Semalam rancangan Bual Bicara di TV3. Rancangan yang diacarakan oleh Dato Ahmad Talib itu telah menjemput Nasharuddin Mat Isa.
 
 Antara point-point menarik yang diutarakan Ustaz Nasha..
 
 Ustaz Nasha nampaknya konfius sama ada dia masih ahli PAS atau tidak 
sebab Nik Aziz kata dia automatik tak jadi ahli, manakala Presiden, Hj 
Hadi kata dia ahli biasa
 
 Ustaz Nasha mengKOMFEMkan bahawa 
kenyataan yang dibuat Hj Hadi tentang kalimah Allah bersama Anwar dan 
Lim Kit Siang memang berbeza dengan apa yang diputuskan kemudian oleh 
Majlis Syura
 
 Ustaz Nasha tak pernah dijemput untuk masuk UMNO oleh PM.
 
 Ustaz Nasha pernah mewakili Speaker Parlimen di Persidangan Speaker 
Parlimen di Syria pada 2 tahun lepas - menunjukkan keterbukaan Kerajaan 
Barisan Nasional dalam perjuangan satu-satu isu terutamanya agama Islam
 
 Ustaz Nasha juga nampak usaha yang dilakukan ketika lawatan ke Mekah 
bersama ulama-ulama disana adalah satu usaha yang besar...malah lebih 
besar dari percanggahan politik UMNO dan PAS.
 
 Ustaz Nasha akui 
yang usaha beberapa pihak untuk membenarkan kafir menggunakan kalimah 
Allah adalah satu agenda jahat untuk menjahanamkan akidah umat 
Islam...dia memberi contoh yang agak baik: sepertimana yang diutarakan 
oleh pemimpin Pakatan yang perkataan Allah digunakan oleh non-muslim di 
Arab..tetapi Ustaz Nasha menjelaskan..perkataan ustaz digunakan oleh 
Pak-pak Arab untuk panggil orang-orang yang dihormati seperti Prof.. 
pemimpin, tokoh-tokoh dan sebagainya..berbeza dengan di Malaysia yang 
ustaz hanya khas untuk gelaran orang-orang yang ahli dalam agama Islam..
 
 Di dalam facebook..ramai juga geng-geng Pakatan meroyan tak tentu 
arah...ada yang mengatakan Ustaz Nasha menjual agama lah dan macam-macam
 lagi..sedangkan PAS sendiri dah jual agama dengan benarkan kafirun 
pakai kalimah Allah...
 
Syabas Ustad Nasha. Semuga selalu berada didalam rahmat Allah. Ikhlas berjuang menegakkan agama ajaran Islam kerana Allah, menjadikan diri anda ditakuti olih orang-orang munafik. Usah perdulikan apa mereka kata...teruskan perjuangan kerana Allah.
ReplyDelete