Haji Hadi sudah mula tertekan dan menulis di Harakah mengenai isu Takfir , mengapirkan orang UMNO. Seperti biasalah Hj Hadi macam lidah biawak cuba memutar belitkan kata kata untuk Mempertahankan diri tetapi tidak pula menafikan bahawa dia tidak mengafirkan orang UMNO.
Hadi seperti biasa cuba menyalahkan situasi ketika itu kononnya kerajaan sekular dan hanya mereka saja yang Islam. Hadi nampak kian teredesak dan menyeru ahli PAS agar tidak mempercayai isu ini apabila isu ini benar benar menekan Hj Hadi sehingga merayu untuk bercakap dalam media kerajaan.
Ini petikan sebahagian tulisan Hj
Hadi di Harakah.
Isu
“takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam
UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah
kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun
60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran
barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke
dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi
kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam
al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram,
hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi
dan sebagainya.
Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan
hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana
kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’
dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai
hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya
Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian
umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan
mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama)
yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat
dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya.
Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan
penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu
kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
16 hours ago
No comments:
Post a Comment