Anwar Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak langsung ada rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin PAS.
"Hadi Awang tidak tahu 
apa-apa!, Nik Aziz hanya ikut apa yang dilakukan PAS," adalah antara 
perkara yang dikatakan oleh Anwar dalam ucapan beliau kepada 1,500 
penyokong PKR ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Putera 
Ballroom Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Februari lalu.
Isu yang disentuh 
diperkatakan oleh Anwar adalah tentang isu Kalimah Allah. Video tersebut
 kini sudah mula tersebar di blog-blog, Facebook dan juga YouTube.
PKR kini berada dalam 
keadaan terdesak untuk meraih undi dari rakyat Sabah. Sehingga kini, PKR
 tidak yakin bahawa mereka akan menang lebih daripada 3 kerusi di Sabah,
 walaupun mereka percaya bahawa mereka akan meraih 13 daripada 25 kerusi
 Parlimen.
Dengan hanya RM35 juta 
yang boleh dibelanjakan untuk meraih undi di 7 kerusi seperti Penampang,
 Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu, Putatan, Libaran dan kemungkinan besar
 di Tawau, Anwar perlu bekerja keras untuk PKR.
Memandangkan majoriti 
penduduk Sabah adalah penganut agama Kristian, isu kalimah Allah 
dikatakan sebagai isu yang boleh membantu Anwar untuk menunjukkan bahawa
 beliau bersifat terbuka terhadap agama Kristian. Namun, ini boleh 
mendatangkan masalah kepada Anwar apabila PAS sering mengkritik 
perbuatan beliau.
Jadi, Anwar sedar bahawa 
beliau perlu menolak PAS ke belakang, memastikan bahawa penduduk Sabah 
percaya bahawa PAS tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Pakatan 
Rakyat. Anwar perlu meyakinkan penduduk Sabah bahawa Nik Aziz dan Hadi 
Awang hanyalah simbol semata-mata dan mereka tidak tahu apa-apa tentang 
kalimah Allah.
Kami setuju dengan Anwar 
bahawa Hadi dan Nik Aziz tidak tahu akan Islam dan hampir segalanya. 
Bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau adalah lebih 'Islam' berbanding 
kedua-dua pemimpin PAS tersebut adalah 'lawak'.
Jika Nik Aziz dan Hadi 
Awang benar-benar tahu tentang Islam, mereka tidak akan bermain politik -
 memecah-belah umat Islam dan membantu musuh-musuh Islam. dan jika Anwar
 adalah lebih baik berbanding mereka, Anwar tidak akan mengadakan 
hubungan sulit sesuka hati beliau.
Apa yang penting, Anwar 
tidak akan mengakui bahawa Wolfowitz, salah seorang individu yang 
memecah-belahkan umat Islam, sebagai sahabat baik beliau.
Persoalannya di sini, 
apakah agaknya reaksi Hadi Awang dan Nik Aziz terhadap perkara ini? 
Mungkin mereka akan menidakkan video ini dan berkata bahawa video ini 
telah di-edit.
Selain itu, terdapat juga kemungkinan di mana penyokong-penyokong akan mempertahankan Anwar dan menuduh UMNO.
Dari situ, Anwar percaya 
bahawa beliau boleh berkata apa sahaja terhadap pemimpin-pemimpin PAS, 
kerana beliau percaya bahawa,"Pemimpin-pemimpin PAS tidak guna, dan jika
 anda berada dalam Pakatan Rakyat, anda boleh katakan apa sahaja tentang
 mereka, termasuklah yang yang berkaitan dengan Islam, mereka tidak 
kisah.
Pemimpin-pemimpin PAS 
tidak kisah jika mereka dilayan seperti sampah, mereka tidak akan 
melawan, kerana mereka tidak tahu apa-apa dan tidak ada nilai!"
Jika Anwar salah, mengapa kita masih tidak menerima sebarang respon dari Tok Guru dan Tuan Guru..?
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tunggu apa lagi ??? Jom keluarrrrr ramai2 dari Pas...Selamat tinggal Pas...bye bye PR !
ReplyDelete< Ex Pas Pmtg Pauh>