Saturday, June 23, 2012

Betulkah artis sertai BN sebab nak cari makan - wahai Amy Search , Awie , Zack Zidie , Afdlin Shauki ??? kata Hairie Othman



Teringat kisah baru baru ini yang mana Hairie Othman berkata watak hantu dalam drama bersiri Waris merupakan watak hantu terakhir buat beliau dan tiada lagi selepas ini.

Tindakan itu di’buat atas nasihat beberapa pihak yang meminta beliau mengurangkan unsur khurafat dalam watak lakonan filem atau drama — hari ini terjawab siapa pihak bekenaan.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui Harakah Daily menulis yang pelakon filem Leftenan Adnan kini menyertai perjuangan parti politik itu bersama sama dua orang lagi selebriti.

Mereka adalah Leman Raja Lawak yang sudah pun bergelar ahli PAS semalam juga Zulkifly Ismail yang akan sama sama menyerahkan borang keahlian dengan Hairie Othman.

Kedua dua mereka akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 Julai.

“Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri,” ucap beliau di’hadapan ratusan hadirin di siri ceramah PAS Batu Gajah.

Hairie Othman turut di’laporkan mendakwa yang sebilangan selebriti dan artis yang menyertai Barisan Nasional (BN) hanyalah sekadar mencari ‘makan’ dan demi kepentingan karier di’masa hadapan.

2 comments:

  1. tak kira lah artis nak masuk UMNO, itu menunjukkan artis2 kita menyukong kerajaan di bawah barisan nasional...SYABAS ARTIS MALAYSIA.

    ReplyDelete
  2. hairi o...jangan lah nak tuding jari pada artis lain....merka tu insan yang tahu bersyukur tentang nikmat yang allah kurniakan...bukan macam kau manusia yang x tau bersyukur...

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts