Polis mengedarkan 14 
keping gambar individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kerana 
membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dalam Himpunan Shamsidar di 
ibu negara pada 12 Januari lalu.
Kesemua individu itu diperlukan sebagai saksi bagi melengkapkan 
siasatan polis mengikut Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan 
Seksyen 21(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, keterangan 14 
saksi itu penting bagi membantu polis melengkapkan siasatan berhubung 
pelanggaran syarat oleh penganjur perhimpunan tersebut.
"Kita minta saksi yang gambar mereka telah kita siarkan agar tampil 
membantu polis. Tindakan membawa kanak-kanak bawah 15 tahun adalah 
menjadi kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta 
Kanak-kanak 2001," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis 
Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
org pandai, otak tak pakai !!!
ReplyDelete