AKU BANYAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN CINTA ANAK SAHABAT KU INI ND LALA ATAU  AKU HANYA PANGGIL ANDY SAHABAT KU SEWAKTU ZAMAN BUJANGNYA ANDY LALA DAN KETIKA ITU DIA SEDANG TOP DENGAN DRAMA DRAMA DI RTM DAN TV3.
BELUM KAHWIN LAGI SUDAH KURANG AJAR,  APATAH LAGI BILA DAH KAHWIN NANTI LAGI LAH DISEKATNYA ANAK KAMU DARI BALIK RUMAH KAMU.  JODOH DO TANGAN TUHAN BANYAK LAGI LELKAI YANG MAHU KAN  SHILA TU.......... BACA LAPORAN SEBUAH LAMAN WEB :
KUALA
 LUMPUR – Bapa kepada penyanyi terkenal Shila Amzah menegaskan yang 
beliau hanya mahu anaknya dan pelakon Sharnaaz Ahmad menjaga dua perkara
 penting bila menjalinkan hubungan percintaan iaitu agama dan adat.
Menurut ND Lala, sebagai bapa, beliau bertanggungjawab kepada anak perempuannya itu selagi Shila belum diijabkabulkan.
”
 Saya akan dipersoal oleh Allah di akhirat nanti akhirnya…sebab itu 
daripada awal lagi lagi saya menegaskan bahawa dua perkara itu perlu 
dipegang, bukan ‘berang’ seperti yang dilaporkan atau dianggap ramai 
pihak bila bercakap mengenai hubungan Shila-Sharnaaz ini.
”
 Terus terang, saya tidak selesa bila asyik diminta oleh banyak pihak 
terutama media untuk mengenai kisah mereka kerana bagi saya masa depan 
dan karier Shila yang perlu difokuskan kerana dia berjaya mengharumkan 
nama negara, terlalu banyak peluang yang ada di depannya baik di dalam 
negara mahu pun di peringkat antarabangsa dalam bidang seni suara ini.
”
 Sepatutnya itu yang kita kena fokuskan, malangnya kisah ini pula yang 
diberi perhatian…tetapi saya faham, pihak media pun banyak memainkan 
peranan di sebalik kejayaan Sila, nantilah saya akan beri penjelasan tak
 lama lagi, buat masa ini biarlah saya kumpulkan dulu semua pertanyaan 
yang mereka (media) nak, tiba masanya saya akan beri jawapan pada 
persoalan itu,” kata ND Lala.
Baru-baru
 ini Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan ND Lala yang menegur 
sikap Sharnaaz yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan 
kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.
Menerusi
 laporan tersebut, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51,
 menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan 
isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila apabila dengan beraninya 
mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila pada Mac ini 
sekalipun dihalang bapa penyanyi terbabit.
Dalam kenyataan balasnya, Shahnaaz mengakui tidak mahu ambil pusing terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ND Lala.
”
 Macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya
 harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita. Banyak orang pun kenal
 siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media
 untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan 
secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki.
“Dalam
 hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang 
memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure
 itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat.
“Saya
 rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan 
dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin 
pun dengan dia, bukan dengan bapa dia,” kata Sharnaaz kepada 
Murai.com.my.
Perkara
 tersebut mendapat reaksi ramai pihak termasuk pendakwah terkenal, Tuan 
Asmawi Tuan Umar yang mengingatkan Sharnaaz agar ‘jangan menebang pokok 
sekiranya hendak memetik bunga’
Sementara
 itu ketika diminta mengulas lebih lanjut mengenai hubungan Shila dan 
Sharnaaz, ND Lala berkata beliau sendiri tidak tahu apakah kesudahan 
kisah mereka berdua kerana dia tidak boleh meramalkan apa yang akan 
berlaku di masa hadapan.
Mengenai tuduhan Sharnaaz yang beliau sering mengelakkan diri untuk bertemu pelakon itu, ND Lala cuma menjawab ringkas;
”
 Kalau ada SMS, emel, panggilan masuk, panggilan keluar dan apa saja…ia 
sudah tentu ada ‘rekod’ dalam telefon bimbit saya. Jadi mana-mana pihak 
boleh berkata apa saja dan saya juga boleh menjawab kalau terus ditanya 
mengenai ‘perkara’ itu”.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Belum berkahwin dah kurang ajar, nampaknya dah berkahwin sepak terajang, tangan naik lah jadinya. Budak yg kurang ajar mana bole di ajar, perangai macam budak2, tak tahu adat resam, tak tahu menghormati orang tua, nak dijadikan menantu, hantu. Abislah anak dara, Tidak adakah ND Lala hendak mencari menantu yg lebih baik. Harap Shila forget it lah dgn Mat Hingusan ni. No Standard and not a gentlemen, menunjokkan mentaliti yg low class.
ReplyDeletewah.. betol punye marah
ReplyDelete