Hari
ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan
yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan
ketidaktentuan dan pertelingkahan. Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan ,
serta 13 juta warga Malaysia yang lain terletak kuasa untuk membuat
keputusan mengenai siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta
tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun
yang akan datang.
Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita
semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan
dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua meletakkan
ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan,
meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban
kehidupan rakyat, merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang
mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.
Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami parti yang diberikan
amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah
perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam
keadaan ini kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi
sebaliknya bertindak setelah mengkaji secara teliti kesan jangka
panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari
ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela
mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.
Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input
dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik
untuk semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan
sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu
merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan
rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan Barisan
Nasional peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan
puan-puan bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita
serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur. Berilah
kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan usaha bakti buat
Malaysia dan seluruh rakyatnya.
PRU kali ini perlulah ditentukan bersandarkan menepati janji,
mendukung harapan dan kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang
untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu
ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih
sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.
Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat
keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan
yang amat besar untuk masa hadapan kita.
Undi tuan-tuan dan puan-puan sewajarnya menjadi– UNDI untuk
Malaysia yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia yang menuju
transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di
mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah di bawah
payung falsafah 1Malaysia.
Yang ikhlas,
Najib Razak
Pengerusi Barsian Nasional
Laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai
rakyat Malaysia pada 5 Mei ini. Kongsikan warkah ini bersama rakan-rakan
dan ahli keluarga anda sekiranya anda mahu melihat keamanan, kestabilan
dan kemajuan di negara kita berterusan. Marilah kita sama-sama pastikan
agar impian kita untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju
dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai.
SAAT AKHIR SEBELUM TINGGALKAN JAWATAN, JOE BIDEN UMUM GENCATAN SENJATA
HAMAS - ISRAEL
-
1. Berbaki beberapa hari sebelum Trump mengambil alih jawatan sebagai
Presiden Amerika Syarikat ke 47, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa
pentadbira...
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment