Monday, August 22, 2011

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dato' Mohd Adzib Isa - Jangan jadi bodoh !!!!!

Tindakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dato' Mohd Adzib Isa mempertikaikan tindakan JAIS sama ada sudah memaklumkan  dan  mendapat nasihat Istana adalah satu perkara yang bodoh. Tak perlu tanya sebab JAIS tahu apa tanggungjawab mereka. Bukan hak Adzib untuk persoalkan. Apakah Adzib menjalankan tugas di MAIS dengan memaklumka n semua tindakan MAIS kepada Sultan, Tentu MAIS dan JAIS ada garis panduan.

kata  Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dato' Mohd Adzib Isa "Apakah pihak istana sudah dimaklumkan secara terperinci dan mengetahui sejelas-jelasnya apa motif serbuan dibuat ke atas DUMC dan apakah Sultan sudah di nasihatkan mengenai kesan ataupun implikasi yang akan tercetus daripada tindakan Jais ini? Apakah Adzib tak tahu kerja ??? kalau tak tahu dan mahu berpolitik , berhenti saja jadi Pengerusi MAIS jangan dipergunakan agama untuk politik.

Ini bukan masalah sudah maklum atau nasihat, kenapa bodoh sangat Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor ni. Menguat kuasakan hal ehwal agama dan dibawah Sultan  sebagai ketua agama. Pertikaikan JAIS sama lah seperti pertikaikan Sultan. Sebenarnya  Adzib juga dibawah naungan Sultan. jangan lah gunakan  agama untuk kepentingan politik. -The End -

Gara Gara Che Gu Bard kurang ajar akhbar Kopas.com mohon maaf dari PM

PAKATAN HARAM - Tiada maaf bagimu!!!!

Akhbar Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga 

JAKARTA: Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah. 

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.
Pakatan Haram ribut saja lebih, betulnya tak ada langsung!!
Sudah-sudahlah tu mengfitnah di bulan baik ni
Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan mengenai bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia."Atas berita itu, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini. 

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar berkenaan dalam satu laporan bertajuk "PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia", tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto. 

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata, beliau sendiri menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis. 

Semasa pertemuan itu Najib menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu. 

"Saya terperanjat dengan laporan itu. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini. 

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali," kata Najib. 

Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. 

Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini berkata, beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah. 

"Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan). 

"Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa," Najib dipetik sebagai berkata. 

Perdana Menteri juga percaya isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu. 

Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem yang sudah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah. 

"Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat," kata Najib. 

Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri mengenai perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih kerajaan secara adil dan bebas. 

"Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat," Najib menjelaskan. 

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana Menteri berkata, rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak. 

Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat. 

"Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global - hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia. 

"Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat," kata Najib. - BERNAMA 

p/s : Tidak sampai sehari Anuar Juburi melakukan solat hajat menolak fitnah ke atas UMNO/BN, hari ini Allah memberi jawapan kemunafikan PAKATAN HARAM. Alhamdulillah, Ya Allah kami bersyukur dengan rahmatMu. Amin.

Lepas ni kita dengar pula jawapan PAKATAN HARAM, ini tiada lain, semuanya konspirasi UMNO/BN mengupah wartawan KOMPAS.. hihi.. (dah tau jer skripnya..)


Sunday, August 21, 2011

Apakah benar blogger pro UMNO bersedia untuk menghentam Najib ????

Rocky Bru


Blog Malaysia Today hari ini memetik satu artikel dari sebuah blog bernama Uppercaise kononnya blogger popular, Rocky Bru, sedang bersiap sedia untuk menyerang Najib Razak.
 
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/42952-rocky-to-lead-media-onslaught-against-najib

Benar atau tidak dakwaan ini, masa akan menentukan. Blog Uppercaise ini pula memetik sumber dari sebuah blog lain mengenai pelan Rocky Bru ini.
 
http://uppercaise.wordpress.com/2011/08/20/rocky-to-lead-media-onslaught-against-najib/

Blog Cat Out of The Bag menulis kononnya Rocky Bru sudah mula menyiapkan platform untuk menyerang Najib dengan mempertikaikan beberapa keputusan yang Najib lakukan akhir-akhir ini.
 

http://catoutofbag.wordpress.com/

Sebenarnya ramai para blogger pro-Kerajaan turut mempertikaikan tindakan Najib dalam beberapa isu. Ini termasuk blogger Another Brick in the Wall, Big Dog dan Sakmongkol.


Kita mempertikaikan apa rasionalnya Najib membenarkan Tony Fernandes memegang saham di dalam MAS dan tindakan beliau mengenepikan Prasarana dalam mengendalikan projek MRT.


Kenapa Najib membisu dalam isu-isu ini? Seharusnya sebagai Perdana Menteri, beliau lah orang pertama harus ke depan menjelaskan isu-isu ini kepada rakyat.


Sebaliknya Najib mengambil sikap membisukan diri. Apa yang kita lihat, Najib memilih topik untuk bercakap.


Yang dinanti-nanti tidak di komen beliau, yang remeh dijadikan topik utama oleh Najib.


Inilah, rasanya, menyebabkan blogger pro-kerajaan kecewa. Kalaulah benar blogger Rocky Bru sedang menyiapkan diri untuk menyerang Najib, percayalah, Najib tidak akan lama di kerusi Perdana Menteri.


Buktinya, lihatlah apa yang berlaku kepada Abdullah Ahmad Badawi. Najib akan ditimpa nasib yang sama seperti Pak Lah. Itu sudah pasti.


ini adalah petikan daro blog pembangkang Klik sini

Saturday, August 20, 2011

Kita sudah cukup berlembut, Dakwa Azmil Mustapha !!!!


Pelakon yang kini menjadi (pendakyah) bebas, Azmil Mustapha didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem yang diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah kepada hampir 300 jemaah Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini malam tadi.

Azmil, 59, yang dijemput menyampaikan tazkirah untuk selama 15 minit sebelum solat tarawih turut didakwa menggunakan kesempatan tersebut untuk menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong.

Namun dalam ceramah yang berlarutan selama lebih satu jam itu, Azmil juga menghina Yang di-Pertuan Agong serta beberapa sultan lain.

Bilal Masjid An-Nur, Mohd. Sani Nasib berkata, penduduk pada awalnya ternanti-nanti pelakon yang terkenal dengan watak Ali Setan itu untuk menyampaikan tazkirah.

Menurutnya, Azmil bagaimanapun memberikan ceramah berbaur politik dari pukul 9.30 hingga 10.30 malam dan tindakan itu telah mengganggu waktu solat tarawih.

"Semasa Azmil mengutuk dan mengkafirkan kerajaan termasuk sistem yang digunakan, terdapat sebahagian besar jemaah meninggalkan masjid dan ketika itu juga seorang penduduk yang dikenali sebagai Keman, 70-an, bangun menyoal tindakan Azmil.

"Azmil kemudian memalukan Keman dengan mengatakan amal ibadat, zakat dan haji yang dilakukannya tidak akan diterima Allah kerana menyoalnya. Sebagai orang tua, Keman yang enggan bergaduh kemudian meninggalkan masjid," katanya.

Mohd. Sani berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Kampung Baru Subang di sini, pukul 11.30 pagi ini.

Tambahnya, dalam ceramah itu, Azmil turut menjerit dengan mengatakan 'Melayu bodoh' dan 'Melayu tiada telur' beberapa kali kerana menyokong kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sebelum ini penceramah bebas yang hadir pernah menyampaikan ceramah berbaur politik namun tidak sekeras Azmil.

"Kali ini kami tidak tahan lagi dengan penceramah bebas yang hanya mahu bercakap soal politik sedangkan masjid adalah tempat menyatukan orang Islam.

"Sebab itu, laporan polis dibuat supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dan ia mungkin boleh memberikan pengajaran kepada penceramah lain," jelasnya.-umno kuala selangor
Baca sini Taiping Mali

Eksklusif Saiful Bersama TV3

Friday, August 19, 2011

Saat Cemas Tepak Bersulam.

17 hb - Ogos 2011

6 ptg - Adik call mak  kembali tidak stabil - hantar ke klinik , klinik arahkan  hantar ke  General Hospital Seremban, Tunggu perkembangan   emak dari adik adik..

10 ptg - call masih di General Hospital Seremban.

1 pagi - buat x  ray.

3 pagi - TB masih on line,

3.15 pagi - baru naik atas katil dan mahu meluruskan badan , bunyi Handphone - adik call Dr nak transfer mak ke HKL malam ini juga , sebentar lagi akan bertolak dari  GH Sban.

3.30 pagi. Mandi dan terus bersahur bersiap untuk ke  HKL.

4. 00 pagi sampai HKL tunggu di tempat kecemasan.

4.30 pagi - Ambulan sampai di wad kecemasan membawa mak . Terus ke  wad kecemasan.

18 hb.

7.00 pagi - Ke  Wad

9.00 pagi - mak  di bawa untuk Indogram.

1.00 t. hari - siap dan di hantar ke wad.

2.00 t hari. - siap dr jumpa  TB, TB dipaksa buat keputusan, urat besar di dalam otak ibu pecah sikit mengakibatkan ada darah yang keluar, jika tidak di buat pembedahan pada bila bila masa  urat ini boleh membesar dan meletup dan jika ini berlaku adalah terlalu membahaya dan boleh mengaikbatkan kematian. Operation perlu dijalankan seberapa segera, Kebaikannya banyak tetapi risikonya juga ada jika dilakukan pembedahan. tetapi TB tidak ada pilihan atau lihat saja ibu pergi. Pembedahan mungkin simple tetapi takut ada organ yang tidak berfungsi waktu proses pembedahan.

Minta izin dari Doktor berikan 20 minit.

Kumpulkan adik beradik dan menerangkan kepada mereka dan tanya seorang demi seorang, Buat keputusan untuk melakukan  pembedahan.

6. petang - Bawa ke bilik pembedahan.

7 petang -  TB berdoa kepada allah SWT agar dipermudahkan proses pembedahan mak dan pembedahan  bermula.

11- mlm - masih dalam bilik pembedahan,

12.30 mlm - dr keluar dan mengatakan  Pembedahan berjaya.

1.00 - pagi hantar wad ICU.

2.00 pagi balik ke rumah kerana belum tidur dari semalam.

19 hb,

Bersiap nak ke hospital.

9.45 pagi. masih di ICU belum sedar lagi, Dr  bius lagi sebab mak  terasa sakit sangat.


Sahabat sahabat ku - tolong doakan agar mak TB sembuh ,
Terima Kasih.

10.45 baru balik dari Hospital - Alhamdulillah lepas berbuka puas tadi emak dah bagi respons membuka mata apabila kami memanggil , dah boleh gerakkan sedikit tangan kaki dan mulut. tapi masih tidur lagi, Dr kata pembedahan ok , cuma ubat tidur baru dihentikan tengah hari tadi . harap harap by tommorrow ibu akan bangun sepenuhnya. Dr kata not to worry everything is ok. she's ok. Syukur kepada ALLAH swt.

Esok akan ke hospital lagi, selagi emak saya tak bangun sepenuh saya tidak akan berpuas hati. terima kasih kepada sahabat sahabat yang mendoakan.

Tuesday, August 16, 2011

ADUN BERZINAH


ANWAR TAKUT HADAPI SAIFUL HANYA SEORANG PEMBANCUH KOPI

Sebenarnya bila bercerita pasal kes liwat Anwar Ibrahim , saya telah lama melupakan isu ini. Bagi saya Anwar dan Karpal Singh berjaya mempersendakan mahkamah Malaysia yang saya sendiri tidak tahu  bagaimana mahu memberikan komen kerana kurang arif mengenai prosidure mahkamah ini. Apa yang saya tahu kini adalah Anwar berjaya membuat  rakyat kurang minat untuk mengikut perbicaraan yang sudah berlangsung selama 3 tahun ini dengan setiap kali bermula saja perbicaraan akan berkesudahan dengan penangguhan. Tanguh punya tangguh entah berapa ratus kali tangguh sehingga hancur lunyai dan tidak tahu mana hujung dan mana pangkalnya  kes ini.

Bila difikirkan kembali seolah olah Anwar begitu takut untuk menghabiskan perbicaraan ini dan  Anwar sentiasa mahu mencari helah bagaimana mahu menangguhkan perbicaraan ini dan mengharapkan ianya berlanjutan sehingga ke pilihanraya umum. seandainya pembangkang dapat menawan Malaysia dia akan selamat dan sekiranya gagal tentu Anwar mahukan  penyokongnya membuat rusuhan dan kacau bilau sehingga terganggu lagi perbicaraan ini. InsyaAllah ianya akan selesai juga dan jika diizinkan Allah tidak lama lagi kita akan pasti melihat Anwar akan kembali menghuni Sungai Buluh, Anwar tidak sekebal mana pun,

Terbaru Anwar akan menyambung  kes nya pada 22 Ogos untuk memulakan perbicaraan tidak kira  pihak Anwar bersedia atau tidak.Anwar telah berjaya mengheret  Perdana Menteri dan Isteri serta lain lain saksi untuk di temubual. yang hairan Anwar engan pula memanggil 15 saksi  yang merupakan kawan baik Anwar dahulu  yang  dengan sukarelanya  menawarkan diri untuk menjadi saksi, Kenapa anwar takut untuk memanggil mereka untuk menjadi saksi ? 

Apa apa pun kita tunggu dan lihat rentak tari Anwar dengan penuh sabar dan kita lihat juga sejauh mana Karpal Singh  berjaya menangguhkan kes liwat Anwar ini. Anwar takut untuk menghadapi Saiful walaupun Saiful hanya lah seorang pembancuh kopi.Sehebat hebat  Anwar satu hari akan jatuh juga , satu hari Anwar akan melutut juga ke bumi.percayalah kerana jika Allah mengizinkan dia menjadi Perdana Menteri , sudah lama dia telah menjadi Perdana Menteri kerana dia pernah menghampiri ke kerusi berkenaan. namun Allah  SWT tidak mengizinkan dia menjadi pemimpin tanah air kerana Allah SWT lebih mengetahui.

Monday, August 15, 2011

Kenapa baru sekarang Nik Aziz baru sedar

Gambar hiasan, Nik Aziz juga kaki kelentong, skrg dia kelentong Anwar Ibrahim, tak tahu Anwar dah kelentong dia awal awal lagi.
Kenapa baru sekarang Nik Aziz bersetuju dengan larangan Lim Guan Eng terhadap bacaan Al Quran sebelum subuh menggunakan  pembesar suara, kenapa  berpuluh puluh tahun Nik Aziz  sendiri tidak boleh mengeluarkan satu pandangan  seperti apa yang dikeluarkan oleh LGE ini.Seharusnya dahulu lagi Nik Aziz perlu membuat larangan membaca Al Quran menggunakan pembesar suara. baca ini

Thursday, August 11, 2011

Kalau Hishamuddin tak baca internet , Pegawai khas beliau Tun Faisal buat apa?

Tidak faham apabila  Hishamuddin Tun Hussein tidak tahu perkembangan media baru sedangkan pegawai khasnya Tun Faisal adalah Pengerusi unit media baru.

laporan  : kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Selasa bahawa pembangkang menggunakan media baru untuk menghasut rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang demi keuntungan politik mereka walaupun pada hakikatnya berita yang dipaparkan tidak benar.

Hishammuddin berkata kerajaan juga sukar menerangkan keadaan sebenar mengenai perhimpunan haram 9 Julai lepas walaupun pelbagai saluran media sedia ada digunakan berikutan meluasnya penggunaan media baru oleh pembangkang.

mengikut laporan : GAP Unit media baru UMNO yang menguasai Media baru baca di sini.

Wednesday, August 10, 2011

Jom kita bantu Norma Talib di bulan yang mulia ini.



sila layari lamann ini : http://miera301.blogspot.com/

Anwar Ibrahim penipu - 3 LOKASI ANWAR BERADA DI TIGA TEMPAT BERBEZA DARI ANWAR DAN ISTERI DAN NURUL IZZAH

lIHATLAH PERCANGGAHAN YANG BERLAKU DALAM KENYATAAN ANWAR IBRAHIM DAN KELUARGA.
Wan Azizah dah gabra, Nurul mencelah mengatakan ayahnya bersama dengan dia sewaktu kejadian liwat.Lihat Video. CCTV menunjukkan Anwar berada di tempat kejadian , Anwar berkata dia sedang bermesyuarat yang akan menjadi alibi dalam perbicaraan Anwar Ibrahim.





Sah Aspan Alias anjing DAPig yang akan menghasut orang Melayu Negeri Sembilan

Ramai juga rakan rakan bloggers yang tertanya tanya dan merasa hairan melihat akan perubahan Aspan Alias yang telah banyak perubahan dirinya  dan artikel artikel tulisan beliau banyak mirip menyokong parti pembangkang.

Ramai juga yang mengatakan bahawa Aspan akan bertanding di Negeri Sembilan berganding dengan Cik Gu Bard dan seorang pegawai tentera bersara atas tiket DAP Melayu untuk tujuan menawan Negeri Sembilan.Ramai juga yang tidak percaya kerana Aspan mengaku dia adalah "Hard Core UMNO".

Aspan Alias juga punya  keluarga yang merupakan  orang kuat pemuda UMNO Negeri Sembilan dan beliau juga adalah dari keluarga UMNO. namun pertemuan demi pertemuan Aspan dan  juga Anthony loke membuat ramai orang yang syak wasangka bahawa Aspan Alias akan menyertai DAP.

Ramai orang tahu Aspan tidak bertuan dan beliau dahulu yang merupakan penyokong kuat Ku Li tetapi sekarang sudah tidak lagi diindahkan oleh Ku Li. itulah sebab nya Aspan mencari tuan lain.  kini Aspan bertuan kan DAPig.Aspan akan menjadi jentera penghasut DAPig kepada orang orang Melayu Negeri  Sembilan.

Aspan sudah pun memulakan pekerjaannya sebagai jentera  dan lidah pengarang DAPig satu pekerjaan yang  paling hina bagi seorang bloggers yang mahu mengadaikan  tanah air nya kepada  DAPig. inilah sebenar Aspan alias dan inilah buktinnya,  baca ini

http://politiknegerisembilan.blogspot.com


Dr Asri jangan guna lojik akal -Mempertikaikan JAIS sama seperti mempertikaikaj DYMM YDP Agung sebagai ketua kerajaan

Dr Asri mengulas kejadian 3 Ogos lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.

katanya “Bukan hendak mempertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?Kata   Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. , beliau mengulas Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu dengan alasan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut Dr Asri sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS.Ini bermakna  tidak lagi perlu ada JAIS, JAWI , MAINS dll lagi kerana sebagai agama hujah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah

Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula, katanya lagi  Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepatutnya, berlaku keadaan di mana orang lain terpengaruh dengan Islam dan bukannya umat Islam di negara ini pula yang dipengaruhi oleh hujah pihak lain.

Mungkin Dr Asri lupa bahawa kita juga perlu melindungi agama kita, sebagai negara Islam dan kita punya hak untuk melindungi umat kita dari sesat dan murtad , sebaik baiknya kita mengambil tindakan yang wajar dan bukan hanya membiarkan dan melihat sahaja mereka menuju jalan kesesatan.

Apa yang dikatakan oleh Dr Asri jelas beliau tidak cuba menghalang untuk memberi kaunseling kepada mereka yang mahu dimurtadkan oleh mana mana gereja kerana mempercayai bahawa Islam itu agama hujah. Tidak salah kita memberikan mereka peringatan.

Yang hairannya  selama ini PAS yang selalu terjerit jerit tentang isu Murtad boleh berdiam diri sehingga sekarang  enggan mencampuri isu ini kerana takut tidak mendapat undi dan sokongan dari PKR dan DAPig. PAS juga seharus nya membubarkan undang undang Islam dan jangan dikuat kuasakan undang undang berkenaan jika memegang kepada hujah Islam agama hujah.

Itulah sebabnya PAS kini tidak lagi menekan pasal Hudud, sebabnya terpulang lah kepada umat Islam itu menentukan yang baik dan buruk sendiri.Tidak perlu ada pengekuatkuasaan undang undang agama. Mempertikaikan tindakan JAIS sama lah tidak menghormati DYMM YDP Agung sebagai ketua agama di negara kita.

JAIS PUNYA ASAS UNTUK SERBU - PAS DAH MALU CUBA KALIH ISU - PAS JANGAN POLITIKKAN AGAMA.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pertemuan dengan JAIS dicadangkan pada 15 Ogos (Isnin) dan DUMC pula pada 16 Ogos (Selasa).

Kerajaan Pakatan Rakyat seolah olah tidak langsung menaruh kepercayaan dengan tugasan yang telah diamanahkan kepada JAIS, Apakah JAIS yang telah menjalankan tugas sekian lama tidak dipercayai oleh kerajaan Pakatan Rakyat hanya kerana mereka mungkin mengoreskan hati kaum lain.

PAS seharusnya lebih peka dengan isu akidah dan perlu memberikan kepercayaan kepada JAIS untuk melaksanakan tugas tanpa tekanan.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS  Nasrudin berkata pihaknya tidak jadi mengadakan pertemuan dengan JAIS dan hanya berkunjung ke pejabat Dr Hasan hari ini.

Menurut Nasrudin, pihaknya beranggapan pertemuan itu belum sesuai diadakan pada masa ini.

Bagaimanapun, menurutnya, hasil pertemuan dengan Dr Hasan dan ditunjukkan beberapa bukti berkaitan, beliau yakin serbuan JAIS ke atas premis gereja itu mempunya asas.

Selain 'bukti' berupa dokumen memuatkan 12 soalan kuiz berhubung Islam yang didakwa mengelirukan, Nasrudin mendakwa dalam jadual program itu terdapat acara thanksgiving (majlis kesyukuran) "mengikut agama mereka (Kristian)" dijalankan.

Sementara itu PAS kini sedar tindakan yang mereka lakukan telah mengundang kemarahan seluruh umat Islam di Malaysia dan kini cuba kalih isu dengan memiankan kononnya PR boleh merebut 100 kerusi Parlimen yang mana PAS mungkin lupa 100 kerusi Parlimen belum boleh memrintah Malaysia. 

Rakyat tak berapa minat dengan isu  PR boleh menang 100 kerusi sebab isu yang besar ini PAS perlu tangani sertai perlu membenarkan JAIS melaksanakan tugas mereka dengan bebas tanpa campurtangan politik.

Monday, August 8, 2011

NGO Islam kecewa dengan MB Selangor



Setelah memeriksa semua perkara dengan JAIS, gabungan 45 NGO Islam Selangor begitu kecewa dengan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang 'apologetik' dan tidak mempertahankan Jais dalam isu pemeriksaan ke atas gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu...

"Kami telah memeriksa perkara ini dengan Jais, selama beberapa hari dan membuat kesimpulan bahawa tindakan Jais semata-mata untuk mempertahankan syiar Islam," menurut jurucakap gabungan NGO tersebut, Dr Dzulkhairi Husain dalam satu sidang media di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam.

"Kami minta kerajaan negeri Selangor tidak bertindak luar dari bidang kuasanya.

"MB seharusnya tidak berkompromi dengan status dan hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan MB tidak perlu berasa apologetik dan memohon maaf kepada penganut agama lain berkaitan isu ini, lebih-lebih lagi sebelum hasil kajian disempurnakan," tambahnya lagi.

Gabungan 45 NGO Islam Selangor hari ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu.

Sumber: Agenda Daily.

Sunday, August 7, 2011

Pemimpin Melayu perlu bersatu dalam isu akidah

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pemimpin Melayu sepatutnya bersatu dalam isu akidah, bukannya melatah sehingga menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam isu pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, jika benar tindakan itu dibuat demi menyelamatkan akidah orang Islam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, contoh yang ditunjukkan segelintir pemimpin Melayu dalam isu tersebut adalah tidak betul kerana tegasnya, selaku Muslim adalah wajib memelihara dan mempertahan akidah umat Islam yang lain.

Menurutnya, walau apa sekalipun pendirian politik setiap pemimpin berkenaan, mereka perlu meletakkan kepentingan Islam melebihi segalanya dalam isu berkenaan, kerana tindakan JAIS itu berhubung kait dengan dakwaan berlakunya penyebaran agama Kristian kepada orang Islam.

"Kalau benar dakwaan itu (penyebaran agama Kristian) wujud, kita (Pemuda Pas) memandang berat perkara ini kerana selain menyalahi Perlembagaan Persekutuan, ia membabitkan soal akidah. Jadi wajib ke atas semua Muslim termasuk JAIS untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

"Kita kena letak agama di depan. Islam kena melebihi segala kepentingan lain dan adalah tidak betul kalau pemimpin (Islam) tertentu terlalu cepat melatah dalam perkara ini. Sepatutnya kita bersatu dalam soal agama," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Nik Abduh membuat kenyataan tegas itu ketika sebahagian besar pemimpin Pas lain dilihat ragu-ragu untuk mempertahankan tindakan JAIS atau berdiri di belakang Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, sebaliknya ada antara mereka secara terbuka mempertikai tindakan jabatan berkenaan.

Meskipun anak kepada Mursyidul Am Pas itu tidak menyatakan secara tepat siapa pemimpin politik yang dimaksudkan, tetapi ia dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad.

Ini kerana, Menteri Besar Selangor itu kesal dengan tindakan JAIS dan memberitahu, niat serta tujuan baik jabatan itu tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan, manakala Khalid pula berkata, JAIS perlu ada 'kawalan diri'.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, walaupun umat Islam merupakan majoriti di negara ini tetapi ia tidak memberi apa-apa kelebihan, jika pemimpin Melayu tidak bersatu dalam hal yang sepatutnya mereka bersatu, terutamanya isu membabitkan agama.

Dalam pada itu, beliau menambah sudah tiba masanya untuk kerajaan memperkasakan undang-undang sedia ada dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan agar tiada ruang untuk mana-mana pihak mencabar kesucian agama Islam di mahkamah sivil.

"Cara terbaik pinda atau perkasakan undang-undang sedia ada bagi menyelamatkan akidah. Memang Islam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi banyak ruang untuk bukan Islam mencabar kesucian agama kita dan dalam beberapa kes mereka menang," katanya.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, contoh yang ditunjukkan segelintir pemimpin Melayu dalam isu tersebut adalah tidak betul kerana tegasnya, selaku Muslim adalah wajib memelihara dan mempertahan akidah umat Islam yang lain.
Menurutnya, walau apa sekalipun pendirian politik setiap pemimpin berkenaan, mereka perlu meletakkan kepentingan Islam melebihi segalanya dalam isu berkenaan, kerana tindakan JAIS itu berhubung kait dengan dakwaan berlakunya penyebaran agama Kristian kepada orang Islam.
"Kalau benar dakwaan itu (penyebaran agama Kristian) wujud, kita (Pemuda Pas) memandang berat perkara ini kerana selain menyalahi Perlembagaan Persekutuan, ia membabitkan soal 

"Kita kena letak agama di depan. Islam kena melebihi segala kepentingan lain dan adalah tidak betul kalau pemimpin (Islam) tertentu terlalu cepat melatah dalam perkara ini. Sepatutnya kita bersatu dalam soal agama," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Nik Abduh membuat kenyataan tegas itu ketika sebahagian besar pemimpin Pas lain dilihat ragu-ragu untuk mempertahankan tindakan JAIS atau berdiri di belakang Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, sebaliknya ada antara mereka secara terbuka mempertikai tindakan jabatan berkenaan.

Meskipun anak kepada Mursyidul Am Pas itu tidak menyatakan secara tepat siapa pemimpin politik yang dimaksudkan, tetapi ia dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad.

Ini kerana, Menteri Besar Selangor itu kesal dengan tindakan JAIS dan memberitahu, niat serta tujuan baik jabatan itu tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan, manakala Khalid pula berkata, JAIS perlu ada 'kawalan diri'.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, walaupun umat Islam merupakan majoriti di negara ini tetapi ia tidak memberi apa-apa kelebihan, jika pemimpin Melayu tidak bersatu dalam hal yang sepatutnya mereka bersatu, terutamanya isu membabitkan agama.

Dalam pada itu, beliau menambah sudah tiba masanya untuk kerajaan memperkasakan undang-undang sedia ada dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan agar tiada ruang untuk mana-mana pihak mencabar kesucian agama Islam di mahkamah sivil.

"Cara terbaik pinda atau perkasakan undang-undang sedia ada bagi menyelamatkan akidah. Memang Islam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi banyak ruang untuk bukan Islam mencabar kesucian agama kita dan dalam beberapa kes mereka menang," katanya.

Thursday, August 4, 2011

World Football - Former Japan defender Matsuda dies at 34

Former Japan defender Naoki Matsuda died in hospital on Thursday, two days after collapsing during training from a suspected heart attack. He was 34.
World Football - Former Japan defender dies
Matsuda, who won 40 caps for Japan and represented his country at the 2002 World Cup, had been put on an artificial respirator after arriving at hospital unconscious on Tuesday.

Hiroshi Otsuki, the president of his JFL side Matsumoto Yamaga, told Japanese media the club had been informed Matsuda had lost his fight by the player's family. 

"It's terrible to see someone die at such a young age," former Japan coach Philippe Troussier, who gave Matsuda his international debut, told Reuters. 

"It's a big shock. He was a great guy and I felt a close bond to him. My thoughts go to his family. 

"He was a reliable and strong player and key for Japan's World Cup side in 2002," added the Frenchman, who led the Blue Samurai to the last 16 as co-hosts. 

"It's bad news for Japanese football. We'd all hoped of course he would pull through. To see someone taken away doing something they love, so suddenly, at 34 is tragic. It's awful news." 

Medical personnel had rushed to Matsuda's aid early on Tuesday after he collapsed with suspected heatstroke. Yamaga later said the player had gone into cardio-respiratory arrest. 

Record temperatures across Japan have caused a rise in heatstroke cases with 43 deaths in the two months through the end of July, according to Kyodo news agency. 

Matsuda made 385 appearances for Yokohama F-Marinos, helping them win back-to-back J.League titles in 2003 and 2004.
 
Reuters

Lantik Ku Li Ganti Anwar… Satu Lagi Penghinaan Buat Hadi, Pas

 Usaha pembangkang ‘memikat’ Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang jelas menunjukkan satu penghinaan kepada kepimpinan utama mereka sendiri khususnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Exco Pemuda UMNO,  Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata bukankah Hadi merupakan seorang pemimpin yang diwar-warkan sebagai salah seorang pemimpin Islam hebat dan berkarisma oleh penyokonng beliau di seluruh ceruk di rantau ini hinggakan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang sukar dicari ganti.

Menurut beliau dengan timbulnya desas-desus berkenaan, pelbagai persoalan timbul di fikiran rakyat apakah mereka ketandusan pemimpin yang benar-benar mampu menggalas tanggungjawab sebagai “leader” di kalangan mereka hingga terpaksa memancing daripada luar  pembangkang sendiri.

“Apakah Hadi tidak ada kredibiliti….Jawatan beliau adalah Presiden dan pemimpin yang mempunyai ramai jentera dan penyokong di seluruh negara berbanding dengan rakan sekutu mereka yang lain. Sepatutnya dalam soal ini, mereka perlu mengangkat Hadi sebagai penganti kepada Anwar dan bukannya memancing mana-mana individu lain.

“Ini bagi saya adalah satu penghinaan dan Pas perlu keluar daripada pembangkang seandainya mereka sebuah parti yang bermaruah dan ada harga diri. Maruah Presiden perlu dijaga. ….mana nak letak muka Hadi Awang..Seolah-olah beliau tidak layak untuk memimpin. Apakah ini yang dikatakan setia dalam persahabatan?,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed bahawa Ku Li dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Menurut Zahrain, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan menemui Tengku Razaleigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.

Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya berkata apakah sememangnya wujud ketidakpercayaan antara satu sama lain hingga menyebabkan individu luar dicari sebagai pengganti kepada Anwar.

“Jika benar dakwaan sedemikian, satu persoalan yang mungkin akan timbul ialah apakah DAP tidak mepercayai Pas, Pas pula tidak mempercayai PKR dan begitulah sebaliknya. Mungkin atas faktor itu, mereka terpaksa mencari individul daripada luar kepompong mereka untuk menjadi Ketua Pembangkang.

“Maknanya situasi menang-menang…..Macam mana nak perintah satu negara jika jawatan Ketua Pembangkang pun bermasalah untuk mengenengahkan calon yang benar-benar berwibawa.Justeru kepada rakyat khususnya penyokong “totok” Pas, lihatlah dengan jelas permainan politik pembangkang.Tepuk dada tanya hati,” katanya. -MediaUMNO

NIK AZIZ TIDAK DI HORMATI DALAM PAKATAN RAKYAT _ WHO ARE YOU ?????

Dalam diam diam rupa rupanya Nik Aziz  ada simpan perasaan yang tidak percaya dengan Anwar Ibrahim dan mahu menukar kepimpinan  tertinggi Pakatan Rakyat. Rupa rupanya Nik Aziz  melamar Tengku Razaleigh. Kenapa NIk Aziz tidak mahu jadi ketua pembangkang, kenapa terpaksa memberikan laluan kepada Tengku Razaleigh.

Apa kena dengan Anwar sehingga terpaksa menukar Anwar. Mungkinkah Nik Aziz sudah nampak belang sebenar Anwar dan mungkin juga Nik Aziz tahu bahawa beliau sendiri tidak layak sebab ramai orang tidak yakin akan kepimpinan   beliau sebagai ulamak.

