PENGAKUAN SUAMI BEKAS TUNANG FIZZ FAIRUZ
Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an. Bekas tunang fizz fairus pernah bernikah di Thailand.
Itu
 permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz 
selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor 
terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan 
pelakon itu, 10 Februari lalu.
Muka depan 
Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan 
seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin 
sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.
Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.
Ramli berkata, 
punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang 
diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa 
tahun lalu.
“Wanita itu 
isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa 
memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri 
kedua).
“Namun
 tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada 
Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah 
berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan 
segala-galanya.
Sumber 
memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan 
perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.
 
Menurut Ramli, 
walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas 
bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.
 
“Biarpun sibuk,
 saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta 
kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali 
dalam sebulan.
 
Menceritakan 
percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon 
bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk 
keluar bersama.
 
“Saya tidak 
meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan 
mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah 
majlis pertunangan diatur,” katanya.
 
Kata Ramli, 
keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana 
isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.
Menurutnya, Bekas tunang fizz  fairuz wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment