenar Bersih 2.0
Dalam hujahnya juga Nik Nazmi 'menempelak' kerajaan yang takut dengan tindakan mereka mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 walaupun perhimpunan itu bukanlah satu perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana di Mesir.
Tindakan beliau mengeluarkan kenyataan ini dilihat memakan diri apabila beberapa pemuda tampil bertanyakan mengenai rakaman video Ketua AMK Shamsul Iskandar yang pernah mengeluarkan kenyataan menyeru rakyat Malaysia gulingkan kerajaan dan jadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir.
Saudara ini meminta Nik Nazmi mengemukakan 'shadow cabinet' jika mereka benar-benar demokrasi
Pemuda ini mempersoalkan tindakan Bersih 2.0 menggunakan jalanraya sehingga peniga mengalami kerugian
Ketika memberikan jawapan berhubung kenyataan Shamsul Iskandar, Nik Nazmi menyatakan beliau tidak tahu akan kewujudan rakaman terbabit. Dalam masa yang sama Nik Nazmi menyatakan jika benar Shamsul Iskandar pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu beliau tidak setuju dengan tindakan tersebut.
Uncle ini masih memperjuangkan Teoh Beng Hock dan Kugaan?
Antara penyokong Bersih 2.0
Jawapan yang diberikan Nik Nazmi seolah-olah cuba menggambarkan bahawa setiap mereka lakukan semuanya merupakan tindakan yang betul dalam sebuah negara demokrasi. Namun kebijaksanaan panel 'non partisan' dilihat berupaya memberikan keceriaan dalam forum tersebut kerana hujah dan fakta yang padat.
Dr.Nawar Ariffin mengeluarkan kenyataan yang bijak dan bernas
Selain membandingkan dengan isu Bersih 2.0 Dr.Nawar Ariffin pada satu kenyataannya tidak bersetuju dengan tindakan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan jalanan.
Exco Pemuda UMNO Malaysia Saudara Tun Faisal Ismail turut mengemukakan soalan
Sebaiknya sebagai umat Islam yang bertanggungjawab jika kita menuntut sesebuah badan dibersihkan pihak terbabit perlulah ikhlas dan suci hatinya ketika memperjuangkan sesuatu isu.
Langkah terbaik bagi beliau adalah dengan mengadakan rundingan.
"Rasulullah S.A.W sendiri memulakan sesuatu perkara dengan mengadakan rundingan sebanyak 1, 2 atau 3 kali hinggalah mendapat kata putus, jika sudah mendapat kata putus maka patuhilah. Berbeza dengan Bersih 2.0 yang mana tindakan mereka menolak pelawaan SPR untuk mengadakan sessi dialog dan berdegil untuk berhimpun telah menyebabkan ketenteraman awam terjejas". - katanya.
Beliau mengakhiri hujah pertama beliau dengan mengakui kebijaksaan kerajaan hari ini dalam mengekalkan keharmonian negara sepanjang lebih 50 tahun merdeka.
Saudara ini mempersoalkan di manakah demokrasi di Pulau Pinang ekoran tindakan Lim Guan Eng mengarahkan polis menahan peserta demontrasi anti LGE bulan lepas
Ada juga hadirin yang mengemukakan soalan dimanakah demokrasi yang diperjuangkan oleh PR kerana merujuk kepada perhimpunan yang diadakan di Pulau Pinang untuk membantah tindakan Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Penang dikatakan telah mengarahkan anggota polis menahan para pendemo kerana Lim Guan Eng mendakwa beliau merupakan Ketua Menteri pilihan rakyat.
Soalan ini juga gagal dijawab dengan baik oleh Nik Nazmi. Beliau juga menjawab jika benar wujudnya dakwaan ini Lim Guan Eng wajar ditegur!
Walaupun hujah Nik Nazmi dilihat amat menyakinkan dan bersahaja jika hendak dibandingkan dengan Dato Zaki Zahid saya melihat banyak isu yang Nik Nazmi tidak mampu menjawab dengan baik ada juga soalan yang hanya dijawab dengan "saya tidak pasti".
Tetapi walaupun jawapan tergantung diberikan hadirin yang rata-rata mereka merupakan pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dan PKR ternyata tidak emosional serta tidak memprovokasi satu sama lain.
Hadirin pelbagai fahaman politik matang dan bijak berforum
Dato Saifuddin Abdullah turut hadir memeriahkan forum
Dato Saifuddin Abdullah bertukar pandangan dengan ahli panel
Melihat kelibat Dato Saifuddin Abdullah saya terus menghampiri beliau serta memperkenalkan diri. Dalam masa yang sama saya dapatkan kenyataan balas beliau berhubung pendirian politik beliau sebagaimana saya tulis dalam SURAT TERBUKA UNTUK DATO SAIFUDDIN ABDULLAH
Ternyata Dato Saifuddin Abdullah bukanlah seorang yang sombong sebagaimana digembar-gemburkan. Saya sempat menemubual beliau dan meminta beliau faham tujuan saya menulis surat terbabit.
Apa jawapan Dato Saifuddin Abdullah berhubung tulisan saya yang menyatakan beliau cenderung menyokong pembangkang sebagaimana jawapan yang diberikan beliau dalam wacana 'Selepas 9 Julai'.?
Esok saya muat-naik rakaman video terbabit.
Selain itu Nik Nazmi dilihat cukup bijak mengalih isu soalan yang dibangkitkan dengan mengaitkan dengan isu-isu yang lain.
Kesimpulannya dari pemerhatian saya forum sebegini wajar diadakan lebih kerap untuk menyatukan kita orang Melayu yang dilihat semakin hari semakin berpecah gara-gara perbezaan fahaman politik.
Tetapi harap ahli panel yang mewakili BN hendaklah bersedia terlebih dahulu.
Kerana berhujah melalui bacaan teks di ipad memperlihatkan bahawa kita tidak bersedia dengan jawapan-jawapan sewajarnya. Hujah-hujah yang mewakili BN dilihat terlalu retorik sebagaimana hujah yang pernah kita baca di dada-dada akhbar.
YY : Pujian untuk kedua-dua belah penyokong yang matang dan profesional sepanjang perjalanan forum...Komuniti Belia dan Pemuda Putrajaya memang sporting... tabik springlah!!
YAB PM sentiasa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, dan oleh kerana itulah pihak Kerajaan telah menawarkan kepada penganjur Bersih sebuah stadium untuk mereka berkumpul bagi menyatakan hasrat mereka.
Tambahan lagi, tugas harian YAB PM juga tidak terjejas sekalipun pihak Bersih tetap berdegil meneruskan tindakan biadap mereka sehingga menderhaka titah DYMM Yang Di Pertuan Agong. Yang jelasnya, tindakan mereka tersebut langsung tidak menggugat YAB PM dan TPM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin negara pada hari tersebut.
Datuk Paduka keturunan bangsawan, tambahan lagi merupakan anak kepada seorang negarawan yang cukup besar jasanya kepada negara tetapi alangkah sedihnya sikapnya berlawanan dengan sikap Datuk Paduka sendiri yang secara terang-terangan bersetongkol dengan pengkhianat dan pemusnah negara. Tergamakkah Datuk Paduka sanggup memusnahkan segala usaha ayahanda Datuk Paduka selama ini?
Sedarkah Datuk Paduka betapa susahnya anggota keselamatan seperti polis yang bertungkus lumus siang dan malam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, walhalnya Datuk Paduka menikmati segala kemewahan selama kini hasil dari usaha mereka juga. Wajarkah Datuk Paduka bersama dengan petualang-petualang negara ini? Tidak pernah terlintaskah hakikat ini dalam kotak fikiran Datuk Paduka?
Tapi jikalau sudah biasa hidup bermewah-mewahan di atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, bagaimana mungkin Datuk Paduka dapat merasai kesusahan rakyat? Ternyata Datuk Paduka bersikap hipokrit dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Baru sekali menyertai demonstrasi haram (yang pernah dilakukan oleh golongan yang sama di atas sebab ingin menggulingkan kerajaan yang ditadbir oleh ayahanda Datuk Paduka sendiri) tidak bermakna Datuk Paduka telah menyelami jerih-perih kehidupan rakyat marhaen seperti kami.
Penulisan Datuk Paduka bersifat keanak-anakan yang langsung tidak mencerminkan kematangan fikiran Datuk Paduka sebagai seorang yang terpelajar hasil daripada didikan ayahanda Datuk Paduka sendiri. Tindakan Datuk Paduka yang sering menyalahkan pihak Kerajaan seolah-olah Kerajaan bertindak zalim menutup hak rakyat untuk bersuara sama sekali. Tidak terfikirkah Datuk Paduka jika ada di antara peserta demonstrasi itu berniat jahat dan ingin mencetuskan huru-hara sepertimana penemuan senjata parang dan bom Molotov Cocktail dalam beg mereka yang terlibat?
Wajarkah kumpulan Bersih ini berhimpun di hadapan Hospital Tung Shin yang sekaligus akan membahayakan keselamatan dan nyawa pesakit-pesakit di hospital berkenaan? Apakah tempat yang seumpama itu menjadi benteng kepada kumpulan tersebut sehingga boleh mencetuskan provokasi agar pihak keselamatan dipersalahkan?
Datuk Paduka teruskanlah hidup bermewah dengan kedudukan sekarang, malahan kami rakyat bawahan tidak langsung iri hati di atas nikmat dan kemewahan yang dikecapi oleh Datuk Paduka sejak sekian lama. Tidurlah sepuas-puasnya sebagaimana Datuk Paduka tidur dalam pelukan jejaka Perancis dahulu. Teruskanlah dibuai mimpi indah dalam pelukan suami kedua Datuk Paduka sekarang.
by Mike Mercurial on Friday, July 29, 2011 at 12:30am
Cubaan 10 orang AMK untuk berjumoa dengan Perdana Menteri dengan emmakai baju kuning semalam cuba mencabar kewibawaan pihak Polis dan amat kurang ajar sekali. Belum pernah terjadi mana mana Perdana Menteri cuba di dekati oleh rakyat secara begini. Apa lagi yang mereka mahukan? Ambiga sudah serahkan memorundum kepada DYMM YDP Agung.
Anwar Ibrahim mengajar pengikutnya menjadi kurang ajar. Lihat Video ini.
Sekali sekala saya ingin juga mendengar yang di sebelah kanan theWhiner bercerita mengenai kemajuan dan pembangunan Malaysia dan bukan asyik bercerita mengenai ritorik murahan.
Mohamad Sabu minta Bukit Aman :minta maaf atau akan disaman. katanya semua apa yang polis paparkan tidak benar, gambar kereta polis yang merempuh saya yang sedang memboncheng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero itu berada di hadapan.
Doktor yang merawat saya sendiri boleh jadi saksi keadaan sebenar kaki kanan yang dirawat. Cuma polis saja yang pandang ringan sebab terlalu ikut kata tuan mereka tanpa bersikap adil, telus dan cekap.
Bagi menangkis tohmahan polis , saya sudah pun mengarahkan peguam PAS Hanipa Midin menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri , Dato' Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnah saya. kata Mat Sabu.
Nota:Yang salah semua Polis , Mat Sabu dan PAS tak pernah salah, buat salah pun tak salah , yang salah polis juga. Nak saman ke dah saman, kalau setakat cakap nak saman memang makanan pembangkang nak kuatkan cerita. Boleh Boleh boleh blah lah Mat Sabu. Lu ingat orang nak percaya lu ke???? Jumud PAS boleh lah kamu tipu
PAS kini menjadi Parti yang tukang kumpul dosa untuk DAP dan juga PKR. PAS sanggup menghalalkan yang dahulunya dikatakan haram.
Kalau dulu .Persatuan sesebuah Universiti mahu buat konsert konvokasion di Universiti Malaya, mati matian PAS menentang dan mereka mengatakan bahawa konsert itu haram.Buat Fun Fair juga haram kerana kata mereka itu adakah judi.
Hari ini Pas menghalalkan Konsert MTV di I-City Selangor setelah mereka jadi pemerintah.
Sementara itu mereka juga ada mempunyai saham dosa yang mana mereka akan tanggung kerana kerajaan campuran mereka menganjurtkan pesta setengah bogel yang dijadikan sebagai pesta tahunan.
Apakah pas bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam. kenapa mulut Nik Aziz kini jadi bisu. Apakah Nik Aziz akan melakukan seperti biasa tunggu beberapa hari lagi untuk membuat pengumuman menghalalkan segala ini mengikut ajaran Islam PAS. (Islam Ayah Ajis).
Namun seperti biasa jumud jumud PAS sudah ada jawapan mereka sendiri.
Pada tahun 1982 PAS mula menuduh Assabiyah kepada perjuangan kebangsaan Melayu yang dulunya mereka perjungan bersama. Pada bulan September 1985 pula PAS Terengganu membuat ikrar kepada sekumpulan orng Cina dalam satu perancangan dialog PAS-Cina di Dewan Perniagaan Cina Kuala Terengganu dengan mengatakan apabila PAS memerintah negara ini hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan. lupa kah kita .. sejarah ini ???? PAS ini adalah parti "desprate" yang akan gadaiakna apa saja untuk dapatkan kuasa.
Bunuh diri: Ibu Beng Hock tolak keputusan suruhanjaya
ALOR GAJAH 21 Julai – Ibu kepada mendiang Teoh Beng Hock, menolak hasil siasatan dan keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, bahawa kematian anaknya berpunca daripada bunuh diri.
Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai seorang Hakim Mahkamah Persekutuan telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi.
Teng Huw Hoi, 58, berkata, beliau tetap yakin bahawa Beng Hock tidak membunuh diri atas alasan anaknya itu seorang yang baik.
"Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Huw Hoi yang enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada pihak peguam untuk mengeluarkan kenyataan.
Katanya, beliau dan suaminya Teoh Leong Hwee serta anggota keluarga lain akan ke Kuala Lumpur pada petang ini untuk menemui peguam mereka.
Tak mungkin mereka akan menerima. Pembangkang pasti tidak akan menerima keputusan suruhanjaya bebas berkenaan. Terima atau tidak keputusan tetap diumumkan.
DAP sebenarnya telah maklum lebih awal dan telah memanggil ceramah di ibu pejabat mereka pada 14 hb yang lalu dan teleh membina satu FB bagi menabur fitnah terhadap kerajaan dan menolak isu keputusan ini.
Teoh Beng Hock mati bunuh diri akibat dari tekanan yang di hadapinya dari beberapa pemimpin DAP yang mengugutnya. Teoh mati bunuh diri akibat pendedahannya dalam penyelewengan wang Rakyat yang di rompak kerajaan Pakatan Selangor.
Mati hidup balik pembangkang tidak kan percaya. Cakap macam mana pun , keluarlah bukti macam mana pun , mereka tidak akan percaya.Tapi sapa peduli mereka tidak percaya .
Dengan keputusan oleh suruhanjaya ini pasti membuatkan DAP tidak senang duduk dan akan menggunakan isu ini menyalahkan kerajaan bagi menutup pekungnya.
Apa juga tindakan mereka Suruhanjaya bebas sudah membuat keputusan. Percaya atau tidak keputusan tetap akan didedahkan. Semoga kita tidak terikut dengan permainan DAP dan sebagai seorang Islam adalah tidak sewajarnya kita menyokong orang yang Mati Bunuh Diri. baca sini lagi
Cilaka cilaka cilaka. kalau lah Tok Guru Nik Aziz tak ajar anak buahnya mencarut dan berkawan dengan Syaitan dan menjilat jubur Anwar pasti anak anak muda kita tidak akan jadi kurang ajar menghina negara kita. Ini semua angkara Anwar yang sanggup laku apa saja demi mendapat kerusi Perdana Menteri. Kemaruk betul Anwar sehingga sanggup menjadi petualang Negara.
Selain dari Namewee yang kecoh hina bendera dan lagu negara ku kini lahir pula budak Melayu yang kepingin menjadi popular macam Namewee sebab mereka tahu, SKMM dan institusi kerajaan semua tak ada telor nak tangkap bangsa Cina dan pembangkang yang hina kerajaan dan negara kita. tak ada undang undang, tenguk saja lah si Namewee itu sampai hari ini masih bebas dan nak diberikan geran lagi untuk buat penerbitan. Kalau orang Melayu , cepat saja kena Hina lagu kebangsaan boleh jadi popular.Sekarang ini buat yang jahat dan tak betul lagi popular dari yang baik dan kebenaran. KEBENARAN TAK BERERTI LAGI , BUATLAH JAHAT BARU JADI BETUL. Ini biodata si penghina lagu negara ku, kita tenguk jadi popular atau kena tangkap.
Berikut adalah biodata seorang pelayar laman sosial Facebook yang biadap dan keterlaluan menghina Lagu Kebangsaan Negaraku dan Raja-Raja Melayu:
Nama: Mohamad Farizal bin Ismail.
NRIC: 830505-10-5773.
Umur: 28 tahun.
Tarikh Lahir: 05/05/1983.
Asal: Taman Kandis Permai, Selangor.
Pendidikan: Bekas pelajar UMT. Tamat pelajaran tahun 2007. Seperti idolanya Anwar Ibrahim, beliau juga bengap kerana hanya menamatkan pelajaran hanya Kelas Ketiga.
Kerajaan Selangor akan memperkenalkan slogan baru, Selangorku di Stadium Malawati, di sini Ahad ini.
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelancaran slogan itu adalah kesinambungan kepada program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dan “Hasil Negeri untuk Rakyat” yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.
“Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.
Macam mana Selangor boleh jadi Selangor ku pun , ramai akyat yang tinggal di Selangor tidak tahu, yang mereka tahu adalah Selangor adalah SELANGOR MU. Selangor untuk kamu Khalid Ibrahim.Mana janji janji pilihanraya. semuanya palsu belaka.
Macam mana Selangor boleh jadi Selangor ku , Projek bagi kat Cina.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri sedang berunding dengan syarikat, ‘China State Construction’ bagi membaik pulih Sungai Klang dalam usaha menjadikannya sebagai kawasan hijau dan tempat membeli belah di sekitar bandar raya Shah Alam.
Mengulas lanjut mengenainya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata syarikat tersebut, mempunyai keupayaan teknikal dan berpengalaman luas serta layak untuk membangunkan Sungai Klang.
Melalui pertemuan dua hari dengan syarikat itu di Shanghai baru-baru ini, Hassan berkata beberapa perwakilan daripada China akan tiba di negeri ini untuk membuat tinjauan awal.
“Pandangan awal mereka berminat untuk bangunkan Sungai Klang. Syarikat ini merupakan syarikat GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di China. Mereka ada keupayaan teknikal dalam bersama-sama membangunkan Sungai Klang.
Apa orang Melayu tak mampu ke nak buat kerja ini ? Kontraktor Melayu tak mampu ke nak buat kerja ini. Kenapa kena bagi dengan kontraktor Cina ?
Dia kata dia tak wajar berada di situ kerana perjuangan nya menegakkan debu debu yang bertaburan.Apa yang dia ini emosional sangat ini. Sian , lawan lah dengan musuh sebenar .... nampak macam hero ..ha ha bergenang air mata dia menghafalkan skript skript membohongi rakyat. dia ni polis ke??? jaga Hatta Ramli tuh siapa wali ke? kira kira dia ni Bodyguard juga lah...
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Sungguh memalukan apabila Nizar Menteri Besar tersingkir memakai baju BERSIH di tanah Perkuburan Dr Lo'Lo yang mahu membangkitkan semangat BERSIH Ambiga di sana. Ini jelas membuktikan bahawa Rakyat lebih matang dan menolak BERSIH , Hanya beliau seorang saja yang pakai baju berkenaan dan mahu mencampur adukkan urusan pengkebumian Allahyarhamah Dr Lo'Lo' . Yang hadir bukan hanya ahli PAS tetapi adalah sahabat handai dan saudara terdekat dan juga yang jauh yang telah menolak percampuran politik dalam menghormati Dr Lo'Lo'. Mereka menghantar jenazah tidak mengikut parti dan mereka mengiringi jenazah kembali kepada Allah SWT tanpa bendera PAS mahu apa juga parti Politik , Ini adalah urusan kita dengan Allah SWT dan bukan Nik Aziz. NIZAR jangan lah kamu taksub sangat macam Gampang .
Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat di sini pada pukul 11.10 pagi.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.20 malam, Ahad di Hospital Selayang kerana menghidap penyakit kanser paru-paru.
Kira-kira 2,000 orang ramai hadir termasuk pemimpin Pakatan Rakyat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk memberikan penghormatan terakhir.
Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN, Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.
Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.
Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.
Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.
Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.
"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.
"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.
"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yang tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.
Menurut anak allahyarhamuh, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.
"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat,"
Inilah twitter Chegu Bard dan diikuti dengan twitter yang sama oleh Anwar Ibrahim dan juga Tian Chua , tenguk bawah, Inilah dia cara Bard yang selalu menipu dan selalu 'over excited' sehingga kawan sendiri juga dijadikan bahan mencari publisiti murahan.
Ketiak Bard menghantar twiter berkenaan , Dr Lo'Lo" sedang bergelut mempertarungkan nyawa dan baru saja meninggal pada jam 4 lebih tadi dan ini di sahkan oleh bloggers Azli Shukri yang merupakan bekas guru kepada anak Dr Lo'lo'. Azli juga manfikan bahawa Dr Lo'Lo' meninggal dunia sejam sebelum ini ketika Bard dan Anwar menyebarkan berita Dr lo'Lo' meninggal dunia.
Hebat Bard dan Anwar yang boleh merancang kematian sebelum ianya benar benar berlaku, Inilah hasil BERSIH di mana mereka sudah merancang klip Video Baharuddin yang meninggal dunia lakonan kembali sebelum Baharuddin meninggal dunia.Jangan percaya Bard dan Anwar lain kali.Kalau pemimpin tertinggi mereka boleh menipu dalam penyebaran maklumat yang keliru . Just imagine berapa banyak sudah mereka sebarkan maklumat yang keliru.
Al - fatihah buat Allahyarhamah Dr Lo'Lo' dan salam takziah buat keluarga beliau. semoga roh ditempatkan bersama orang orang yang solih.
Maaf, salah maklumat. Berita kepermergian YB Dr Lolo tidak benar.. Kini beliau masih dlm rawatan rapi.. Kita doakan yg terbaik buatnya.Maaf!
Inilah sikap pemimpin tertinggi pembangkang sampai kematian sahabat juga di ekpoltasikan, Macam mana Anwar boleh hantar ucapan Al Fatihah sebelum mengesahkan kematian Dr lo'Lo'. Hingga kini Anwar belum minta maaf. Pembohong betul Anwar dan diikuti oleh bacaan al fatihah dari Tian Chua. Agaknya Anwar memang tunggu kematian dr lo' Lo' kot....
tianchua Al-Fatihah, sedih dgn pemergian seorg rakan seperjuangan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo. Kita kehilangan suara lantang pembela rakyat. 50 minutes ago · reply · retweet · favorite
Mana Nik Aziz , mana Hj Hadi semua membisu apabila Tian Chua memersendakan surag al fatihah. Dia tahu ker apa maknanya . Agama kita dilacurkan oleh Pas kerana kuasa. Asthagfirullahhulazim.
Walaupun perbezaan pendapat antara penulis dan Allahyarhamah namun sebagai umat Islam dan Insan yang kerdil penulis merasakan akan kehilangan Allahyarhamah,semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama sama orang yang solih dan dipermudahkan segala urusan akhirat buatnya. Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah dan jika ada kesempatan penulis akan cuba melawat jenazah. Berita ini penulis petik dari sumber twitter Anwar Ibrahim dan juga chegu Bard yang belum lagi meninggal. kalau berita ini tidak benar inilah adalah merupakan pembohongan terbesar Anwar dan Chegu Bard.
Sanggup buat surat utusan palsu kerana nak fitnah Rosmah.
Chegu Bard, si mangkuk ayun ini yang sudah hilang taring sebenar bila dipatahkan oleh Anwar Ibrahim ketika pertandingan merebut kerusi Ketua AMK apabila dia dikentut oleh Shamsul Iskandar (si ketot). Malu sungguh Bard yang bekerja berbulan bulan dan banyak juga duit tabung derma SAMM (Solidariti Anak Muda Meliwat) yang disapu. Duit derma untuk anak yatim dan orang tua dan orang kurang upaya. Habis Chegu Bard sapu.
Dengan bangganya kononnya Chegu Bard yang yakin menang untuk kalahkan Shamsul Ketot (OKU) kerana pada mulanya Si ketot ini kata tak nak bertanding. Chegu Bard ingat dia boleh menang apatah lagi dia gunakan kononnya dia ini anak buah Anwar Ibrahim, ada pertalian darah bau bau jamban. Bard masa itu bangga mengumumkan bahawa dia adalah anak buah Anwar kerana isteri nya adalah anak kakak Anwar , macam itulah , Mana dia tahu entah lah , Tapi Anwar tak pula mahu ngaku Bard ini anak buah dia. sekali pun Anwar tak cakap. Bard saja yang terhegeh hegeh negaku dia anak buah Bard.
Semuanya sudah berlalu, Chegu Bard kalah tersungkur di aniayai oleh Anwar Ibrahim sendiri. Anwar minta ahli AMK sokong Shamsul Iskandar (Sam Ketot) bukan SAMM . Sian Bard terduduk kat belakang tandas awam Rembau bila kalah dengan Sam Ketot. Mana nak letak muka Beb..... sebiji macam sampah masyarakat.
Dalam Keadilan sekarang Bard tidak lebih seperti anjing yang menyalak bukit saja . Minta diberikan perhatian.Orang sudah tidak pandang Si Bard ini. Yang suka nak tonjolkan diri macam hero selalu minta ditangkap polis. Kononnya mahu tunjuk dia berani . malanganya di mata rakyat bukannya jadi berani, rakyat nampak macam bodoh. Inilah Bard sekarang dalam keadilan. Jawatan tidak ada.
Bard malu , bukan tidak malu. sebab macam hebat sangat tapi tak berjawatan dalam Keadilan. Oleh mahu sangat jawatan itulah dia adakan NGO haram SAMM , yang tidak beberapa kerat sangat keahliannya. Dengan Solidariti Anak Muda Meliwat ini (SAMM) Chegu Bard bolehlah jadi pengerusi. jadi Presiden pun boleh.
Bodoh bahalol ini baru baru ini yang kemaruk mahu cari nama dengan menggunakan NGO haramnya SAMM telah membuat laporan polis koninya Rosmah isteri PM beli cicin 2 juta, Kepala hangguk dia , kalau nak cari publisiti pun carilah yang lojik sikit. Lagi pun kalau Rosmah beli Cincin 24 juta ko peduli apa Bard buka ambik duit bapak ko...jauh sekali duit mak ko......
Tapi tak lah macam itu sekali , sehingga nak menguatkan penipuannya siap boleh buat surat khabar utusan tipu lagi , mangkuk mangkuk hayun ni. baca kat sini kalau nak tahu cerita sebenarnya pasal cincin ini. mangkuk hayun si Bard barua ini memang saja nak cari pasal nak kena maki hamun free atau bahasa melayu percuma di pagi minggu ini. Cicin itu dibawa masuk untuk pameran .
DOKUMEN PERTAMA ini adalah bukti bahawa RM24 juta cincin berlian yang DIMILIKI oleh New York berasaskan Yakub & Co telah dibawa masuk ke negara ini untuk pameran peribadi oleh Jacob & Co ejen serantau MALCA- Amit.
Sekarang bahagian yang menarik .....
TIDAK BENAR bahawa cincin RM24 juta yang dimiliki oleh Jacob & Co DIBELI oleh mana-mana daripada VVIP yang turut hadir pada pameran "swasta ' .
RING KINI DENGAN OWNERS yang sah - Jacob & Co di New York - Thank You.
Ia adalah satu pembohongan besar bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor telah membeli cincin itu dengan simpanan beliau sebagai yang dilaungkan oleh sesetengah ahli-ahli politik dan lackeys terdesak mereka .
Kepada masyarakat di Rembau khususnya. bagilah tahu kat orang Rembau tentang penipuan jahat mangkuk ayun ini. Tak payahlah nak sokong mangkuk ayun Bard ini. kerjaya menipu dia dalam dunia politik telah dijatuhkan hukuman oleh Allah SWT. dia sekarang ini dijatuh hukum apabila segala penipuan dia terbongkar.
Jika kita lihat gambar ini kita tentu akan terpengaruh,inilah permaianan terdesak bloggers pembangkang yang mencipta gamabr super impose yang kononnya perhimpunan BERSIH menular di merata dunia.
Saya hanya memilih beberapa keping gambar sahaja untuk di paparkan di sini kerana gambar gamabr yang lain adalah gambar yang sama juga yang melibatkan super impose dari bloggers pembangkang.
Anwar Ibrahim telahg membelanjakkan banyak wang kali ini untuk menggunakan pengaruh media baru bagi meracuni minda rakyat , malangnya ianya gagal kerana segala permainan kotor Anwar dapat dipatahkan oleh bloggers Pro Kerajaan.
Ini dikatakan BERSIH di Mesir.(Gambar org tengah dab banner dicantumkan dengan ganbar orang keliling.
Ini pula di katakan di San Franscisco/ Tulisan SF di tambah
super impose - kononnya dikatakan BERSIH di UK/ tulisan SHAME ON YOU MALAYSIA PM di tambah.
Mereka terdesak dan terus mahu mendesak agar rakyat memperingati kematian Baharuddin ketika perhimpunan BERSIH pada 9hb/7 baru baru ini. Anwar cuba membakar perasaan rakyat dengan memainkan isu ini.Anwar juga telah membuat satu perancangan rapi mengupah penyokong gila mereka melakonkan peristiwa yang mereka rancang ini seolah olah polis yang menyebabkan kematian ini dengan zalim.
CD rakaman ini diedarkan diluar negara untuk memburukkan kerajaan dan diedarkan kepada penyokong mereka, malangnya rakaman ini dapat di kesan oleh bloggers BN dan mendedahlan penipuan Anwar sehingga Anwar menjadi malu.
Hari ini Anwar mengupah pihak lain pula untuk menghidupkan fitnah yang kononnya kematian itu adalah disebabkan kezaliman pihak polis. Mereka gusar kerana kopnspirasi yang mereka mainkan tidak mendapat sambutan apabila rakyat langsung tidak memperdulikan tentang kematian ini yang kononya dilakukan oleh pihak Polis. Rakyat punya alasan tersendiri untuk tidak memperdulikan konspirasi ini. Mungkin rakyat sudah muak dengan isu isu pembohongan Anwar.
Hari ini mereka mengupah kumpulan ini untuk membakar lagi. lihat ini. bukan kami tidak simpati. Tapi kenapa cari penyakit, bukan kah kini dah jadi mati katak. Apa yang keluarga Baharuddin dapat, hanya tidak ketenteraman Arwah apabila isu kematiannya di politikkan dan dijadikan bahan untuk memfitnah Kerajaan. Kesian.Biarlah Allahyarhan kembali dengan ketenangan. Al fatihah...
Untuk pengetahuan Anwar, Rakyat sudah membuat pilihan. BERSIH HANYA DI KUALA LUMPUR . Di tempat lain rakyat langsung tidak peduli kerana mereka sudah ada pilihan untuk mengundi parti yang mana satu.
Anwar kantoi lagi kali ini apabila dia menipu mengatakan bahawa Haji Hadi telah dilayan dengan buruk oleh pihak Polis Di Raja Malaysia ketika Hj Hadi ditahan oleh pihak Polis ketika perhimpunan BERSIH. Berbagai bagai cara penipuan yang telah dibuat oleh Anwar namun ini memberikan "Back Fire" kembali kepada Anwar.
Pengakuan Hj Hadi amat berbeza sekali apabila beliau mengatakan bahawa beliau dilayan baik oleh pihak Polis lihat ini . Sampai bila harus Anwar melakukan penipuan kepada rakyat dan sampai bila rakyat masih ada yang mempercayai Anwar.
Namun Anwar kelihatan gusar sedikit kebelakangan ini apabila penipuannya banyak didedahkan oleh bloggers pro kerajaan . Dalam twitter terbaru Anwar beliau seolah oalh sasau apabila BERSIH boleh di anggap sebagai gagal. Dalam twitternya dia mengatakan bahawa dia sedang minum di Seri Hartamas dengan anaknya Ihsan dan nampak orang pakai baju kuning terus dia kata orang berkenaan menyokong BERSIH. Teruk penyakit Anwar kali ini.
Apabila saya dijemput oleh Puteri UMNO Negeri Sembilan untuk mengisi slot siber oleh unit pilihanraya Puteri UMNO Malaysia saya agak gugup juga kerana tidak pasti apakah yang akan saya persembahkan kepada mereka kerana saya pasti kesemua adik adik puteri ini tentu hebat dan peka IT.
Namun saya melangkah terus menuju ke pejabat perhubungan UMNO Negeri Sembilan dengan satu tekad untuk memberikan sedikit kesedaran kepada adik adik ini betapa mereka ini sebenarnya amat diperlukan oleh parti untuk mengerakkan unit peperangan siber bagi UMNO di negeri masing masing.
Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki saya di pejabat perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan terasa amat kecil lagi bila duduk makan bersama sama dengan penceramah dari BTN. Saya memulakan mukadimah dengan memperkenalkan kepada adik adik berkenaan betapa petingnya ICT dan ICT juga boleh mengubah sesuatu presepsi.
Alhamdulillah dalam masa yang singkat saya dapat "blend" gaya persembahan untuk mendampingi dan cuba memahami kehendak adik adik ini yang sebenarnya haus dengan imput imput politik. Dengan beberapa tayangan Video yang telah saya pilih khusus untuk menjelaskan apakah sebenarnya impak dan bahayanya serangan ICT mereka terus mengikuti satu demi satu apa yang saya persembahkan dengan penuh minat.
Syabas Puteri UMNO Negeri Sembilan. Gambar::: Oleh Mael Pengerang ...
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
The Guidelines Of Texting
-
Texts No Man Should actually deliver To A Woman Texting is actually a vital
part of the this courtship. We figured we’d communicate with some women
about m...
2022 - PERUBAHAN ERA ZAMAN SETIAP 1 ALAF
-
Kita sudah berada 22 tahun dalam alaf 21. Sepanjang alaf 21 ini banyak
peristiwa berlaku tanpa kita sangka. Berlaku banyak perubahan mendadak. Tak
ad...
JAJARAN BAHARU SEBAGAI STRATEGI POLITIK AMPUH ZAHID
-
Manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan. Siapa sangka BN boleh
kalah PRU14 lepas? Siapa sangkat PAS dan UMNO boleh tubuhkan MN? Siapa
sangka PH h...
Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang PH Baharu
-
TAHNIAH kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas perlantikan sebagai Ketua
Pembangkang..
Khabarnya beliau telah mendapat sokongan Tun M, DAP, Amanah dan W...
KISAH ADUN DAP KOMUNIS YANG BOLO!!!
-
Sekali lagi dan untuk sekian kalinya, DAP Melaka memalukan diri sendiri.
ADUN DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong secara melulu dan jelas berniat jahat
melemp...
TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG - 7 MAC 2016
-
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta semua wakil
rakyat supaya berhenti berpolitik untuk kepentingan sempit.
Dalam titah pada ma...
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
-
Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam
pilihan raya umum negara itu pada tahun ini.
Pekerja seks selama 30 tahun itu me...
Pas lah, bukan DAP atau PKR yg teraju PR.
-
FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan
penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan
adalah Pa...
Perhatian ; Pengumuman Penting Blog AAKJ
-
[image: AZMY KELANA JAYA]
Salam kepada sahabat-sahabat dan pembaca setia blog aakj..ini adalah
pengumuman penting buat sahabat semua..maaf kerana terpaksa...
MASIH MAHU BERDIAM???
-
Apa semua ini? Ia berlaku di Singapura. Brader mendesak kerajaan Malaysia
bertegas di dalam hal ini kerana ternyata ia telah mencemarkan imej
Malaysia da...