Eloklah  Nik Aziz   dedahkan  intipati perundingan  awal beliau dengan  Tengku Razaleigh  dan tenguk pula pandangan ahli PR yang lain dan bagaimana pula dengan  respons  DAP. Dengar  khabar Karpal Singh adalah orang yang pertama dalam DAP yang sudah melenting tanda tidak setuju.

Siapa Nik Aziz ? Siapa PAS dalam pakatan. Nik Aziz  mungkin lupa mereka sebenarnya hanya lah melukut ditepi gantang dalam Pakatan Rakyat. Suara mereka tidak didengar dan suara mereka tidak pula penting dalam membuat sesuatu keputusan dalam Pakatan Rakyat. Mereka hanya sebuah parti yang tidak malu yang gilakan kuasa. Nik Aziz pula buka dihormati dalam Pakatan Rakyat.

Jika  idea ini datangnya dari Nik Aziz elok lupakan saja lah untuk membawa Ku Li untuk mengetuai PR. Ku Li pula jangan lah perasan , awak masih dalam UMNO. Tak payah lah  nak berlagak macam ketua pembangkang kebelakangan ini.

Tuesday, August 2, 2011

Jawapan PAS mudah saja - itu hak orang bukan Islam !!!!!

Pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di Kedah merupakan satu perkara mengejutkan bagi sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan yang melaungkan slogan untuk melaksanakan pentadbiran Islam seperti Pas.
 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, pengakuan terbuka oleh Exco Kesihatan negeri itu, Dr. Ismail Salleh bahawa pusat-pusat hiburan tersebut beroperasi secara haram hanya melambangkan kelemahan Pas walaupun sudah tiga tahun berkuasa di Kedah.

"Walaupun kerajaan negeri mengatakan pusat hiburan itu tidak berlesen, namun ia bukanlah bermaksud mereka boleh lepas tangan.

"Ke manakah hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah Pas sehingga sesiapa sahaja bebas untuk jalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?" katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, apa yang menimbulkan persoalan ialah kegagalan Pas Kedah di bawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak membendung pertumbuhan pusat hiburan sehingga mereka dilihat seperti tidak berbuat apa-apa untuk mengekang kegiatan itu.

"Pertambahan mendadak pusat hiburan dan rumah urut di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan beberapa bandar lain di negeri itu adalah sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan dengan slogan murni seperti Kedah Sejahtera seperti yang dilaungkan oleh Pas," katanya.

Menurut Mukhriz, kegagalan pemimpin negeri itu menangani isu tersebut dengan berkesan juga dapat dilihat apabila Kerajaan Pas Kedah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan untuk beroperasi sepanjang Ramadan.

"Pendirian mereka tidak teguh. Awalnya mereka melarang tetapi kemudian diketepikan setelah mendapat tekanan DAP yang turut disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka (Pas Kedah) mudah mengubah keputusan.

"Jadi, bagaimanakah pemimpin Pas mahu memastikan pusat-pusat hiburan (haram) berkenaan tidak dikunjungi oleh umat Islam termasuk pada bulan puasa?" katanya.

Menurut Mukhriz, rakyat Kedah juga tertanya-tanya adakah Kerajaan Pas Kedah takut dengan tekanan DAP dan juga ugutan para pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP.

Nota: Selangor juga kini penuh dengan syurga sementara dan lurah lurah maksiat : Jawapan PAS mudah saja, siapa suruh pergi itu tempat orang bukan Islam.

Monday, August 1, 2011

Anwar berang hasrat Pas?


KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali, bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu diambil kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dikatakan berang dengan tindakan 'tikam belakang' yang dilakukan oleh barisan pucuk pimpinan Pas, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan dalam pembangkang.

Menurut Anuar, maklumat terbaru itu disampaikan sendiri oleh orang dalam PKR kepadanya dan ia selari dengan pendedahan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim semalam, bahawa Anwar kini berang serta tersinggung dengan tindakan Pas.

"Saya dapat maklumat bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan Pas yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat.

"Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan 'tikam belakang'. Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan Pas dengan Tengku Razaleigh terbongkar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.
Semalam, Zamil mendakwa dia menerima maklumat daripada pemimpin PKR Selangor yang memberitahu Anwar terkejut, kecil hati serta marah dengan tindakan beberapa pemimpin Pas sehingga Ketua Pembangkang itu mengarahkan orang kepercayaannya untuk menjejaki individu bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, Pas berhasrat untuk membawa masuk Tengku Razaleigh ke dalam pakatan kerana mahu mengimbangi semula kekuatan serta pengaruh DAP dan PKR, yang dilihat jauh lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju pembangkang berbanding parti itu.

"Pas sedar mereka berada paling bawah dalam hierarki pakatan pembangkang dan ia diburukkan lagi dengan tindakan Anwar yang lebih memberi muka kepada DAP. Jadi, jika Anwar terpaksa meringkuk dalam penjara inilah peluang terbaik bagi Pas untuk kembali menerajui pembangkang melalui Tengku Razaleigh," katanya.

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts