Sekadar buat renungan. Beza gambar-gambar di bawah.
Mario Balotelli secara rasmi menyertai AC Milan, bergambar dengan CEO Milan, Adriano Galliani
Florentino Perez (kiri) menyaksikan legenda Real Madrid, Alfredo di 
Stefano menyerahkan jersi nombor 5 kepada Zinedine Zidane pada 2001
Nazmi Faiz Mansor diapit Marco Guimaraes
Nazmi sentiasa ditemani Marco Guimaraes
Di sebalik kontroversi kepulangan Nazmi Faiz Mansor dari Beira-Mar di 
Portugal, aku berasa pelik kenapa ejennya Marco Guimaraes yang 
berpangkalan di Singapura suka benar menonjolkan dirinya. 
Tengok semula 
gambar-gambar di atas. Anda tahu ejen Balotelli? Siapa pula ejen Zidane?
Kita harus tahu perbezaan ejen dan pengurus.
 Ejen bertindak selaku orang tengah dalam hal rundingan kontrak, 
perpindahan dan hal berkaitan kebajikan pemain dengan kelab. 
Pengurus 
peribadi mengurus aktiviti selain daripada bola sepak dan mengatur 
jadual pemain.
Seorang ejen boleh menjadi pengurus peribadi tetapi pengurus tidak boleh
 menjadi ejen melainkan dia memiliki lesen bertauliah FIFA selepas 
memenuhi beberapa syarat, termasuk lulus peperiksaan (20 soalan), ada 
jaminan kewangan dalam bank Switzerland berjumlah 100,000 francs dan 
perlindungan insurans.
 Di Malaysia, ada lima ejen yang berdaftar di bawah Persatuan Bola Sepak 
Malaysia (FAM). Mereka ialah Miroslav Bozik, Effendi Jagan Abdullah, 
Issa Diabate, Roland Klein dan Edwin Varo.
 Ejen Muhammad Ghadar pula 
ialah Mohamad Mroweh, yang berdaftar di bawah nama Lebanon.
Di Singapura, ada lapan ejen berdaftar termasuk Guimaraes dari Football 
Management International.
 Di Thailand ada tujuh, Indonesia (lapan), 
Kemboja (dua), manakala Vietnam dan Filipina masing-masing ada seorang 
ejen bertauliah - sekadar membuat perbandingan.
Ejen pula terbahagi kepada dua - ejen perlawanan dan ejen pemain.
 Ramai 
yang ada kedua-dua lesen, jadi mereka boleh membawa pasukan menyertai 
satu-satu kejohanan jemputan dan pada masa yang sama mewakili pemain 
individu.
Latihan pusat di luar negara misalnya boleh diatur ejen perlawanan 
seperti yang berlaku apabila Harimau Muda ke Slovakia atau Harimau 
Malaya berkelana ke Turki
. Ejennya ialah Bozik, bekas pemain tengah 
Negeri Sembilan yang juga satu-satunya ejen pemain dan perlawanan di 
Malaysia.
Zidane dulu diwakili ejennya Alain Migliaccio yang ada sekelompok nama 
besar di bawah naungannya, termasuk Franck Ribery, Samir Nasri, Jeremy 
Menez dan satu ketika dulu mengurus Eric Cantona.
 Namun Migliaccio bercakap dan menonjolkan diri apabila perlu. Misalnya 
selepas Zidane menanduk dada Marco Materazzi pada final Piala Dunia 
2006, atau bermain psikologi dengan Arsenal ketika Nasri mahu berhijrah 
ke Manchester City. 
Contoh terbaik seorang pengurus di Malaysia ialah Zakaria Ab Rahim yang mengurus kerjaya Safee Sali.Keluarga Nazmi harus berwaspada dan bijak mengurus kerjaya dan masa 
depan Nazmi. Biarkan ejen bertindak di sebalik tabir.
 Ejen tidak 
digalakkan membuat kenyataan akhbar atau bercakap bagi pihak pemain 
dalam sidang akhbar.
Nazmi dan keluarganya tidak boleh membiarkan ejen mencatur gerak, kelak papan catur kerjaya Nazmi musnah terlalu awal.
Nota: Ejen untuk orang, agen untuk sains.
sumber 
F YOU SUPPORT ME be my honarable guest Klik Here and klik the button like.
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment